Masih ingatkah kita dengan seorang kanak-kanak 12 tahun yang terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik TNB ketika mengambil bola dan melecur satu badan di Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun lalu?
Hari ini, Mohd Darwisy Zarif Mohd Khairi yang kini berusia 13 tahun sudah pun dapat kembali ke sekolah selepas hampir setahun kejadian itu berlaku.
Perkembangan terbaru kanak-kanak itu dikongsikan oleh ibu saudaranya, Asyifa Ghazali di laman TikToknya yang turut meluahkan rasa syukur apabila Darwisy sudah memulakan sesi persekolahan sebagai pelajar tingkatan 1, baru-baru ini.
“Alhamdulillah selepas 336 hari adik Darwisy hari ini mula bersekolah.
“Kepada tuan puan yang selalu tanya tentang adik Darwisy, tnya khabar adik Darwisy terima kasih banyak-banyak ya tuan puan semua,” ujar Asyifa.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Darwisy dilihat cukup tenang dan semakin sihat berjalan ke sekolahnya.
Kanak-kanak itu sebelum ini pernah mengalami lecur sehingga 50 peratus pada badannya dan menggunakan alat bantuan pernafasan ketika menerima rawatan.
Malah, Darwisy yang ketika itu berusia 12 tahun terpaksa ditidurkan kerana kritikal akibat daripada kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan kagum apabila melihat Darwisy bersemangat ke sekolah walaupun terpaksa memakai sarung tangan bagi melindungi serta memulihkan kesan lecur.
@eyfaghazali2696 alhamdulillah selepas 336hari adik darwisy hrini mula brsekolah kembali..kepada tuan puan..yg selalu tnya tentang adik darwisy..tnya khabar adik darwisy terima kasih bnyk2 ya tuan puan semua..🫶🫶 #adikdarwisytnb ♬ bunyi asal – Asyifa Ghazali
Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: TikTok @AsyifaGhazali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PKP Dilanjutkan Hingga 28 April, PM Mahu Rakyat Jalani Kehidupan ‘Kebiasaan Baharu’!
PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini! Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara sebentar tadi sememangnya sudah dijangka lebih awal. Malah ia merupakan satu tindakan yang sememangnya perlu dilakukan demi memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Melalui perutusan khas tersebut, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa perlaksanaan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta pakar-pakar perubatan. Dan inilah yang terbaik buat kita semua.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April diharap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada rakyat Malaysia. Malah dalam ucapannya, Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur kerana rasa tanggungjawab rakyat Malaysia yang patuh dengan arahan PKP.
” Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.
Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan,” kongsinya.
Malah Perdana Menteri turut meminta rakyat Malaysia agar bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
“Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus,” kongsinya lagi.
Jalani Kehidupan Kebiasaan Baharu
Malah dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyatakan hasrat agar masyarakat Malaysia menjalani kehidupan baharu. Apa yang kita biasa lakukan sebelum ini kita elakkan demi memastikan kesihatan terjaga disamping membendung penularan wabak Covid-19 ini.
“Kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan “the new normal” atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi.
Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tak dibuat ianya dianggap janggal, atau tak beradab. Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini adalah “the new normal”, atau kebiasaan baharu.
Begitu juga perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini seperti basuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti biasakan membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer dan sebagainya. Juga memakai face mask.
Banyak lagi contoh-contoh lain yang tak perlu saya sebut kerana saya fikir saudara-saudari faham maksud kebiasaan baharu yang mesti kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian untuk tempoh yang mendatang,” katanya yang turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana berdisiplin dan patuh kepada arahan PKP.
Malaysia sebelum ini telah menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April ini. Semoga kita terus patuh untuk kekal berada di rumah dan terus menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ezzaty Abdullah Selamat Bersalin Anak Ketiga, Dapat Baby Boy
Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak ketiga, dapat baby boy. Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos berkongsi berita gembira menimang cahaya mata ketiga. Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini selamat melahirkan bayi lelaki jam 11.29 pagi pada 26 September.
Ezzaty Abdullah Selamat Bersalin Anak Ketiga, Dapat Baby Boy
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Ezzaty berkongsi gembira dan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu.
ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH, DENGAN MENGAMBIL BERKAT BULAN KELAHIRAN RASULULLAH, PADA 21 RABIUL AWAL 1446H BERSAMAAN 26 SEPTEMBER 2024, PADA JAM 1129 PAGI, BABY BOY KAMI TELAH SELAMAT DILAHIRKAN. BABY DAN SAYA DALAM KEADAAN SIHAT. TERIMA KASIH KEPADA YANG MENDOAKAN KAMI- TULIS EZZATY DI RUANGAN KAPSYEN.
Perkongsian Ezzaty dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah
Baca artikel lain juga: Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga, Tak Buat Ujian Jantina Bayi, Nak Buat Kejutan
Kakak Strong Girl Anak Sulung Terpaksa Masuk Hospital, Ezzaty Abdullah Sayu Hati!
Macam Miracle Bila Dapat Peluk Dia Aura Positif Anak Sulung Jadi Penguat Ezzaty Abdullah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dahi Anak Benjol, Telinga Lebam Bagi Alasan Tak Tahu. Baru Hantar Pengasuh, Ibu Trauma
Hati ibu mana tak sedih anak yang kita harapkan pada orang lain untuk dijaga dengan baik sewaktu keluar bekerja rupanya diperlakukan dengan teruk sekali sehingga membuatkan si anak trauma dan takut.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Atika Aziz ini boleh dijadikan peringatan kepada semua ibu bapa agar sentiasa peka dan pantau keadaan anak. Bukan kita tak percaya pada pengasuh atau pihak taska tetapi sekurang-kurangnya sentiasa beringat.
Jika dapat pengasuh anak yang baik dan sayang seperti anak sendiri, kira rezeki tapi jika sebaliknya, itu yang paling takut dan minta dijauhkan daripada anak-anak kita.
Menurut Atika, kejadian yang menimpa anak kedua yang berusia setahun baru-baru ini membuatkan dia begitu sedih dan tak sangka sama sekali kerana jika dilihat secara luaran sangat baik keperibadian pengasuh tersebut.
Assalamualaikum..
Baru hari nie ade kekuatan utk cerita apa yg berlaku pd anak kami, Aidin Elliyin.. baru berumur genap 1 tahun..Sampai skrg masih xbole lupa apa yg da jadi.. betapa hancur nya hati!
Baru hantar anak2 3 hari je, dia da buat aidin sampai mcm nie. Kalau x ambik tindakkan awl2, agaknya ambik anak da x bernyawa dibuat nya.
Awal perkenalan bulan 7 2022
– Lepas tmpt kerja skrg open jawatan, sy da mula2 mencari2 pengasuh baru berdekatan dgn tempat kerja.. dgn harapan, kalau dapat kerja baru tu, da bole hantar pada pengasuh baru.. lebih dekat dgn tempat kerja, lebih mudah nk hantar ambik anak2..
Mula mencari melalui satu group pengasuh di fb.. cara dia mempromosikan dirinya sebagai pengasuh membuatkan sy tertarik dan mula ‘add friend’ melalui fb.. mula melihat2 fb nya utk kenal mcm mana personality dia bila di fb.. so far dr posting2 di fb menampakkan orgnya seperti ‘family person & penyayang’.. tp xsangka sumanya hanya palsu!
22 Dec 2022
– Mula dpt surat tawaran utk tempat kerja baru, Alhamdulillah bersyukur sgt2 dan mula mencari2 pengasuh yg berdekatan.. sy pn mula wssap number pengasuh yg pernah sy add friend kt fb tu sbb rumah nya berdekatan dgn tempat kerja baru nie.. hasil risikan tgk fbnya mcm yakin la konon org nya bole jaga ank sy dgn baik dan penyayang..
Saya pn wssap suspek samaada masih ada kekosongan anak asuhan atau tidak.. dia mengatakan yg sekarang dia sudah ada 3 org anak asuhan, takot nnti ambik ramai2 nnti x terjaga, kesian budak2’ dlm hati berkata bagusnya sbb xnak ambil anak asuhan ramai2 sbb nk focus jaga anak asuhan nya.. sy pn mnjawab baik dgn mngatakan tak mengapa, terima kasih.. perbualan terhenti waktu itu..
23 Dec 2022
Keesokkan nya suspek wssap sy semula mgatakan yg mak kpd anak asuhan nya nk berhenti kerja, jd last hntar 2 org anak nya bulan nie.. jd ada kekosongan utk 2 org anak sy..
Sy mgatakan yg sy nk dtg ke rumah dulu utk berkenalan dgn suspek lbih dekat, utk dia kenal2 anak2 jugak sebelum hantar..
Sebelum itu juga sy mula cerita segala pengenalan tentang anak2 sy, siapa nama, umur berapa, mcm mana perangai anak2 dan rutin harian anak2.. anak makan minum mcm mana, mcm mana nk pujuk kalau anak menangis,semunya sy ceritakan.. dgn harapan dia ada gambaran awal mcm mana ank2 sy..
Sy jugak beritahu berulang2 kali, kalau xbole jaga anak2 sy.. bagi tahu je sy, sy x paksa.. tempat kerja sy dekat, sy boleh ambik anak2 sy.. tp stiap kali sy tanya, suspek akn ckp ‘ank2 ok, cuma adik je menangis, tp kejab je, lama2 da pujuk ok’
26 Dec 2022
Mula dtg ke rumah suspek dan berkenalan dgn lebih dekat.. dr awal pengenalan tu mmg nampak org nya penyayang dan lembut.. tp tu luaran nya la.. dia mula ambik hati aidin dan cuba utk mendekati aidin, walaupn aidin menangis, tp dia x paksa, dia akan cuba ambik hati lg.. lepas aidin da mula mendekati dia, dia siap bawak masuk ke bilik mainan ank2 nya.. dlm posting fb nya sblm nie mmg ade mngatakan ade bilik mainan utk anak2 asuhan nya.. akn ade buat aktiviti2 utk anak2 asuhan..
Masa tu mmg rasa terharu bila tgk dia bermain dgn anak. Dalam hati mgharapkan yg dia akn jaga ank kte dgn baik dan diberikan sepenuh kasih syg mcm anak sendri..
Selepas berbincang, dan mula bersetuju, sy menyatakan yg kami ingin hantar anak2 selama 2-3 hari dlm 3-4 jam utk tempoh percubaan kpd suspek.. samaada suspek sesuai dan bole atau tidak utk menjaga anak2 kami.. disebabkan aidin nie takut dan akan menangis bila dgn org yg dia x kenal, membuatkan kami sgt risau.. tp mmg awal2 sy sudah mmberitahu suspek dan suspek mgatakan ‘biasalah budak2 akn menangis, nnti lama2 ok la tu’..
28 Dec 2022 & 30 Dec 2022
Mula mnghantar anak2 utk tempoh percubaan dr jam 2ptg-6ptg.. utk tempoh percubaan nmpk semuanya ok cuma aidin je akan menangis, dan kami akn tggu dr luar pintu shgga aidin berhenti menangis.. lbh kurang 3-4 minit jgk aidin da berhenti menangis.. dlm hati kami lega sgt dgn harapan suspek pndai utk memujuk..
Waktu tempoh percubaan mmg semuanya indah.. suspek kerap hantar gambar utk report ape yg ank tgh lakukan.. dr gambar pn nampak indah ank2 bermain..
Kami jugak membayar gaji terus utk tempoh percubaan nie.. suspek hanya mintak harga sekian2, tp kami bg lebih dgn harapan dia boleh menjaga ank2 kami dgn baik..
Suspek jgk ade mgatakan segan sbb kami baik sgt, belikan jajan2 utk ank2 nya, mainan, dan bayar lebih dr apa yg diminta.. kami x berkira asal kan bole jaga ank kami bukan pukul mcm nie kt anak kami 😭
1 Jan 2023
Sy mula bekerja dan hantar anak dgn harapan ade org yg bole jaga anak2 kte dgn baik dan ikhlas ketika kte mencari rezeki.. mak mana yg xtakot, mak mana yg x risau, mak mana yg xnk jaga ank nya sndri 😭
Waktu pg hantar tu mcm biasa aidin akn menangis.. sy jugak akn tggu dr luar pintu smbil tgk jam berapa lama aidin akn menangis.. mmg sama2 ikot menangis la sbb sedeh terpaksa tinggalkan ank.. tp mama terpaksa utk mencari rezeki, mama mintak maaf aidin
Hari pertama suspek xde hntar report tntang anak2 pn, sy mula hairan.. dan sy ada tnya waktu sy free.. suspek mngatakan jgn risau, semuanya ok.. dia pn xnk ggu sy tgh bkerja..
Waktu balik kerja, lps ambk anak2..singgah rumah ibu.. ibu nmpk kepala aidin bengkak lebam.. bila tnya suspek, dia jawab xtahu.. sy cuma ckp xpe sy xmrah, tp kalau ade apa2 bg tahu sy, supaya sy bole monitor ank di rumah.. masa tu ibu yg xsedap hati.. ibu ckp, mne dia bole ckp xtahu, dia jaga, mustahil kepala lebam gitu dia x perasan, xkn aidin x menangis.. masa tu sy xnk bersangka buruk, jd anggap je yg anak sy lasak mungkin..
2 Jan 2023
Masa kt tempat kerja mintak gambar ank2, tp aidin tido mukanya ditutup kan tuala.. dan sepanjang aidin di jaga dr hari first, mesti aidin x pakai baju.. hanya pampers.. dgn alasan panas..sy ckp sy risau kalau aidin xbole bernafas kalau tuala ditutup kt mukanya.. tp suspek mengatakan yg anak sy sendri yg tutup mukanya dan abgnya bising, jd adiknya xbole nk tidur.. kte nie mak nya, lebih kenal ank kte.. kte xpernah togel kan anak kte, dan anak kte bkn jenis ttup muka dgn kain, pakai kan selimut pn xnk, ape tah lg ttup muka dgn tuala
Hari ke 2, muka aidin ade calar2, katanya aidin yg mengaru2 sbb gatal.. tp sy mula curiga sbb kuku aidin baru je ptong 2 hari lepas dan spanjang balik tu, xde nampak pulak aidin menggaru2
3 Jan 2023 (Hari kejadian)
Masa hantar aidin waktu nie mmg da xsedap hati nk hntar anak2.. time nie spanjang pergi kerja menangis2 call baba sbb rasa mak x guna sgt sbb kena kerja dan hntar ank2 kt org utk jaga.
Bila waktu balik kerja, ambik ank waktu tu aidin tidur.. masa angkat aidin je.. Ya Allah, bertapa terkejutnya aku, bertapa hancurnya hati aku 😭 kedua2 telinga aidin lebam, pipi kesan seakan dipukul..
Bila ditanya, jawapan yg sama, TAK TAHU 😭 siap bole ckp mana ade merah.. dia ingat aku nie bodoh mcm dia agaknya.. siap berlakon sambil peluk aidin ‘adik, kenapa nie telinga adik’ aku mmg xbole lupa semua tu..
Time tu mmg xnk tuduh melulu, aku terus ambk ank2 n bwk g hsa..Mmg agak pnjang prosedur d hospital dan aidin kena admit selama 3hari 3malam
Sepanjang kat ward aidin mmg nmpk sgt trauma.. tidur asyik terkejut2 je, bukak mata nk menangis, tp letih, tertidur balik.. kejab2 tersedar terkejut lg.. menangis pn sayu je mcm dlm kesakitan.
Hampir seminggu jgk aidin mcm tu, bila dgr org ckp suara tinggi pn dia akn terkejut.. kami main cak2 pn dia terkejut. Sedih sgt tgk keadaan aidin masa tu. Doktor jgk sahkan yg aidin ‘physically abuse’ .
Hancurnya hati aku, tergamaknya kau buat mcm nie kt anak aku, kejam nya. Laporan polis jgk da dibuat, suspek pn da mengaku, katanya ’TERCUBIT’ sbb firstday period.. anak sy xberhenti menangis..
Supek cuma ditahan reman 3hari kot, skrg da bebas di luar sana..Tp kes masih dlm siasatan pihak polis dan akan naik ke mahkamah.. Cuma mcm mana progress kes aidin, sy masih kurang jelas..
Sy cuma nak kan keadillan utk anak sy! Anak sy xmampu dan xkuat utk protect diri dia sendri, sy sebagai mak nya yg kena protect utk dirinya atas apa yg suspek da lakukan terhadap dia.
Sampai skrg kalau ingat, aku akn menangis.. terpikir mcm mana la keadaan aidin masa dia kena pukul tu.. xde siapa yg dpt bantu aidin masa aidin menangis kesakitan dipukul, dipulas masa tu. Mesti dia menangis meraung2 dgn harapan ‘Mama tolong adik’ Ya Allah, mama mintak maaf aidin 😭
Kongsi Atika lagi, dia masih bernasib baik kerana anak sulung tidak diperlakukan seperti adiknya. Mungkin sebab abang dah boleh bawa diri dan bermain sendiri berbanding adik yang belum tahu apa-apa.
“Selepas kejadian tersebut, mak saya terpaksa ambil cuti untuk jaga anak-anak sebelum kami dapat pengasuh baru yang juga kawan kepada mak mertua.
“Kini apa yang diharapkan adalah keadilan. Jika benar salah, berilah pengajaran kepadanya agar anak orang lain tak kena nasib yang sama seperti anak saya,” katanya.
Kredit: Atika Aziz
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI