Kadang-kadang, benda kecil dalam rumahtangga pun boleh jadi topik hangat bila dikongsi secara jujur dan kelakar.

Baru-baru ni, satu video TikTok dari akaun @empatberanak berdurasi 1 minit 14 saat telah mencuit hati ramai netizen  berkongsi satu situasi yang ramai suami isteri boleh relate: cara isteri mesej barang dapur yang suami kena beli.

 

Dalam video tu, si suami dengan bersungguh-sungguh tunjukkan contoh terbaik  bila nak beli barang, dia akan tunjuk gambar, jenama, dan siap bagitau harga. Macam nak pitch proposal kat client! Tapi realitinya, cara si isteri pula sangat ‘chill’  mesejnya simple je:

“Bukan Tak Nak Tolong, Tapi Tolong Bagi Detail!” Video Lawak Tapi Bermakna Ajar Isteri Cara Betul Mesej Suami Beli Barang Dapur

Ads

“Beli sikit je. Jangan banyak. Kicap.”

Tanpa jenama, tanpa kuantiti, tanpa penerangan lanjut. Lepas tu bila suami tanya semula, dapat jawapan macam:

“Lebih awak belajar masak. Baru tahu halia tak cukup banyak mana, kicap brand apa….”

Rileks betul nada isteri ni, tapi deep! Ada sindiran manja di sebalik keluhan suami yang konon-konon “penat salah beli barang”, sedangkan selama ni tak pernah ambil tahu pun apa yang ada dalam dapur sepanjang perkahwinan.

Namun paling yang lart last, suami terkedu apabila apabila isteri tanya  dengan tuala wanita.

Akhirnya si suami macam “kalah” juga dengan kebenaran tu  realitinya, isteri selama ni buat semua benda tanpa disedari.

Ads

Video ni mungkin nampak macam konten gurauan, tapi sebenarnya menyampaikan mesej yang sangat meaningful dalam rumahtangga. Suami isteri kena saling bantu dan saling faham peranan masing-masing.

“Bukan Tak Nak Tolong, Tapi Tolong Bagi Detail!” Video Lawak Tapi Bermakna Ajar Isteri Cara Betul Mesej Suami Beli Barang Dapur

 

Ads
@empatberanak Cara betul ajar isteri mesej ke suami.Bukan ape nak elak salah beli barang #empatberanak #suamiistri #suamiistribahagia ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Ruangan Komen Meriah  Netizen Terhibur Tapi Faham

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan gaya pasangan ni – jujur, santai tapi ada chemistry. Ada yang sokong team suami dan tak kurang juga yang back up isteri.

“Betul la tu, kicap banyak jenis. Kalau salah beli nanti kena ceramah sejam ”
“Saya siap tulis list dalam nota dan letak gambar. Tapi tetap salah beli ”
“Ni bukan pasal barang, ni pasal tanggungjawab dan komunikasi suami isteri sebenarnya.”

Video ni mungkin simple, tapi menyentuh nilai dalam komunikasi suami isteri. Kadang benda remeh macam beli barang dapur pun boleh mencerminkan siapa ambil tahu, siapa take for granted. Dan dari situ boleh lah mula belajar… kalau tak tahu semua ni, masuk dapur, belajar masak.

Sumber: empatberanak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI