Memang bukan mudah, tapi kenyataan ini didepani ibu ini dengan tabah & cekal tatkala anak kedua menanggung derita pelbagai penyakit.

Ibu muda Nurul Hana Zakaria, 26, berkata, Muhammad Nazmi Bin Ammar kini bergantung kepada mesin oksigen elektrik lantaran mengalami masalah paru-paru sempit sejak lahir itu. Selain itu, tubuh si kecil 11 bulan itu juga  turut berdepan masalah jantung berlubang dan tiroid.

Muhammad Nazmi yang juga bayi Sindrom Down, berusia 11 bulan  mengalami masalah paru-paru sempit sejak lahir.  Kini si kecil ini perlu bergantung kepada mesin oksigen.

“Mesin oksigen itu akan membantu mengembangkan salur pernafasan Muhammad Nazmi dan jika tidak dipakai, bayi itu akan lemah selain sesak nafas,” kata Nurul Hana.

Bukan Mudah Terima Kenyataan. Ibu Positif Anak Derita 3 Penyakit Akan Sembuh

IKLAN

Bimbang tanggalkan mask

“Walau pun mengalami pelbagai penyakit, Nazim anak yang kuat. Kini Nazim aktif, tidak boleh ditinggalkan walau sekejap.

“Saya sering bimbang dia jatuh buaian sebab dia sangat aktif. Juga bimbang dia menanggalkan topeng gas oksigen yang perlu dipakainya,” ujar ibu tabah ini.

Nebulizer untuk cairkan kahak setiap hari

Nurul Hana turut berkongsi rutin harian bersama anak istimewa ini. “Setiap pagi Muhammad Nazmi akan dimandikan. Selepas menyiapkan dirinya, saya kemudian akan memberikannya susu dan ubat-ubatan. Saya  kemudian akan memasang nebulizer untuk mencairkan kahaknya.

IKLAN

“Walau pun sakit, dia seperti anak yang lain, hendak bermain-main dan meneroka. Nazmi anak yang ceria dan kuat. Besar harapan saya untuk melihat dirinya sihat suatu hari nanti,” kata ibu ini.

Bukan Mudah Terima Kenyataan. Ibu Positif Anak Derita 3 Penyakit Akan Sembuh

IKLAN

Kerap demam bila jantung dijangkiti

Ada masanya anak istimewa ini perlu diberi perhatian serius. Selain Nurul Hana, suaminya  juga kerap mengambil cuti apabila anak kedua mereka ini demam.

“Apabila demam, selalunya paru-parunya dijangkiti kuman dan Muhammad Nazmi akan dimasukkan ke wad beberapa hari,” katanya.

Semoga Muhammad Nazmi sembuh

Mengimbau kembali saat awal mengetahui penyakit yang bersarang dalam tubuh anak keduanya, Nurul Hana akui  terkejut. Apabila mula-mula tahu memang tak dinafikan saya sebak dan sedih. Tapi saya redaa. Setiap hari saya berdoa agar MUhammad Nazmi akan sihat dan sembuh dari penyakitnya,” katanya.

Kepada anda yang ingin membantu, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun BSN milik Nurul Hana di 02003 41 00001240 8

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI