Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan rakyat Malaysia boleh membuat janji temu pemeriksaan gigi di mana-mana kemudahan kesihatan KKM menerusi aplikasi MySejahtera pada Mei lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan turut memaklumkan pesakit akan menjalani pemeriksaan, sesi konsultasi dan rawat gigi pada janji temu pertama serta mendapat rawatan susulan jika perlu.
Katanya ia juga selaras dengan komitmen KKM ke arah pendigitalan sistem kesihatan selari dengan Pelan Strategik Digitalisasi 2021-2025.
Baru-baru ini, KKM memuat naik satu hantaran tentang buku rekod kehamilan ibu hamil untuk mencatat rekod kesihatan golongan tersebut dan ia boleh dirujuk semula jika terdapat sebarang kes kecemasan.
Di sebalik pelbagai respons yang diterima oleh pihak tersebut, terdapat segelintir pengguna media sosial yang menggesa KKM untuk menukar penggunaan buku rekod kehamilan daripada buku fizikal kepada bentuk digital.
Ads
Patutnya dah 2023 ni buku pink ni harus pupus sudah n semua record patut digitalise. Slow nya KKM ni. https://t.co/Lv0KBsCiQT
“Saya bersara dari bidang silat untuk anak saya dan demi kesihatan diri sendiri” begitulah luahan pesilat profesional negara, Al Jufferi Jamari apabila ditanya tentang status kerjayanya kini.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkongsi sisi kebapaanya dalam Anugerah Gala Pa&Ma, Best Papa Millennial 2023 menerusi siaran langsung sebentar tadi.
Tambahnya lagi, dia mula diuji apabila dikhabarkan anak keduanya menghidap kanser dan dalam masa yang sama memerlukan perhatian penuh darinya kerana isteri terpaksa menjaga anak yang ketiga yang masih kecil.
“Sewaktu anak saya dikhabarkan ada sakit kanser. Saya tak boleh cuti terlalu lama, waktu PKP. Selama sebulan lebih saya duduk di hospital, anak no.3 pula masih kecil.”
“Ujian saya ketika di hospital, ada yang sudah meninggal. Dugaan tu memang besar.”
“Dan isteri sangat struggle nak jaga anak-anak kalau saya perlu bekerja, isteri ni tulang belakang kita. Dia cuma support kita, yang buat kerja tu kita. Jadi kena faham.. bukan semua benda isteri kena buat”
CARA DIDIKAN ANAK
“Anak no.2 ikut semangat saya. Sejak umur dia 2 tahun dah pandai menendang, menumbuk. Kalau tengok tiga orang anak lelaki, anak no.2 lah yang ikut saya.”
“Saya nak didik mereka ni tak boleh satu method, yang ini dan itu perangainya lain. Ikutkan mak dia garang, tapi kalau saya marah memang diaorang takut. Ada masa saya lembutkan dan manjakan diaorang.”
Ikuti perkongsian penuh Jufferi sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala 2023 di bawah
Melalui trimester pertama kehamilan memang ternyata cukup menguji kekuatan ibu hamil. Ibu yang dulunya aktif berubah menjadi lemah tak bermaya. Muntah setiap pagi atau petang membuatkan ibu tiada selera untuk makan.
Namun ada juga kes di mana ibu hamil merasa loya dan tidak berselera setiap kali melihat makananan, sudahnya ibu hamil hanya minum air dan jus untuk mendapatkan tenaga.
Jadi bagaimanakah ibu hamil dapat memberikan nutrisi pada tubuh dan sekaligus bayi di dalam kandungan. Dan adakah perlu ibu hamil mengambil suplemen?
Menurut Dr. Jamali Wagiman, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, terdapat banyak vitamin dan mineral di dalam pasaran. Pengambilannya kerap menjadi topik utama semasa pemeriksaan di klinik atau sesi soal jawab di seminar pra-natal.
Asas sebenar pengambilan vitamin dan mineral tambahan semasa hamil adalah untuk mengurangkan komplikasi buruk yang mungkin berlaku kepada ibu dan bayi. Oleh itu, hanya zat besi dan folic acid sahaja perlu diambil.
Walaupun keperluan zat besi hanyalah 60 mg sehari dan asid folik 400 mg, tubuh manusia tidak mampu menyerap 100 peratus dari pil yang ditelan. Untuk itu, ibu hamil perlu mengambil zat besi, antara 180mg hingga 500mg bergantung kepada formula yang diambil.
Sentiasa perhatikan juga label pada botol dan rujuk semula kepada doktor kerana terdapat formula yang mengandungi paras zat besi yang terlalu sedikit walaupun perisa dan bungkusannya lebih menarik.
Kalsium, Vitamin A, dan zink hanya perlu diambil dalam kes-kes tertentu sahaja manakala pengambilan mineral micronutrient seperti vitamin B6, E, C dan D tidak perlu ditambah.
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural).
Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Zat Besi
Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Untuk sihat ketika hamil tidak memerlukan pengambilan berbilang zat dan mineral. Ambil sahaja suplemen yang disarankan oleh doktor kerana itu sebaiknya. Jangan dilupakan pengambilan makanan yang sihat dan segar untuk nutrisi secukupnya untuk bayi dalam kandungan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Usahawan, Aisyah Hijanah berkongsi nama serta wajah cahaya mata keduanya yang baru dilahirkan pada bulan September lepas.
Menurutnya, dia tidak malu meletakkan nama anak dengan nama zaman dahulu kerana dia lebih mementingkan maksud nama tersebut dan juga nama-nama yang diambil dari nama tokoh yang terkenal pada zaman kenabian dahulu.
“Anak tak malu ke letak nama lama-lama?”
“Ada yang tanya Aisyah tentang nama Hassan. Actually satu amanah untuk ibu bapa ni bagi nama yang baik untuk anak-anak sebab kita akan dibangkitkan dengan nama kita”
“Ramai parents cari nama yang moden tetapi tak ada maksud. Kesian pada anak, sebab panggilan nama ni adalah doa untuk kita”
“Personally, Aisyah memang strict pasal anak-anak. Nama mestilah yang ada maksud & ada role model yang baik. Kita nak anak membesar dengan akhlak yang baik, mana nama yang kita beri mestilah yang baik-baik juga”
“Jangan di kejar nama unik, moden tapi tak ada maksud. Carilah nama yang baik, yang ada Tokoh yamg baik, supaya Nanti bila anak kita membesar pun akhlaknya baik juga, In Shaa Allah”
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama buat putera keduanya itu.
‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif’ – Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate). Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw. Syarif pula, bermaksud mulia yang Kami mengharapkan Putera kami Ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dari Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan”
Aisyah mendirikan rumah tangga bersama Alif Teega pada 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Khadijah Hijanah 1 tahun 9 bulan dan Mohd Hassan Syarif yang baru berusia 1 bulan.