Bersemangat memulakan tahun baharu, Bintang Kecil Canteen Day 23 telah berlangsung dengan jayanya! Program ini mempunyai keunikannya tersendiri dalam membentuk jati diri anak-anak dalam bidang keusahawanan.

Pertama kali diadakan dan telah berlangsung dengan penuh meriah di Plaza Shah Alam (PSA). Paling menarik, program ini berjaya mengumpulkan lebih 500 kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dirancang.

Buka Tahun Baru Penuh Semangat, BK Canteen Day Berlangsung Penuh Jaya & Meriah!

“Bintang Kecil merupakan jenama terbitan Kumpulan Media Karangkraf yang dikeluarkan secara bercetak dua kali sebulan dan satu ketika dulu pernah mendapat tempat di hati anak-anak perempuan khususnya.

“Dahulu menggunakan tagline untuk kita-kita aja telah melahirkan bakat cilik yang hingga kini masih popular antaranya Shila Amzah, Elfira Loy, Sweet Qismina, Mia Sara, Eyka Farhana, Shaza Bae, Amelia Henderson dan ramai lagi.

“Boleh dikatakan Bintang Kecil pernah menjadi satu fenomena buat anak-anak gadis dan kini tampil dengan nafas baru untuk lebih dekat dengan kanak-kanak hari ini bersesuaian dengan arus teknologi semasa, salah satunya adalah aktiviti pada hari ini iaitu BK Canteen Day,” jelas Puan Wan Erni, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting.

Usaha Sama Dengan Kelab Kucing Malaysia & SK Bukit Kemuning 2

Program ini diadakan untuk mendidik kanak-kanak bagi lebih mengenali dunia perniagaan secara lebih dekat lagi. Mendapat sokongan sepenuhnya dari Kelab Kucing Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2, sebanyak enam buah booth jualan diwujudkan di bawah pemantauan mentor usahawan bagi mendidik kanak-kanak berniaga.

Buka Tahun Baru Penuh Semangat, BK Canteen Day Berlangsung Penuh Jaya & Meriah!

Antara mentor usahawan yang terlibat bagi menjayakan Bintang Kecil Canteen Day 2023 adalah seperti Mios Kitchen, KUEH, Obcakession, Icely, Jom Juice, Souqa Pasta, dan Farm Fresh. BK Canteen Day  bukan sekadar untuk melatih kanak-kanak belajar berniaga malah menjadi permulaan untuk lebih berkeyakinan dan menonjolkan bakat sebenar dalam diri mereka.

IKLAN

Buka Tahun Baru Penuh Semangat, BK Canteen Day Berlangsung Penuh Jaya & Meriah!

Kesemua mereka  diberikan tugasan khas di setiap gerai jualan dan siapa sangka dengan semangat seorang usahawan, setiap produk yang dipasarkan laris terjual.

Semangatnya Himpunan Saya Juara!

Selain itu, program berlangsung selama sehari ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah “Himpunan Saya Juara”, di mana seramai 200 kanak-kanak telah menyertai perarakan seni bela diri yang terdiri daripada seni silat, taekwondo dan karate.

Buka Tahun Baru Penuh Semangat, BK Canteen Day Berlangsung Penuh Jaya & Meriah!

Kanak-kanak ini juga akan mempersembahkan bakat mereka di pentas utama di samping kemunculan istimewa Pesilat Negara Al Jufferi Jamari bagi menyuntik lagi semangat para peserta.

IKLAN

Buka Tahun Baru Penuh Semangat, BK Canteen Day Berlangsung Penuh Jaya & Meriah!

Perasmian Kelab Keusahawanan SK Bukit Kemuning 2

Selain itu, pada hari tersebut juga menyaksikan majlis perasmian Kelab Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 diadakan dengan penuh bermakna. Ini selari dengan impian para pendidik untuk melihat pelajarnya berjaya di dalam pelajaran mereka juga mahu berikan suntikan baru dalam diri anak-anak murid mereka.

Buka Tahun Baru Penuh Semangat, BK Canteen Day Berlangsung Penuh Jaya & Meriah!

Kelab Keushawanan ini yang memberi peluang kepada pelajar Sekolah Bukit Kemuning 2 untuk mendekati secara lebih dekat dunia keusahawanan sebenar dengan bimbingan guru pengiring, Cikgu Zuraidi, dan Guru Besar SK Bukit Kemuning 2, Cikgu Hamidi, itu sendiri.

Selain itu, terdapat juga aktiviti mewarna yang melibatkan hampir 200 kanak-kanak. Bertemakan haiwan kesayangan, para peserta akan berpakaian mengikut haiwan kegemaran mereka bagi memberikan sedikit kelainan di samping bagi meraikan lagi kerjasama di antara Kelab Kucing Malaysia dan Bintang Kecil.

IKLAN

Acara ini sentiasa mendapat perhatian ibu bapa kerana bakat seni anak-anak dapat diserlahkan melalui pertandingan seperti ini.

Hasil Jualan Kupon Didermakan Kepada Kelab Kucing Malaysia

Penutup Bintang Kecil Canteen Day 2023 kali ini meriah kerana hasil jualan kupon akan turut didermakan kepada Kelab Kucing Malaysia bagi membantu kucing-kucing terbiar dan memberikan mereka perlindungan.

Buka Tahun Baru Penuh Semangat, BK Canteen Day Berlangsung Penuh Jaya & Meriah!

Diharapkan dengan kerjasama ini dapat membuka mata umum khususnya kanak-kanak akan kebaikan berniaga di usia muda juga kelebihan memberi kepada yang memerlukan.

Bintang kecil akan terus komited dalam memaparkan pelbagai kandungan menarik dan informasi untuk kanak-kanak di Youtube Channel. Di samping itu, akan banyak lagi aktiviti menarik yang akan dilakukan setiap bulan bersama kanak-kanak.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI