“Sakit paling pedih kehilangan orang yang kita sayang. Pemergianmu yang cukup memberi kesan yang amat mendalam di hati Mommy..”
Begitulah luahan hati seorang ibu melalui akaun Tiktok ketnisshah_ yang berkongsi tentang pemergian puteri kesayangan dia dan suami.
Ibu ini melahirkan rasa rindunya yang tidak berpenghujung, kerana hanya sempat memegang, bermain dan memanjakan puteri sulungnya itu terlalu sekejap sebelum bayinya terpaksa ditahan di hospital.
“Bermainlah di syurga sana sayang. Tunggu Mommy Daddy..”
Katanya lagi, hanya empat hari sahaja dia dan suami dapat menjaga anak mereka sebelum bayi perempuan yang diberi nama Arianna Soffiya itu terpaksa dimasukkan ke wad. Selama dua hari berada di dalam pemantauan pihak hospital, Allah SWT lebih menyayangi anak syurga ini.
Ads
Menurut ayah kepada bayi perempuan tersebut, doktor memaklumkan bahawa anak mereka terkena jangkitan dari tali pusatnya dan doktor masih cuba untuk mengenal pasti jenis kuman tersebut.
Warganet turut meninggalkan komen takziah serta ada yang berkongsi cerita yang sama dengan pasangan ini;
Sesebuah perkahwinan tidak akan lengkap jika salah seorang tiada. Suami atau isteri, kedua-duanya sama penting dalam memainkan peranan agar rumah tangga terus harmoni dan dijalani dengan bahagia. Dalam sesebuah perkahwinan, kita tidak mencari pasangan yang sama dengan kita tetapi yang saling melengkapi.
Itulah yang dikongsikan oleh PU Akram di dalam penulisannya. Katanya, perkahwinan bukan hanya pertemuan dua hati, jauh lebih besar adalah pertemuan dua sistem keluarga. Sesebuah pasangan akan terus berbalah jika salah satu pihak mahukan pasangan mengikut keseluruhan sistem keluarganya.
Ikuti perkongsian berguna ini, semoga menjadi manfaat bersama.
Setiap kali balik rumah, yang saya nampak baju dah basuh tak lipat, lantai rumah tak sapu, jubah nak pakai kuliah maghrib tak gosok lagi, itu dan ini. Semua saya nampak dengan jelas! Semua kelemahan isteri, saya nampak satu persatu. Itulah cerita mula-mula tahun pertama perkahwinan. Kesannya ? Stress! Ya memang stress!
Kebetulan pulak saya dibesarkan dalam keluarga yang memang tegas bab sistem dan disiplin dalam rumah ni. Orang putih kata, “Perfectionist”. Ya mama abah kami memang nak semuanya sempurna. Saiz lipatan baju mesti sama. Kalau letak dalam almari, mesti sebaris baju, sebaris seluar, sebaris kain pelekat. Bayangkan sekecil-kecil kopiah mesti letak tempat kopiah. Kalau letak kopiah bukan tempatnya, gegak gempita la rumah! Memang bersistem.
Tiba-tiba kahwin, semua sistem tu dilanggar oleh isteri saya. Fuhh, macam meletus gunung berapi ni. Haha.
Sampailah Allah SWT tentukan saya dapat sesuatu daripada ceramah sahabat saya, Khairul Nadzir ni. Berkenaan ayat Allah dalam Al-Quran, dalam Surah ar-Ra’du, ayat 11:
”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
Alhamdulillah, dengan ayat ni saya faham 2 perkara:
1. Saya nak isteri saya berubah buat itu ini, jadi gitu gini. Sedangkan saya sendiri belum berubah. Ubah apa ?
Ubah sudut PANDANGAN saya pada isteri. Kenapa saya pandang tiga empat kelemahan dia sedangkan saya boleh sangat memandang kelebihan dia yang tak terkira banyaknya! Saya lupa yang makanan dah siap terhidang atas meja, bilik tidur semuanya dah kemas, tandas dah dibasuh, pinggan cawan semua dah basuh tersusun rapi, hiasan decoration rumah cantik kehijauan berbau harum wangi. Dan yang paling saya saya terkesan soalan yang tak lepas daripada mulut dia, “Abang dah baca al-Quran hari ni ?”. Allah, kenapa saya tak nampak semua kelebihan isteri saya ? Belum dikira lagi kelemahan dan kekurangan diri saya yang lagi tak terkira. Boleh jadi rosak kalkulator kalau nak kira! Huh, ego kan kita ni. Astgahfirullah.
2. Saya kena ubah KEFAHAMAN saya tentang perkahwinan. Saya tak boleh berterusan anggap semua manusia ni sama sistem hidupnya. Saya tak boleh anggap kuasa yang ada sebagai ketua keluarga ni, sama macam bos syarikat. No! Ini bukan organisasi koprat, kita bos bayar gaji staf. Boleh arah tentukan itu ini sebab kita bayar. Salah!
Perkahwinan bukan hanya pertemuan dua hati, jauh lebih besar adalah pertemuan dua sistem keluarga. Kita akan terus berbalah, berselisih faham, tarik muka dan stress jika salah satu pihak nak pasangannya ikut keseluruhan sistem keluarganya. Jalan yang terbaik dan menenangkan adalah, mencari titik tengah dengan: (1) Saya sedar segala kelebihan isteri saya itu rupanya adalah kelemahan saya. Segala kekurangan isteri adalah kelebihan saya. (2) Saya terlalu memandang perkara kecil itu sebagai terlalu besar, sedangkan saya boleh korbankan pejam mata (adapt) dengan menerima cara dan sistem isteri saya. Alhamdulillah itulah yang mendamaikan.
Perkahwinan ni bukan mencari persamaan. Perkahwinan sebenarnya mencari pelengkap kehidupan.
Kini, Allah dah pinjamkan 2 orang cahaya mata penyeri kehidupan kami. Syukur padaMu ya Allah. Kami tenang dengan rezeki yang Kau kurniakan pada kami.
Selamat Ulang Tahun Pernikahan ke-4 Bidadari Syurgaku Nurul Hanisah Ahmad. (30 Ogos 2015 – 30 Ogos 2019)
Pencetus Ummah Akram Yang terus mencintai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hiba! Ibu & dua anak termasuk si kecil berusia 10 tahun terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar, Sabah. Tragedi menyayat hati ini meragut nyawa tiga beranak apabila kediaman mereka ditimbus tanah runtuh pada Isnin malam.
Menurut laporan Sinar Harian, mangsa dikenali sebagai Wong Moi Ling, 34; Christen Kell Benny, 6; dan Kemiey Asphereynda Benny, 10. Penemuan mereka sekaligus melengkapkan jumlah keseluruhan mangsa tanah runtuh di Sabah seramai 12 orang.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz, mangsa pertama ditemui sekitar jam 4.20 petang, disusuli mangsa kedua lima minit kemudian. Mangsa terakhir, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, berjaya ditemui pada jam 10.45 malam.
“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan bantuan pelbagai agensi termasuk PDRM, ATM, KKM, APM serta RELA. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Operasi berakhir sepenuhnya pada jam 2.05 pagi Selasa, selepas pencarian mangsa terakhir selesai.
Kejadian tanah runtuh di Sabah baru-baru ini meragut 12 nyawa, termasuk tujuh di Kampung Cenderakasih Kolombong, dua di Kampung Mook, Papar, dan tiga di Kampung Marahang Tuntul.
Berita sedih ini mengundang sebak di hati ramai, khususnya ibu ayah yang tidak dapat membayangkan peritnya kehilangan anak kecil dalam sekelip mata. Doa dan ucapan takziah terus mengalir di media sosial, sebagai tanda solidariti buat keluarga yang berduka.
Tragedi ini menjadi peringatan buat kita semua bahawa kasih sayang terhadap anak-anak tidak boleh ditangguhkan. Setiap pelukan, setiap kata sayang dan setiap doa adalah hadiah berharga yang mungkin esok tidak lagi sempat kita berikan.
Bagi keluarga mangsa, ujian ini terlalu berat. Namun doa seluruh rakyat Malaysia agar mereka terus kuat dan tabah menghadapi kehilangan besar ini.
Semoga roh Wong Moi Ling, Christen Kell Benny, dan Kemiey Asphereynda Benny ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Salam takziah yang tidak terhingga buat keluarga mangsa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila cerita barang kemas ini, tentu buat ramai yang teruja. Terbaru Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bikin gempar media sosial! Kali ni perkongsian beliau memang buat ramai teruja, mana taknya, hadiahkan rantai bernilai RM1.5 juta untuk isteri tersayang!
Video yang dikongsi oleh ushawan sensasi ni berjaya menarik perhatian netizen. Emas pilihan bukan calang-calang dari design moden, elegan, sampai la ke yang klasik pun ada. Semua cantik, semua berkilau, semua mengundang rasa nak beli!
Kelihatan Alif Syukri memakaikan rantai bersaiz besar di leher isterinya. Malah menegur bahawa jangan anggap dia ia rekaan untuk ‘makcik-makcik’ tetapi sesuai untuk gelaran isterinya sebagai ‘Datin Sri’ .
“Ni Terus Macam Datin Sri, Bukan Makcik-Makcik…
Dalam pada itu, walaupun isterinya menghalang Alif dari membeli dengan jumlah yang banyak, namun Alif menyifatkan ia sebagai pelaburan buat anak-anak apabila mereka telah tiada.
Menerusi kapsyen perkongsian isterinya, menjelaskan bahada dia tidak menyangka suaminya sanggup berhabis untuk membeli barang kemas.
Syukur hari ni apa ntah mimpi @aliffsyukriterlajaklaris nak belikan barang kemas. Ya Allah baramg kemas dekat @kedai_emas_merchant9 ni semua lawa lawa ya. Dari anting2, gelang, rantai, cincin sampai gelang kaki semua ada. Yang minat emas memang wajib datang sini. Design dia yang paling saya suka. Nampak moden dan terkini. Boleh dikatakan ini lah syurga untuk wanita wanita. – Datin Seri Nur Shahida
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.