Umum ketahui, subsidi minyak masak di Malaysia sudah dimansuhkan bermula 1 julai lalu. Setelah dimansuhkan, harga melonjak naik. Namun bukan hanya minyak masa sahaja yang dinaikkan harga, ada beberapa jenis barang yang turut dinaikkan harga di sesetengah premis perniagaan termasuklah susu formula untuk kanak-kanak.
(Dapatkan Roma Garden King Fitted Sheet 4.0 dengan harga promo PA&MA sebanyak menggunakan promo kod – PNMGSP5 di GO SHOP)
Tinjauan penulis sendiri, ada beberapa kedai yang mana harga susu formula kanak-kanak dinaikkan harga dan hari ini turut tular di media sosial, salah seorang pengguna facebook menyatakan rasa risau melihat harga susu tepung kanak-kanak di sebuah kedai yang semakin mahal.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa risau dengan harga yang agak mahal memandangkan kadar gaji masih lagi di tahap yang rendah.
Ads
Ada juga yang menasihati ibu bapa supaya pandai mencari kedai yang menawarkan harga susu yang lebih murah.
Malah ada juga yang mencadangkan agar anak di usia 2 tahun ke atas tidak lagi diberikan susu dan hanya perlu makan makanan yang seimbang sahaja.
Ads
Mungkinkah ada solusi untuk isu harga barang keperluan anak seperti susu dan lampin pakai buang yang melonjak naik?
Pempengaruh media sosial, Dhuhaa Sophea pernah mendapat perhatian sehingga digelar bayi tercantik di dunia suatu ketika dahulu.
Anak hasil perkahwinan campur wanita Malaysia dan lelaki Rusia memiliki mata yang bulat serta senyuman yang mencairkan.
Dhuhaa Sophea diakui mempunyai peminatnya tersendiri. Kini, usia Dhuhaa Sophea sudah menginjak enam tahun dan mempunyai seorang adik perempuan bernama Amiraa.
Kecomelan Dhuhaa ini menjadi perhatian ramai kerana wajah kacukan yang dimilikinya. Difahamkan ibunya seorang Melayu berasal dari Terengganu manakala bapa adalah seorang warga Rusia. Kini mereka sekeluarga menetap di Sweden.
Malah si adik, Amiraa Al Imaan turut mewarisi kecomelan si kakak.
Rata-rata warga maya tertarik melihat wajah cantik anak-anak kacukan Melayu Rusia ini.
Baru-baru ini viral kisah ibu bersalin ketika dalam koma. Kelahiran yang penuh keajaiban itu menarik perhatian ramai termasuk pasangan pengacara rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima iaitu Datin Fouziah Gous dan suami Datuk Zhafran Yusof.
Ibu bapa kepada dua cahaya mata iaitu Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf ini amat prihatin dan mengambil keputusan melawat sendiri keluarga berkenaan bagi melihat sendiri keadaan Kamareeah Arwae, 36 serta anak bongsunya yang dilahirkan pramatang semasa masih dalam keadaan koma.
Sementara itu, Zhafran berkata, dia dan isterinya melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga memerlukan, selain menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berada di sekitar pantai timur sejak kejadian bah kuning di Kelantan pada 2014.
“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban yang berlaku ke atas Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.
“Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” katanya.
Dalam pada itu, suami Kamareeah Arwae, 36 ,ibu yang bersalin semasa koma Fairol Haziri Rahim melahirkan harapan untuk melihat isterinya sedar dan menyusukan bayi mereka.
“Saya mengharapkan keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” katanya.
Anak kedua mereka yang dilahirkan semasa koma, Farah Hanis ianggap keajaiban oleh pengamal perubatan. Dia awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan kerana Kamareeah yang menghidap tumor di kepala Disember lalu menjalani banyak proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu.
Fairol berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, doktor memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh suatu hari nanti, namun tidak dapat memberi tempoh berapa lama isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.
“Lebih menyedihkan, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menyusukan bayi kami seperti yang dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu, dia enggan minum susu formula.
“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Pantai Cahaya Bulan.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan, Kamareeah yang terlantar akibat ketumbuhan di bahagian kepala sejak tujuh bulan lalu melahirkan anak bongsunya Farah Hanis secara pembedahan ketika berada dalam keadaan koma.
Menurut bapa kepada dua anak ini selepas kisah menyayatkan hati tentang keluaga mereka tular di media sosial dan mendapat liputan akhbar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai datang ke rumah dan menyerahkan sumbangan untuk meringankan bebannya.
“Alhamdulillah, kos untuk membeli lampin pakai buang dan susu kepada isteri serta anak bongsu dapat dijimatkan apabila ada pihak yang menyumbang barang berkenaan untuk mereka.
“Sumbangan yang diberikan cukup besar maknanya kepada saya, lebih-lebih dalam keadaan saya sudah tidak boleh bekerja kerana perlu menguruskan isteri sepanjang masa.
“Sejak isteri terlantar, hanya saya seorang yang menjaganya dari menukar lampin pakai buang, mengelap tubuh badan, memberi susu khas melalui wayar yang dipasang di hidungnya sehingga membersihkan wayar di bahagian lehernya yang ditebuk,” katanya.
Katanya, memandangkan dia perlu menguruskan keperluan isteri, buat sementara waktu, Farah Hanis dijaga oleh sepupunya yang tinggal berjiran dengannya.
“Sebelum ini, saya menerima beberapa panggilan daripada individu yang mahu mengambil Farah Hanis sebagai anak angkat, namun saya tidak bersetuju kerana biar sesukar mana, saya tidak akan berpisah dengan anak,” katanya.
Menarik minat anak kecil makan bukan perkara yang mudah bagi sesetengah ibu. Ini kerana masalah anak cerewet makan merupakan masalah biasa yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak.
Ibu zaman sekarang perlu menggunakan kreativiti untuk menarik perhatian si kecil menjamah hidangan makanan yang disediakan supaya mereka dapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran.
Selain daripada itu trend ibu-ibu muda masa kini sangat menitik beratkan makanan untuk anak-anak yang sudah ke sekolah turut dikagumi.
Masing-masing tampil dengan pelbagai idea kreatif demi memastikan hidangan bekal dapat menambat selera anak untuk makan.
Anak-anak kecil tentu seronok bila bawa bekal makanan yang menarik ke sekolah. Antara ibu yang tampil dengan idea kreatif dalam penyediaan bekal untuk anak adalah Nurul Azrena Razak.
Dengan tagline ‘Bekal Umar Pergi School’, siapa sangka video-video perkongsian Azrena menyiapkan bekal makanan untuk anak lelakinya, Zhafran Umar, 3, mendapat jutaan tontonan dan trending di TikTok.
Lebih mencuri tumpuan semua video menggunakan suara comel Zhafran Umar atau lebih mesra dipanggil Umar sebagai suara latar.
Sesiapa pun pasti terhibur dan leka untuk menonton sehingga tamat video tersebut kerana seronok mendengar suara latar Umar yang pelat memberitahu aksi ibunya sewaktu menyusun setiap isi makanan di dalam bekalnya.
Keunikan bekal makanan yang dikongsi bukan sahaja pada bekas makanan yang berwarna- warni tetapi juga pada pemilihan makanan yang berkhasiat serta dipotong berbentuk karektor yang comel.
Setiap makanan serta snek yang dibekalkan untuk Umar akan dipotong dan dihias dengan kreatif oleh Azrena. Antara perkataan kegemaran Umar yang kerap disebut dalam semua video tersebut adalah ‘cucun-cucun’ (susun-susun), ‘nyum nyum’, ‘telumbos’ (telur rebus) pastu’ (lepas tu) dan banyak lagi.
Berkenaan bakat Umar membuat suara latar untuk video-video rakaman penyediaan bekal kreatif, Azrena memberitahu awalnya Umar curious melihat ibunya membuat voice over dan akan meniru di sebelah ibunya.
“Mula-mula bagi dia cuba lepas tu dia suka pula dan setiap kali rakam video dia nak ikut buat voice over.”
Menurut Azrena dalam temu bual sebagai tetamu jemputan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), dia sememangnya gemar berkongsi resipi makanan Umar sejak si kecil mula makan makanan pejal lagi.
Bila Umar mula ke sekolah, dia nekad untuk sediakan sendiri bekal makanan kerana lebih yakin dengan pemilihan makanan selain lebih faham selera anaknya.
Mempunyai lebih 20 ribu pengikut di pelbagai platform media sosial, Umar yang petah berkata-kata membuatkan ramai kalangan ibu bapa menjadikan tip bekalan makanan ini ini sebagai tarikan utama anak-anak mereka menikmati hidangan makanan yang berkhasiat.
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.