“Saya tidak akan beritahu dia, sekarang bukan masa yang sesuai.” Demikian kata Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, suami kepada Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang parah dalam kemalangan meragut nyawa tiga anak lelaki mereka di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang di sini semalam.

Dalam nahas kira-kira pukul 2.45 petang itu, tiga anak pasangan tersebut iaitu Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Bukan Masa Sesuai, Isteri Akan Tahu Lepas Ni.” Suami Tak Sedia Beritahu 3 Anak Dah Tiada 

Nahas menimpa empat beranak itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan.

Menurut Muhammad Alhafiz, dia mahu keadaannya isterinya itu stabil terlebih dahulu sebelum memaklumkan mengenai kematian ketiga-tiga anak mereka.

Katanya, tindakannya itu bukan berniat untuk merahsiakan perkara yang memilukan hatinya sebagai seorang bapa tetapi mengambil kira keadaan kesihatan wanita itu.

“Buat masa ini saya tidak akan beritahu dia kerana keadaannya. Dia akan tahu tetapi bukan sekarang.

IKLAN

“Bukan Masa Sesuai, Isteri Akan Tahu Lepas Ni.” Suami Tak Sedia Beritahu 3 Anak Dah Tiada 

“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk beritahu keadaan anak-anak, malah saya sendiri pun tertekan (disebabkan kejadian),” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri.

Muhammad Alhafiz berkata, kejadian berlaku ketika isteri dan tiga anak lelakinya itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas balik bercuti menemuinya yang bekerja di Melaka.

“Saya bekerja dan tinggal di Melaka, kami PJJ (tinggal berasingan). Aimi dan anak-anak balik bercuti. Mereka balik ke Melaka kerana urusan keluarga,” katanya.

IKLAN

“Bukan Masa Sesuai, Isteri Akan Tahu Lepas Ni.” Suami Tak Sedia Beritahu 3 Anak Dah Tiada 

Sementara itu, abang sulung Nur Aimi Nadiah, Muhd. Jazli Aiman, 31, berkata, mereka sekeluarga berhasrat membawa anak ketiga daripada empat beradik itu ke Melaka untuk dirawat di hospital di sana.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada pihak hospital bagi menentukan tahap kesihatan wanita itu.

IKLAN

“Kita tunggu dulu apa kata doktor. Kita harap semua stabil dan kita akan pindahkan dia ke hospital di Melaka untuk dekat dengan keluarga,” katanya.

Dalam laporan Harian Metro pula, jenazah Allahyarham Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3 dan Muhammad Affan Hafiy, 1, telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah ‘anak syurga’ terbabit tiba di rumah datuknya di Taman Seri Jati, Batu Berendam jam 10 malam (17 Disember) untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Kredit: Utusan Online & Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI