Kepayahan hidup adik Ainul Mardhiah berjuang untuk dirinya sendiri pernah membuatkan kita mengalirkan airmata. Tidak sampai hati melihat ketumbuhan di dalam mulutnya yang terus membesar membuatkan naluri keibuan kita tersentuh.

Namun buah hati rakyat Malaysia ini merupakan anak kecil yang cukup kuat. Hari demi hari, Ainul memperlihatkan perkembangannya yang begitu membanggakan. Kini ada sahaja telatah anak kecil ini yang menghiburkan kita bersama adiknya.

“Bukan Main Lagi Berjoget” Makin Aktif & Lincah, Bangga Lihat Perkembangan Ainul Mardhiah!

Terbaru menerusi Instagramnya ibunya, Nurul Erwani Zaidi, video yang dimuat naik ibunya ternyata membuatkan hati kita merasa gembira. Gembira melihat pencapaian Ainul kini. Bukan hanya semakin aktif dan lincah bermain, kini Ainul juga sudah pandai menari. Lebih-lebih lagi setiap kali mendengar lagu kegemarannya.

“Bukan Main Lagi Berjoget” Makin Aktif & Lincah, Bangga Lihat Perkembangan Ainul Mardhiah!

“Ainul kan bila je dengar lagu didi (mon dah datang) yang ni mesti dia akan joget sambil mengira ya.

“Dia ikut je rentak lagu tu,” kongsi ibunya.

“Bukan Main Lagi Berjoget” Makin Aktif & Lincah, Bangga Lihat Perkembangan Ainul Mardhiah!

Kata Erwani lagi, anak sulungnya itu kini semakin cepat belajar dalam segala perkara.

“Mama tak ajar pun tapi cepat betul Ainul belajar. Good Job Ainul!

IKLAN

“Terima kasih semua yang sentiasa foakan untuk Ainul Mardhiah,” kongsi ibunya lagi yang begitu gembira melihat gelagat Ainul yang makin aktif dan bijak.

Bukan main gembira, asalkan sahaja ada muzik, lebih-lebih lagu kegemarannya, Ainul mula berjoget. Comel sekali.

Dan ini pula aksi Ainul di dapur menyelongkar perkakasan memasak ibunya sambil berjoget. Sempat buat persembahan. Comelkan?

Kini Ainul semakin lincah selepas ditemani adiknya, Umar yang kini berusia setahun. Ada sahaja aksinya bersama adiknya yang dikongsikan ibu mereka di Instagram.

IKLAN

Kata ibunya, Ainul amat pandai menjaga adiknya, asal sahaja adik main lasak-lasak, Ainul bertindak menjaganya. Bimbang adik tercedera atau terjatuh.

“Bukan Main Lagi Berjoget” Makin Aktif & Lincah, Bangga Lihat Perkembangan Ainul Mardhiah!

Melihatkan keaktifan Ainul kita, pastinya kita terlupa bahawa anak kecil kesayangan ramai ini pernah dulu melalui tempoh yang sukar. Kini berkat doa semua, Ainul terus membesar dengan sihat dan ceria bersama adiknya.

“Bukan Main Lagi Berjoget” Makin Aktif & Lincah, Bangga Lihat Perkembangan Ainul Mardhiah!

Rata-rata seluruh pengikut setia Ainul turut gembira melihat perkembangan terkini Ainul.

“Alololo. Excited betul Ainul. Geram la dengan awak ni”

IKLAN

“Alhamdullilah Masya Allah comelnya”

“Alhamdulillah. Semoga terus sihat dan perkembangan yang positif”

“Bukan Main Lagi Berjoget” Makin Aktif & Lincah, Bangga Lihat Perkembangan Ainul Mardhiah!

Semoga Ainul Mardhiah teruslah membesar dengan sihat dan ibu ayahnya diberikan kemudahan untuk membesarkan Ainul. Seterusnya menyuntik inspirasi kepada ibu ayah lain yang diuji membesarkan anak-anak istimewa.

Menarik: Mak Baby Tengok Pun Terliur, Makin Selera Ardy Wira Makan, Sedapnya Air Tangan Betty Rahmad Ni

Nak shopping dan cuci mata, jom ke SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @_nrlerwani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI