Semakin hampir hari nak bersalin, kebanyakan bakal ibu akan rasa berdebar memikirkan sakit kontraksi dan proses doktor ‘seluk’ untuk pemeriksaan bukaan pintu rahim.
Bagi yang sudah berpengalaman bersalin masih terbayang-bayang ngilu dan berdebarnya ketika melalui proses vaginal examination iaitu selukan jari ke dalam vagina yang dilakukan oleh doktor atau jururawat terlatih untuk mengukur saiz bukaan pintu rahim.
Sementara bagi ibu yang pertama kali nak melahirkan bayi tentu sahaja rasa takut terutama bila mendengar cerita pengalaman kawan-kawan lain yang sudah di ‘seluk’.
Menurut Dr Muhammad Izzat proses ini adalah perkara normal sebelum ibu hamil melahirkan bayi. Apa yang penting jangan takut sampai boleh mengganggu proses kelancaran pemeriksaan dilakukan oleh petugas perubatan.
Ibu-ibu mengandung bolehlah jadikan panduan berguna perkongsian daripada doktor ini. Semoga ia membantu ibu untuk lebih bertenang dan proses melahirkan bayi dipermudahkan.
Memahami Proses Bukaan Pintu Rahim
2 cm , 4 cm , 8 cm , 10 cm tu apa ?
Ads
Begitulah saiz bukaan pintu rahim ibu bersalin berlaku
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim.
Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka, kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.
Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar
Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.
Ads
Jangan panik…….
Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan.
Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
Ads
Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan
Maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai.
Di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.
Bukan ‘seluk’ suka-suka,
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam suhu tinggi dan tiba-tiba anak tumbuh ruam. Apakah jenis-jenis ruam yang selalu muncul selepas demam?
Ruam selepas anak demam sering berlaku. Menurut Dr Aimi Jaafar, ruam terbahagi kepada beberapa jenis yang biasa dihadapi si kecil seperti campak, chicken pox, ruam berair & hand foot and mouth disease (HMFD).
Dinasihatkan membawa anak yang demam mendapatkan rawatan segera.
Ruam selepas demam selalunya disebabkan oleh virus
#1: CAMPAK
Campak jarang ditemui kerana bayi sudah diberikan vaksin. Ruam terjadi selepas 2 minggu kontak dengan jangkitan. Antara komplikasi yang mudah terjadi ketika ini ialah dehidrasi, penumonia atau meningitis. Dapatkan rawatan segera. Ibu bapa perlu memastikan anak cukup air & nutrisi lengkap untuk meningkatkan pertahanan badan.
#2: CACAR AIR/ CHICKEN POX
Ruam berair selalunya bermula pada dada, belakang dan kemudian seluruh badan. Pastikan anak cukup air dan makan. Akan pulih dalam masa 1 minggu.
#3: ROSEOLA
Kanak-kanak 2 tahun selalu djangkiti virus ini. Demam suhu tinggu disusuli demam, batuk, selesema, kurang selera makan dan cirit birit.
#4: HFMD
Banyak berlaku pada kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Ruam pada jari kaki, tapak tangan & kaki, tepi mulut, punggung & kelangkang. Masalah ulser dalam mulut perlu dijaga supaya tidak berlaku jangkitan.
RAWATAN SEGERA & PEMANTAUAN MUSTAHAK!
Pemantauan sangat penting & pastikan sistem badan anak kuat. Paling penting dapatkan rawatan secepat mungkin.
Ramai yang rasa bila bayi dah mula pandai pegang botol susu, ibu bapa atau pengasuh akan membiarkan anak hisap susu sendiri. Selalunya keadaan ini berjalan lancar tanpa ada masalah.
Bagaimana jika suatu hari, bayi yang di bawah penjagaan tidak lagi bernafas.
Berikut perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk peringatan semua ibu bapa.
Tak kira pengasuh, penjaga atau ibu bapa melakukannya tanpa menyedari perbuatan mereka sangat berbahaya. Bayi diberikan botol susu, diletakkan tinggi sedikit (selalunya dengan dialaskan bantal) agar air susu terus mengalir ke mulut bayi.
Bila melihat bayi “selesa” menghisap susu, bayi ditinggalkan pengasuh, atau ibu bapa atau penjaga melakukan kerja lain.
Bila kerja siap dilakukan dan segera mendapatkan bayi tersebut, berkemungkinan bayi tersebut sudah tidak bergerak, mukanya pucat, sekeliling mulut berwarna biru dan badannya sejuk. Tidak bernafas. Telah meninggal dunia.
Penyusuan sebegini sangat berbahaya kerana aliran susu terus ke mulut tanpa perlu dihisap. Aliran susu secara berterusan tanpa berhenti, sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan bayi itu “lemas” dan tidak boleh bernafas.
Elakkan melakukan hal ini. Berbahaya. Setiap tahun ada saja kes kematian akibat kecuaian ini.
Jangan biarkan bayi diberikan susu dari botol TANPA pengawasan terutama berusia satu tahun ke bawah. Jika terpaksa memberikan cara begini, pastikan sentiasa bersama bayi. Jika ada kejadian tersedak, segera ambil langkah keselamatan (menepuk belakang bayi) dengan segera.
Mat Dan mula dikenali selepas tular kisahnya yang merupakan warganegara United Kingdom tetapi tertarik untuk tinggal di Malaysia sejak 20029 selepas pengembaraannya di Pulau Kapas Terengganu. Sejak itu, Mat Dan mula menceburi bidang seni apabila muncul sebagai pengacara, pelakon dan penyampai radio di Molek FM.
Sumber foto: Instagram Mat Dan
Berkahwin pada tahun 2017 dengan wanita cantik bernama Nadifa Adnan, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Terbaharu, Mat Dan berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka. Tambah membahagiakan, kali ini adalah bayi perempuan!
Menerusi perkongsiannya itu, dia telah memuatnaik gambar sedang memegang puteri tersayang dan melahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan serta meberi ucapan tahniah buat dia dan famili.
Apa yang menarik perhatian adalah ucapannya itu apaila dia menyatakan isterinya yang hebat dan cantik telah melahirkan anak perempuan yang begitu indah. Tambahnya lagi, kedua-dua ibu dan bayi selamat dan telah mula berpantang.
Antara komen yang ada;
Tidak ketinggalan Mat Dan juga mengucapkan terima kepada Dr. Asmah yang telah mengendalikan proses kelahiran anak ketiganya itu. Katanya, kesemua team Dr. Asmah sangat hebat dan menjadikan pengalaman ini tak dapat dilupakan.
Tahniah, Mat Dan dan isteri! Tak sabar nak tengok wajah baby girl ni. Mesti comel seperti abang-abangnya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan isteri dapat menjalani tempoh berpantang dengan baik.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.