Jejari keledek mungkin sudah terbiasa untuk kanak-kanak. Sebagai finger food yang paling mudah, tinggi khasiat malah memiliki rasa manis semulajadi, keledek sering dipilih sebagai pilihan untuk sebagai kudapan anak.
Namun jejari keledek yang satu ini begitu istimewa kerana intinya bukanlah gula seperti biasa tetapi diolah dengan inti kurma yang lebih berkhasiat kepada bayi kita. Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom ikuti langkah demi langkah resipi yang dikongsikan oleh Puan Ana Maria di facebooknya.
Cek Mek Molek inti kurma untuk breakfast dan minum petang Iris hari ni. Untuk umi dengan kakak isi gula macam biasa la kan. Alhamdulillah abis jugak dua ketul breakfast tadi. Bukan main selera mengunyah anak ibu mengunyah.
Keledek oren Tepung gandum Sedikit unsalted butter Sedikit cream cheese Pes kurma
Sediakan bahan-bahan.
Keledek yang direbus, campur dengan sedikit unsalted better dan cream cheese.
Dah siap lenyek, masukkan tepung. Tak perlu banyak, keledek ni kurang air. Letak agak-agak boleh di bentuk saja. Adunan pun masih melekat di tangan.
Boleh letak tepung di tangan untuk elakkan adunan melekat. Leperkan dan letak pes kurma. *ni nampak macam bnyak, tapi sikit ja tau sebab saya spread. Kemudian boleh la di tutup dan bentukkan.
Ha bentukkan macam ni. Senang baby nak pegang. Lepas tu goreng dalam minyak panas. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu tak mama bahawa 100 gram ayam mengandungi 15 mg kalsium dan 182 mg phosphorus. Ternyata, dua mineral ini mampu untuk menguatkan tulang badan anak kita! Jadi, amat bagus untuk anak-anak khususnya bayi dibiasakan dengan menu ayam supaya proses pembinaan tulang yang kuat dapat berjalan dengan lancar.
Itu sebahagian khasiat ayam yang baik untuk perkembangan anak kita. Jadi seawal usianya 6 bulan, perlahan-lahan campurkan sedikit ayam yang dikisar bersama bubur nasi supaya anak menerima khasiatnya untuk perkembangan otaknya.
Itu ceritanya khasiat untuk bayi, untuk kakak dan abang yang semakin membesar, mama bolehlah sediakan ayam goreng singgit yang cukup terkenal ni. Tak perlulah beli kerana kosnya agak mahal, jadi mama buatkan sahaja untuk anak-anak. Berebut anak-anak makan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ni. Superb!
Resepi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ni masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.
Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini?
Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.
Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan.
Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit. Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja.
Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama. Betul tak?
Resepi untuk seekor ayam. Ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
Perap ayam selama lima jam.
Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah: – 500 gram tepung bestari asli – 100 gram tepung gandum – 100 gram tepung beras
Gaul rata.
Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.bNampak sedap kan? Jimat pun jimat.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Popia antara juadah kegemaran seisi keluarga. Sama ada intinya yang berasaskan sayur, inti daging atau ayam, semuanya sedap dinikmati. Bagi yang suka pedas, popia basah yang diletakkan sos pun antara yang jadi pilihan.
Cuma ada anak-anak, pilihan mereka mestilah yang tak pedas. Biasanya popia carbonara jadi pilihan. Kali ini resipi murtabak telur menggunakan kulit popia pula mama boleh cuba.
Cara pembuatannya sangat simple, hanya beberapa langkah saja dah siap dan boleh dihidangkan.
Resepi murtabak telur senang yakmat nak buat hasil air tangan Fadhilah Khaulan. Berebut anak-anak makan.
Bahan-bahan:
– kulit popia
– telur
– bawang besar
– bawang putih
– cili api (pilihan)
– garam/perasa
Cara-caranya:
1) Bawang besar dipotong dadu, bawang putih diracik halus. Tumiskan kedua-dua jenis bawang ini hingga naik bau dan sedikit kekuningan atau nampak dah garing. Lepas bawang dah layu, masukkan telur dan kacau hingga hancur.
2) Masukkan garam atau perasa ikut citarasa masing-masing dan akhir sekali masukkan cili (sama ada nak pedas atau tak ikut pilihan)
3) Sejukkan dulu inti telur yang dah siap. Kemudian sediakan kulit popia. Apabila inti dah sejuk, boleh mula proses melipatnya.
4) Letakkan inti ditengah-tengah, kemudian lipat segi empat ikut saiz yang anda mahu. Dihujung kulit popia tu, boleh sapukan telur atau air untuk lekatkannya.
5) Dah siap bolehlah goreng dan dihidangkan. Nak goreng dalam kuali biasa atau pan letak sedikit minyak terpulang. Sedap di makan panas-panas. Nak cicah dengan sos pun boleh.
Sama ada digoreng, direbus atau dimasukkan dalam menu makanan, telur antara makanan yang sentiasa jadi pilihan semua peringkat umur. Kebiasaannya kanak-kanak yang susah makan lauk bila digantikan dengan telur mereka suka.
Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, dia sangat mengalakkan anak-anak kita bersarapan dengan telur.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiap kali lalu depan kedai, bau roti boy memang menusuk kalbu. Kadang yang tak mahu beli pun jadi terbeli. Dapat pula makan yang panas-panas lagi sedap ditambah pula dengan keranggupan toppingnya.
Jika mama ada kepakaran untuk buat sendiri roti, sebenarnya boleh je buat. Cuma rajin atau tak je. Namun bagi yang nak buat roti boy ekspres, boleh guna roti putih. Tak perlu buat doh roti, guna roti keping sahaja.
Boleh cuba resipi di bawah. Confirm laku keras, sekejap je licin anak-anak makan.
1. Satukan semua bahan-bahan topping kecuali butter.
2. Bila dah sebati, baru masukkan butter dan adun sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar.
5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-massing) supaya topping masak dengan sempurna dan roti masih lembut.
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.