Budak perempuan 7 tahun jatuh kondominium tingkat 29 di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.
Budak Perempuan 7 Tahun Jatuh Kondominium Tingkat 29 Di Puchong
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar, pihak polis menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya.
“Pihak kami menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak tempatan yang terjatuh dari aras 29 sebuah kondominium di Puchong. Pasukan polis segera dikerahkan ke lokasi untuk membuat pengesahan dan memberikan bantuan,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Hasil siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan berkenaan.
Ads
Tambah beliau, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah pengasuh. Pada masa itu, ibu mangsa sedang menjaga adik mangsa yang sedang menjalani kuarantin, manakala bapanya berada di tempat kerja.
“Siasatan juga menunjukkan bahawa mangsa dipercayai memanjat tingkap tanpa jeriji sebelum terjatuh,” katanya lagi.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak mengesan sebarang elemen jenayah dalam insiden tersebut. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Ads
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan menurut Mohd Fairus, pengasuh mangsa telah dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau.
Dalam dunia yang semakin kompleks ini masa hadapan anak-anak bukan lagi ditentukan oleh kebolehan semata-mata, namun dinilai oleh akses yang mereka miliki kepada pendidikan yang berkualiti.
Namun, realitinya tidak seindah yang diimpikan. Di sebalik tabir sistem pendidikan kita yang gah, wujud sebuah ketidaksamaan yang mencengkam di mana latar belakang keluarga, lokasi dan identiti budaya anak-anak menentukan sejauh mana mereka boleh melangkah dalam dunia ilmu.
Ketidaksamaan pendidikan ini bukan sekadar statistik atau laporan kajian ia adalah kenyataan pahit yang harus ditelan oleh ribuan anak kecil di tanah air kita.
Ketidaksamaan Pendidikan Luka Senyap Yang Membarah
Di sebalik kemajuan negara dan gahnya sistem pendidikan kita, wujud sebuah jurang yang semakin melebar ketidaksamaan pendidikan. Ia bukan isu baru tetapi semakin parah apabila latar belakang keluarga lokasi tempat tinggal dan etnik menjadi penentu utama masa depan anak-anak kita.
Anak siapa, dari mana, tinggal di mana semua itu secara tidak adilnya menentukan kualiti pendidikan yang mereka terima. Inilah luka senyap yang ramai tak nampak, tapi perlahan-lahan membunuh harapan.
Anak Di Bandar Terus Kaya, Anak Di Pedalaman Masih Ada Derita
Bayangkan perbezaannya seorang anak di bandar besar dengan akses kepada kelas tambahan, kemudahan digital, guru pakar dan sokongan keluarga berpendidikan.
Berbanding seorang anak di kawasan luar bandar yang sekolahnya kekurangan guru, bahan bantu belajar pun tak cukup, apatah lagi perhatian peribadi. Realitinya? Mereka bertanding dalam perlumbaan yang sama tapi bermula dari garisan mula yang sangat berbeza.
Bukan Masalah Mereka Sahaja Tapi Masalah Kita Semua
Ketidaksamaan pendidikan bukan sekadar menimpa satu komuniti ia adalah masalah nasional. Apabila satu bahagian masyarakat gagal mendapat pendidikan berkualiti, keseluruhan struktur ekonomi dan sosial negara akan terjejas.
Kita semua rugi jika generasi muda dibiarkan ketinggalan. Setiap anak yang tidak dibantu hari ini mungkin menjadi dewasa yang hilang arah esok.
Teach For Malaysia Tentera Harapan Di Garis Hadapan
Di sinilah Teach For Malaysia (TFM) muncul sebagai cahaya di hujung terowong. TFM bukan NGO yang boleh dipandang enteng. Ia sebuah gerakan transformasi, merekrut anak muda hebat yang berjiwa besar untuk menjadi Felo pendidikan di sekolah-sekolah yang terpinggir.
Dengan komitmen dua tahun penuh, mereka bukan sahaja mengajar mereka turut menghidupkan kembali harapan yang telah lama padam di mata anak-anak.
TFM Lebih Dari Seorang Guru, Mereka Obor Perubahan
Setiap Felo TFM membawa masuk semangat baru gaya pengajaran kreatif dan kepimpinan yang memberi inspirasi. Mereka bukan datang mengajar semata, tetapi hadir sebagai pemangkin yang mengubah cara pelajar berfikir, bermimpi dan percaya pada diri sendiri. Kehadiran mereka sering kali menjadi turning point dalam hidup pelajar-pelajar yang selama ini rasa tidak dipedulikan.
Alumni TFM, Perjuangan Mereka Tak Pernah Terhenti
Selepas tamat tempoh dua tahun, perjuangan para Felo ini tidak terhenti. Mereka menjadi Alumni TFM dan terus menabur bakti dalam pelbagai sektor daripada dasar pendidikan, pentadbiran awam, hingga ke sektor sosial dan teknologi.
Mereka kekal menjulang obor perubahan, memastikan misi menamatkan ketidaksamaan pendidikan tidak mati di tengah jalan.
Ibu Bapa Perlu Bangkit Bersama
Sebagai ibu bapa muda yang mahu terbaik untuk anak, kita tidak boleh hanya tunggu dan lihat. Kita perlu bersama dalam perjuangan ini. Hormatilah guru, sokong usaha mereka dan sedarlah bahawa guru adalah benteng terakhir antara anak kita dan masa depan yang gelap. Tanpa guru hebat, impian anak hanyalah angan-angan.
Jangan Biarkan Mereka Terus Tertinggal
Bayangkan seorang anak kecil yang lahir di kampung terpencil, tapi menyimpan cita-cita mahu jadi doktor atau angkasawan. Tanpa peluang yang sama rata, impian itu akan kekal jadi mimpi dalam tidur siang.
Tapi dengan bantuan seorang guru yang percaya padanya, semuanya boleh berubah. Guru bukan sekadar pendidik mereka adalah penyelamat. Bila kita biarkan ketidaksamaan ini berterusan, kita bukan sahaja gagal pada anak bangsa, kita sebenarnya gagal sebagai manusia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seharian sibuk menguruskan tuntutan kerja pasti melelahkan. Apabila pulang ke rumah, biasanya kita hanya mahu berehat. Bagi isteri yang tidak bekerja, pada waktu malamlah mereka mahu mencuri sedikit masa untuk meregangkan segala urat bersimpul dek seharian menguruskan rumahtangga.
Sebagai suami isteri, ambil masa sebelum tidur untuk saling menghargai dan mendengarkan luahan masing-masing. Di dalam penulisan seorang suami, Akhtar Syamir, beliau mencadangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh suami isteri sebelum tidur.
Tidur yang nyenyak dan cukup adalah amat penting terutamanya pada suami dan isteri. Di sini saya ingin kongsikan amalan tidur yang membahagiakan.
1. Bersihkan badan. Badan yang bersih akan menambah keselesaan pasangan.
2. Amalkan “Pillow Talk”. Sila baca penulisan saya mengenainya di sini.
3. Jangan masuk tidur dengan keadaan yang tegang. Jika ada masalah atau perselisihan faham, selesaikan sebelum masuk tidur. Amarah sebelum tidur tidak akan lega pada keesokan harinya. Ia akan tetap ada.
4. Amalkan memeluk pasangan. Percayalah akan kepentingan pelukan atau cuddling.
5. Ucapkan selamat malam dan sedikit kata-kata cinta untuk menambah kemanisan dan ketenangan sebelum tidur.
6. Perlu ajar anak tidur asing. Pasangan yang tidak tidur bersama akan mendapat kesan yang negatif. Silakan baca penulisan saya mengenai tidur asing ini.
7. Untuk tambah romantik, si isteri boleh mengenakan pakaian tidur yang menarik.
8. Usaplah rambut dan muka pasangan. Sentuhan dan belaian kecil ini sangat mengasyikkan.
Kemelut di antara pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali dilihat semakin berpanjangan.
Menerusi perkongsian Shakilla ketika majlis Sulh untuk berbincang bersama Fizi Ali dan pihak terlibat bagi pengurusan kes Hadhanah, dia tidak pernah menghalang anaknya Ameena Sofia untuk bertemu dengan bapanya.
Malah kata Shakilla lagi, dia orang yang paling berusaha untuk mengekalkan jarak hubungan bapa dan anak itu sejak kedua mereka berpisah.
Dakwa Shakilla lagi, Fizi tidak menunjukkan usaha untuk bertemu dengan anaknya malah menghilangkan diri.
“Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Sebagai bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri.
“Jangan hilang begitu saja. Jangan ghaib. Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang,” katanya menerusi satu petikan video hari ini.
Menurut perkongsiannya, dia juga menafikan dakwaan Fizi ada menghubunginya beberapa kali selepas tidak dapat bertemu dengan anak mereka.
“Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, itu semua tidak betul.
“Demi Allah, saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya sudah serahkan kepada peguam . Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana. Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial,” katanya.
Malah dakwa Shakilla lagi, campur tangan isteri Fizi dalam perbalahannya bersama Fizi tambah memburukkan lagi keadaan sehingga dia nekad untuk menyekat nombor telefon bekas suaminya itu.
“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ (sekat) sebab ada campur tangan isterinya. Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya.
“Sebab ‘block’ saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya,” katanya.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
10 resipi sahur simple kaya protein untuk anak tadika berpuasa. Menu lengkap 10 hari pertama Ramadan supaya anak kekal bertenaga dan ceria sepanjang latihan puasa.