Bukan Donat Biasa Tapi Donat Kentang Awesome, Confirm Anak Kenyang!

Share

Kuih donat antara kuih yang cukup disukai anak-anak kita. Ambil kesempatan ini dengan variasikan donat yang lebih berkhasiat untuk si comel. Kentang bersantan sudah pun, kali ini kita gantikan dengan donat kentang pula untuk tambahkan khasiat buat anak-anak kita.

Resipi Donat Kentang yang dikongsikan oleh Maria Bentalib ini cukup enak, lemak dan berkhasiat untuk anak-anak. Nak tahu cara membuatnya, jom ikuti resipi donat sedap ini.


Atas permintaan ramai, ni dia resepi donut kentang kegilaan ramai.

RESEPI DONUT KENTANG OHSEM

500g tepung gandum
Garam hujung camca
2 sdb susu tepung (tak kesah brand apa pun)
(garam dan susu ni letak kat tepung gandum)

2 sdb gula kasar
1 paket yis segera
1 penutup aisin vanila

200g kentang – direbus
2 biji telur
1 cawan minyak sayuran
Gula castor untuk golek dengan donut yang dah goreng.

 

Mula-mula sekali rebus kentang. Dah empuk, kopek kulitnya dan lenyek sampai lumat.

Lepas tu, bab yis pulak. Larutkan gula dengan sedikit air panas, dalam mug. Masukkan aisin vanila. Tambah air hingga setengah mug, pastikan air dalam mug tu suam (jangan air panas, nanti yis mati) Tuangkan yis, tutup mug. Dah jangan kacau, biarkan yis tu naik dengan aman.

Campurkan telur dengan kentang yang dah lenyek lumat tadi, pukul. Masukkan minyak, pukul. Bila yis dah naik, masukkan pula yis dan kacau rata.

 

 

Masukkan tepung gandum yang dah diletakkan garam dan susu tepung tadi. Uli hingga lembut (lebih kurang 20 minit menguli).

 

Siap hempas hempas. Kalau tengah geram dengan orang, bagus. Gerenti jadi gebusss donut tu nanti.

Dah siap uli, cover besen dengan kain. Jemur selama 1 jam 30 minit.

Lepas dah kembang, cekut dan bulat bulatkan. Susun atas loyang yang dah disapu minyak dan ditaburi tepung. Biarkan ia kembang sekali lagi. Pastu goreng. Panas panas kena golek kat gula, kalau dah tak panas nanti gula tak lekat ye. Guna gula castor.

Baca:Buat Cili Kering Kisar Halus Tak Berbiji Tangan Tak Pijar Nak Buat Pun Senang!

IKLAN