Bukan Biasa-Biasa Tapi Cek Mek Molek Inti Special Untuk Bayi, Awesome!

Share

Jejari keledek mungkin sudah terbiasa untuk kanak-kanak. Sebagai finger food yang paling mudah, tinggi khasiat malah memiliki rasa manis semulajadi, keledek sering dipilih sebagai pilihan untuk sebagai kudapan anak.

Namun jejari keledek yang satu ini begitu istimewa kerana intinya bukanlah gula seperti biasa tetapi diolah dengan inti kurma yang lebih berkhasiat kepada bayi kita. Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom ikuti langkah demi langkah resipi yang dikongsikan oleh Puan Ana Maria di facebooknya.

Cek Mek Molek inti kurma untuk breakfast dan minum petang Iris hari ni. Untuk umi dengan kakak isi gula macam biasa la kan. Alhamdulillah abis jugak dua ketul breakfast tadi. Bukan main selera mengunyah anak ibu mengunyah.

Keledek oren
Tepung gandum
Sedikit unsalted butter
Sedikit cream cheese
Pes kurma

Sediakan bahan-bahan.

Keledek yang direbus, campur dengan sedikit unsalted better dan cream cheese.

Dah siap lenyek, masukkan tepung. Tak perlu banyak, keledek ni kurang air. Letak agak-agak boleh di bentuk saja. Adunan pun masih melekat di tangan.

Boleh letak tepung di tangan untuk elakkan adunan melekat. Leperkan dan letak pes kurma.
*ni nampak macam bnyak, tapi sikit ja tau sebab saya spread. Kemudian boleh la di tutup dan bentukkan.

Ha bentukkan macam ni. Senang baby nak pegang. Lepas tu goreng dalam minyak panas. Siap.

IKLAN