Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah. Setiap ibu bapa juga, lain cara mereka membesarkan anak. Ada yang menggunakan pendekatan lemah-lembut, ada yang menggunakan pendekatan yang tegas.
Namun, apa pendekatan sekali pun, harapan mereka tetap sama iaitu agar anak membesar menjadi orang yang berguna. Dikongsikan 6 pesanan ringkas dari Imam Muda Azhar Ghazali untuk ibu bapa.
1. Ubah Pandangan Anak Ketika Dia Menangis
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Beri Anak Masa Untuk Berhenti Bermain
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
Ads
3. Alih Perhatian Anak Ketika Dia Bertelingkah
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “siapa yang mahu mendengar cerita ibu? angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Tanamkan Akhirat Dalam Minda Anak Sebelum Anak Tidur
Ads
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: “tidur sayang..besok pagi kan kita solat Subuh.”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah.”, akhirnya mereka tidak solat Subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Dampingi Anak, Kenakalan Anak Itu Akan Menjadi Kenangan
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
Ads
6. Utamakan Yang Lebih Utama
Tinggalkan handphone seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:”Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
Sumber: ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda mengalami situasi di mana anak mula menangis apabila ada orang lain cuba mengambil mereka atau takut-takut apabila ada yang mendekati? Menurut Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi, ianya adalah perkembangan yang NORMAL bagi setiap kanak-kanak.
Tapi kenapa? Dan bagaimana caranya untuk membuat anak mudah didekati? Ikuti perkongsian ini.
ANAK TAKUT ORANG: TIP UNTUK IBUBAPA BAYI & ORANG YANG NAK MENDEKATI BAYI
Stranger anxiety atau takut orang ialah salah satu fasa perkembangan mental yang PERLU TERJADI buat semua anak. Ia tanda anak sihat dan normal. Maka, bersyukur jika anak anda pandai takut orang.
Anak akan menangis, kelihatan takut, memaling muka atau ‘mengeraskan’ badan bila cuba di sapa orang asing, di sentuh, cuba di ambil atau di tinggalkan bersama orang asing atau yang jarang dijumpai.
BILA?
Selalunya bermula sekitar usia 6-9 bulan dan paling kritikal sekitar 12-15 bulan. Stranger anxiety akan berkurang selepas usia 2 tahun.
KENAPA?
Stranger anxiety bermula sekitar 6-9 bulan kerana anak-anak berusia 6-9 bulan telah mula faham, antaranya:
☑️ Self awareness: anak sedar tentang kewujudan dirinya. Maka, anak mula sedar, dirinya dan ibu/ayahnya adalah 2 makhluk yang berasingan. Ini usia anak sedar kewujudan dirinya bersama-sama orang sekeliling.
☑️ Konsep hubungan: kaitan sesuatu bunyi perkataan + bunyi suasana + objek + manusia yang membentuk sesuatu kejadian. Misalnya: bunyi anak kunci + pintu akan terbuka = ayah pulang dari kerja. Anak ingat dan faham situasi biasa atau harian yang melibatkan orang-orang biasa yang wujud dalam hidupnya. Ini PUNCA anak nampak ‘blur’ atau teragak-agak bila nampak wajah asing kerana di mindanya ‘tiada rekod’ atau ‘kurang rekod’ kejadian sebelum yang melibatkan individu asing ini.
☑️ Anak faham konsep kategori iaitu perician maklumat sesuatu perkara atau objek. Misalnya : Gambar kucing di dalam buku= Kucing di dalam TV =Kucing di rumah = Semuanya Kucing. Maka anak makin pandai beza wajah-wajah biasa VS wajah-wajah asing.
Stranger anxiety kritikal pada 12-15 bulan kerana anak makin faham konsep sistem. Iaitu perkara + objek + manusia biasa yang membentuk dunia kecil hariannya. Anak tahu keluarga jiran dan keluarganya berbeza. Rumah nenek dan rumahnya berbeza walau keduanya ialah rumah.
TIP BANTU ANAK HADAPI STRANGER ANXIETY BUAT IBUBAPA
👪 Jangan amalkan mengelak berjumpa orang atau mengurung diri dalam rumah hanya kerana memiliki anak yang sedang dalam fasa takut orang. Lebih anda memerisai anak anda dari suasana atau kejadian berjumpa orang atau bersosial, lebih kekok anak akan jadi. Semua perkara baru perlukan latihan dan pengalaman berulang untuk anak mahir atau faham. Yang PENTING, LATIHAN DAN PENGALAMAN yang diberikan kepada anak itu haruslah yang berkesan.
👪Beritahu rakan atau ahli keluarga bahawa anak anda sedang dalam fasa stranger anxiety. Minta mereka untuk tidak terlalu agresif ketika mendekati anak dan minta mereka jangan ambil hati jika anak anda tidak segera mesra terhadap mereka.
👪 Memperkenalkan anak kepada orang asing di dalam suasana yang anak biasa misalnya rumahnya sendiri itu lebih mudah. Ini kerana, anak tidak perlu memproses terlalu banyak input baharu dan dia juga selesa berada di tempatnya. Jika anak bertemu wajah asing di luar rumahnya misalnya, pertama kali pulang ke rumah nenek, pangku atau pegang anak anda ketika memperkenalkannya kepada orang lain. Usah terus berikan anak kepada orang untuk di ambil. Anak perlu pengesahan bahawa individu ‘asing’ ini ok, baik , selamat atau diluluskan oleh ibubapanya. Maka anak perlu melihat interaksi bersahaja dan santai yang anda miliki bersama individu ‘asing’ tersebut terlebih dahulu untuk merasa selesa.
👪 Rileks!. Kekalkan aras tenaga yang rileks dan bersahaja jika anak mula menangis bila didekati orang asing atau ketika cuba ambil kembali anak yang menangis dari pegangan orang asing. Usah buat wajah cemas, bengang atau marah dengan kelakuan anak. Anak perlu dapat mesej bahawa keseluruhan acara berjumpa orang/bersosial ini adalah sesuatu yang santai dan seronok.
TIP MENDEKATI BAYI YANG SEDANG DALAM FASA STRANGER ANXIETY
🕴️ Walau macam mana terujanya anda ingin mendukung, mencuit atau mengambil seseorang bayi yang tak biasa dengan anda, usah:
❌ Sengaja merenung bayi
❌ Terus mengusap atau mencuit bayi serta merta
❌ Terus nak ambil dan dukung bayi dari ibu/ayahnya.
Tanya diri anda sendiri: ➡️ Jika ada orang asing yang tiba-tiba merenung anda penuh minat, cuba mencuit, menyentuh atau nak bermesra dengan anda, ADAKAH ANDA AKAN RASA SELESA ❓
Confirm jawapannya ialah = TIDAK 🙅
Maka ,sama halnya dengan bayi. Walau mereka kecil, mereka juga manusia yang punyai emosi serta perasaan seperti orang dewasa.
🕴️Berbual mesra dengan ibu/ayah bayi di hadapan bayi terlebih dahulu. Jika mahu menyapa atau cuba berbual dengan bayi, mulakan secara verbal sahaja terlebih dahulu seperti ‘Hai’, atau ‘Siapa nama awak yang comel ni? ‘ tanpa cuba menyentuh bayi. Buat eye contact dan wajah mesra kepada bayi. Penting untuk buat bayi tertarik kepada anda SEBELUM cuba nak membuat sebarang sentuhan fizikal kepadanya.
🕴️ Luangkan masa membuat aktiviti bersama ibubapa bayi & bayi. Bermain, membantu dengan urusan kerja rumah atau bersiar-siar dengan ibubapa/ibu bayi & bayi bantu bayi rasa selesa dengan kehadiran anda. Tarik minat bayi untuk datang mendekati anda dengan menunjukkan sebarang objek yang menarik seperti mainan , snek atau haiwan peliharaan. Atau, ajak bayi sertai aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain buaian di taman, ajak naik motor pusing-pusing taman atau main air.
🕴️ Jika bahasa badan bayi kelihatan OK untuk anda ambil atau dukung tetapi wajahnya masih seperti sangsi atau takut-takut bila memandang anda, palingkan wajah bayi dari bertentangan langsung (direct facing) dengan wajah anda. Misalnya dukung bayi menegak pandang ke depan/luar dan alih perhatiannya dengan menunjukkan sesuatu yang menarik. Teruskan bercakap-cakap atau berjalan dengan bayi secara bersahaja agar bayi membina rasa selesa dengan bunyi suara anda dan cara anda menggendalikannya terlebih dahulu. Pasti selepas itu bayi akan bertambah rileks bila bersama anda.
Selamat mencuba
Sumber:
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Mata juling terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan. Satu mata memandang ke hadapan manakala mata di sebelahnya memandang sama ada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan. Ia terjadi di kalangan 2-5% kanak-kanak.
Sebab-Sebab Mata Juling
Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui.
Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
Rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
contoh :
Tanda-Tanda Dan Gejala:
Tanda dan gejala utama ialah kedudukan mata yang tidak selari/sejajar.
Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.
Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang.
Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
Walau bagaimanapun, mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.
Apakah Kesan Daripada Mata Juling?
Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna disebabkan ambliopia (mata malas). Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun) , ini boleh mengakibatkan pandangan kabur yang berkekalan.
Lebih awal ambliopia dirawat, lebih baik prognosis (kebarangkalian) untuk pulih.
Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman/ketebalan sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.
Apakah Rawatan Yang Ada?
Mata juling memerlukan pemeriksaan awal oleh doktor mata.
Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun dekat (hiperopia).
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ambliopia (mata malas), menampal/menutup mata yang mempunyai penglihatan yang baik boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
Pembedahah boleh merawat mata juling dengan agar kembali sejajar/selari. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...