Siapa sangka jika sampai masa tak cepat atau tak lewat sesaat pun. Walaupun rasa tak boleh terima, reda itu penting kerana setiap ketentuan hidup kita dah dirancang sebaik-baiknya oleh Allah.

Begitu juga kejadian yang berlaku kepada bayi perempuan berusia 9 bulan yang meninggal dalam kereta setelah bapanya terlupa menghantar ke taska dan ditinggalkan dalam kereta hampir 4 jam.

Jeritan Ayah Sebut Allahuakbar Dengar Sampai Tingkat 3 Lepas Perasan Anak Dalam Kereta 
Kredit Foto: Bernama

Kejadian itu disedari oleh bapa bayi tersebut setelah nak keluar makan tengah hari dan baru menyedari anaknya masih ada di kerusi belakang dalam keadaan dah tak sedarkan diri.

Berikutan kejadian itu, ramai yang menyalahkan bapa itu tanpa mengetahui sebab di sebaliknya. Bagi menjernihkan keadaan dan tuduhan pada bapa ini, salah seorang staf yang bertugas di bangunan sama dengan tempat kerja bapa arwah bayi ini tampil memberi penjelasan.

Aku tengok ramai sangat yang duk mengutuk ayah budak yang meninggal dalam kereta tu. Sebagai salah seorang staff yg btugas di bangunan yg sama, aku nak bagitau..

Rutin setiap hari anak ni dihantar oleh ibu dia ke pengasuh / taska.

IKLAN
Jeritan Ayah Sebut Allahuakbar Dengar Sampai Tingkat 3 Lepas Perasan Anak Dalam Kereta 
Kredit Foto: BH

Hari ni ceritanya mak dia kena outstation & tugas tu diambil oleh ayah.

Budak ni pulak katanya demam dan tidur dkat belakang seat.

Ayah dia sampai ke opis seperti biasa langsung terlupa pada anak. Ayah dia baru sedar dalam pukul 12 tngahari (kalau ikut masa jam aku) Masa dia nak keluar lunch hour.

IKLAN

Tahu Tak, suara ayah dia meraung sebut AllahuAkbar tu sampai kami yg kat tngkat 3 dengar jelas….

Korang boleh bayang tak macamana perasaan ayah dia masa tu. Terus diorang hantar ke klinik kesihatan bersebelahan dan seperti kita maklum, anak dia tak dapat diselamatkan.

Dari masa ayah dia sampai ke opis sampai lah ke masa dia sedar anaknya dalam kereta tu, berapa ramai staf lalu lalang (termasuk aku) dan xde sorang pun Allah gerakkan untuk tengok dalam kereta tu.

Korang boleh kata mcm² pada ayah arwah ni sebab tak kena kat korang atau famili. Ingat….lupa ni bukan dibuat²…..

IKLAN
Jeritan Ayah Sebut Allahuakbar Dengar Sampai Tingkat 3 Lepas Perasan Anak Dalam Kereta 
Kredit foto: BH

Ada masanya dalam kau bercakap pun kau lupa apa kau sebut 5 minit lepas.. Aku nak tanya korang, sebagai seorang mak & ayah, berapa ramai yang sanggup tengok anak mati depan mata sendiri????

So hati² mengutuk, silap hari nanti berbalik pada kau..baru kau sedar apa itu Qada Dan Qadar.

Alangkah bagus jika kecaman korang ditukar kepada doa agar Allah memberikan kekuatan kepada ibu bapa & famili arwah.

Sumber: FB Aku Arejax

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI