Ads

Budak Lelaki 1 Tahun 8 Bulan Hilang Ketika Bermain Di Halaman Rumah, Ibu Saudara Terlelap 15 Minit!

Budak Lelaki 1 Tahun 8 Bulan Hilang Ketika Bermain Di Halaman Rumah, Ibu Saudara Terlelap 15 Minit!

Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan ketika bermain di halaman rumah mencetuskan kebimbangan apabila anak kecil itu masih belum ditemukan selepas dilaporkan hilang di Kampung Bechah Salak, Kuala Krai, Kelantan.

Kanak-kanak dikenali sebagai Muhammad Irsyad Hakim Mohammad Khairul itu dipercayai hilang kira-kira jam 4 petang ketika berada di kawasan halaman rumahnya.

Difahamkan, sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan berada di bawah pengawasan ibu saudaranya, manakala ibunya sedang tidur di dalam rumah.

Bagaimanapun, ibu saudara mangsa dipercayai terlelap selama kira-kira 15 minit ketika mengawasinya.

Kehilangan Muhammad Irsyad Hakim hanya disedari selepas ibunya terjaga daripada tidur dan mendapati anak kecil itu sudah tiada di kawasan rumah.

Budak Lelaki 1 Tahun 8 Bulan Hilang Ketika Bermain Di Halaman Rumah, Ibu Saudara Terlelap 15 Minit!

Keluarga Cari Anak Di Kawasan Kolam Ikan Berhampiran Rumah

Sebaik menyedari kehilangan kanak-kanak tersebut, ahli keluarga segera melakukan pencarian di sekitar kediaman termasuk kawasan kolam ikan yang terletak tidak jauh dari rumah.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Khairul Duha Abdul Halim, terdapat dua kolam ikan pada jarak kira-kira 50 meter dari rumah mangsa.

Bagaimanapun, salah sebuah kolam berkenaan mempunyai pagar.

Ads

“Pencarian sudah dilakukan di kolam ikan berkenaan dengan satu kolam yang kedalaman kira-kira tiga meter itu sudah dikeringkan.

“Setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya kepada pemberita.

Usaha pencarian di kawasan kolam ikan berkenaan dilakukan bagi memastikan setiap lokasi yang berpotensi menjadi tempat mangsa berada diperiksa dengan teliti.

Budak Lelaki 1 Tahun 8 Bulan Hilang Ketika Bermain Di Halaman Rumah, Ibu Saudara Terlelap 15 Minit!

Operasi Mencari Budak Lelaki Hilang Diperluas Hingga Ke Kawasan Hutan

Dalam pada itu, pihak bomba memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan kanak-kanak tersebut menerusi Pusat Gerakan Operasi pada jam 6.37 petang.

Susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan bagi mengesan Muhammad Irsyad Hakim.

Ads

Mohd Khairul Duha turut menjelaskan bahawa berdasarkan maklumat yang diberikan keluarga, pergerakan kanak-kanak berkenaan yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik masih perlahan.

“Sehingga kini operasi mencari masih diteruskan,” katanya.

Selain memberikan tumpuan kepada dua kolam ikan berhampiran kediaman, pasukan penyelamat turut menjalankan pencarian di sekitar rumah mangsa serta kawasan hutan berdekatan.

Setakat maklumat yang dilaporkan, kanak-kanak berkenaan masih belum ditemukan dan usaha pencarian sedang diteruskan.

Budak Lelaki 1 Tahun 8 Bulan Hilang Ketika Bermain Di Halaman Rumah, Ibu Saudara Terlelap 15 Minit!

Ads

Anak Kecil Boleh Bergerak Tanpa Disedari, Ibu Ayah Perlu Sentiasa Peka

Kejadian ini turut menjadi peringatan kepada ibu ayah dan penjaga mengenai kepentingan memastikan anak kecil sentiasa berada dalam pengawasan, terutama ketika bermain di luar rumah.

Pada usia setahun lapan bulan, kanak-kanak sedang melalui fasa aktif meneroka persekitaran. Walaupun langkah mereka mungkin masih perlahan, anak kecil boleh bergerak ke kawasan berisiko dalam tempoh yang singkat.

Ibu ayah juga disarankan memastikan kawasan permainan anak selamat dan berpagar, selain mendapatkan bantuan penjaga lain sekiranya berasa letih atau mengantuk.

Semoga Muhammad Irsyad Hakim segera ditemukan dalam keadaan selamat dan segala urusan pasukan penyelamat serta ahli keluarganya dipermudahkan.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Jangan Letak Tali Pinggang Keledar Atas Perut! JPJ Malaysia Kongsi Cara...

Tali pinggang keledar ketika hamil wajib dipakai dengan betul. Ketahui panduan keselamatan penting untuk melindungi ibu dan bayi dalam kandungan.