Kehamilan

“Buku Pink Dah Lapuk” Netizen Cadangkan KKM Buat Rekod Kesihatan Ibu Hamil Secara Digital

Share

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan rakyat Malaysia boleh membuat janji temu pemeriksaan gigi di mana-mana kemudahan kesihatan KKM menerusi aplikasi MySejahtera pada Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan turut memaklumkan pesakit akan menjalani pemeriksaan, sesi konsultasi dan rawat gigi pada janji temu pertama serta mendapat rawatan susulan jika perlu.

Katanya ia juga selaras dengan komitmen KKM ke arah pendigitalan sistem kesihatan selari dengan Pelan Strategik Digitalisasi 2021-2025.

Baru-baru ini, KKM memuat naik satu hantaran tentang buku rekod kehamilan ibu hamil untuk mencatat rekod kesihatan golongan tersebut dan ia boleh dirujuk semula jika terdapat sebarang kes kecemasan.

Di sebalik pelbagai respons yang diterima oleh pihak tersebut, terdapat segelintir pengguna media sosial yang menggesa KKM untuk menukar penggunaan buku rekod kehamilan daripada buku fizikal kepada bentuk digital.

“Patutnya dah 2023 ini buku pink ini harus pupus sudah dan semua rekod patut didigitalkan. Slow KKM ini,” ciap @aprilishx.

Ada juga yang mengatakan buku rekod tersebut mulai rosak kerana terlalu kerap digunakan setiap kali janji temu dengan pihak klinik atau hospital.

“Buku pink saya hampir hancur setiap kali check up (kerana) stapler nombor (giliran),” ciap @_Shrnaa.

Apa pendapat anda berkenaan isu ini? Adakah anda bersetuju ‘buku pink’ di gantikan dengan rekod digital?

 

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

IKLAN