“Alhamdulillah ini buku pink yang pertama setelah 17 tahun menunggu ustaz. Doakan saya semoga sepanjang kehamilan ini dipermudahkan Allah.” Ini antara luahan dari hati seorang isteri selepas melalui saat-saat yang cukup perit dengan kata-kata orang sebelum ini.
Namun rahsia Allah tiada siapa yang tahu. Jika rezeki milik kita, Allah akan bagi tepat pada masanya. Menerusi perkongsian Ustaz Mujahidin, semangat wanita ini perlu dicontohi kerana tanpa putus asa berusaha biarpun doktor beritahu dia mandul.
Kredit: Google
Atas keyakinan dan kebergantungan pada Allah, akhirnya berita ini memberi kegembiraan buat pasangan suami isteri ini. Ya Allah rasa sebak hanya Allah yang tahu!
Izin Allah, Berakhir 17 Tahun Penantian
Atas usaha pasangan suami isteri ini yang tak pernah kenal erti putus asa, doa dan ikhtiar, akhirnya isteri telah disahkan hamil buat kali pertama selama 17 tahun.
Pernah buat IVF dan IUI oleh pakar, doktor sahkan isteri tidak subur. Bagaimanapun, atas izin Allah, akhirnya mendapat khabar gembira, isteri sudah hamil buat kali pertama.
Ads
Sanggup suruh suami kahwin lain
Paling sedih si isteri sanggup menyuruh suami berkahwin lain. Tapi bagusnya suami tetap setia bersama isteri. Dituduh mandul dan macam-macam lagi, hanya mereka yang melalui sahaja yang tahu bagaimana perasaan itu.
Kongsi wanita ini, suaminya seorang yang positif, sentiasa menyuruhnya reda dengan ketentuan ilahi.
“Berulang kali saya suruh dia nikah lain tapi dia tak nak. Yang terakhir saya suruh dia kahwin adalah bulan Oktober tahun lepas. Sebab saya rasa, saya yang bermasalah tak boleh bagi zuriat pada anaknya.
Ads
Sampai masa, Allah akan bagi rezeki
Penantian itu satu penyeksaan. Bila tiba masanya pasti akan tiba jua. Janganlah mengalah jika kita lambat dapat cahaya mata. Pastikan tak putus berdoa, usaha dan jangan sesekali cepat berputus asa.
Percayalah cepat atau lambat Allah pasti mendengar doa kalian nanti. Saya yang dapat tahu mengenai hal ini pun rasa terharu dan sebak. Syukur pada Allah, sejak akhir-akhir ini ramai yang berjaya hamil selepas berbelas tahun menanti.
Semua atas izin Allah. Selagi mampu akan bantu mana yang mampu. Moga lepas ini lebih ramai yang berjaya hamil lagi atas izin dan kehendak-Nya. Aamiin3x Ya Mujiib
**Nak dapatkan barangan bayi pada harga berpatutan, klik saja di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin ramai ibu hamil pada masa kini memilih untuk kekal aktif sepanjang kehamilan. Malah, ada yang berani menyertai acara larian jarak jauh seperti maraton demi mengekalkan gaya hidup sihat. Namun, adakah ia benar-benar selamat untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan?
Menurut Dr. Faizatunnor, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, aktiviti lasak seperti maraton boleh meningkatkan risiko keletihan melampau, dehidrasi dan tekanan berlebihan kepada jantung serta sendi. Malah, ada kes keguguran dilaporkan akibat terlalu memaksa diri berlari dalam tempoh lama.
Sebaliknya, beliau menyarankan ibu hamil memilih aktiviti brisk walk atau berjalan pantas yang jauh lebih selamat, santai, tetapi tetap memberi banyak manfaat untuk kesihatan ibu dan bayi.
“Kalau nak sertai acara larian boleh, tapi jangan terlalu lama dan jangan berterusan. Lebih baik brisk walk sebab ia tidak beri tekanan terlampau kuat pada jantung dan nafas. Cuma pastikan usia kandungan sekurang-kurangnya 12 minggu ke atas,” jelas Dr. Faizatunnor.
Brisk walk bukan sahaja mudah dilakukan, malah ia diiktiraf sebagai senaman berimpak rendah terbaik untuk ibu mengandung. Antara manfaat utama ialah:
Kurangkan risiko komplikasi seperti diabetes gestasi & preeklampsia.
Tingkatkan mood melalui penghasilan endorfin yang mengurangkan stres.
Legakan ketidakselesaan tubuh termasuk sakit belakang dan sembelit.
Kekal cergas & bertenaga dengan jantung dan saluran darah lebih sihat.
Tidur lebih lena, membantu tubuh lebih relaks.
Kawal kenaikan berat badan sepanjang kehamilan.
Badan lebih bersedia untuk bersalin, serta pemulihan lebih cepat selepas melahirkan.
Mengikut panduan CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, AS), wanita hamil digalakkan melakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana, lima kali seminggu. Selain brisk walk, senaman sesuai lain termasuklah berenang, yoga, atau berbasikal menggunakan basikal statik.
Namun, jika anda sudah terbiasa berlari sebelum mengandung, aktiviti tersebut masih boleh diteruskan dengan syarat kandungan dikategorikan sebagai berisiko rendah dan mendapat kebenaran doktor.
Kesedaran untuk kekal aktif sepanjang kehamilan sememangnya wajar dipuji, tetapi setiap ibu perlu mengenali kemampuan diri. Jangan terlalu memaksa tubuh dengan aktiviti lasak kerana ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan kandungan.
Brisk walk terbukti lebih selamat berbanding maraton — bukan sahaja membantu ibu hamil kekal cergas, malah melindungi bayi dalam kandungan daripada risiko berbahaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pergerakan bayi menandakan keadaannya sama ada baik atau sebaliknya. Justeru, ia perlu sentiasa dipantau dan para ibu perlu peka. Doktor terangkan kepentingannya.
Tendangan bayi comel dirasakan oleh bakal ibu. Adakalanya dia aktif namun ada masanya kurang bergerak. Sangat mustahak bagi ibu untuk peka dan memantau pergerakan bayi.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan memberikan panduan dan penerangan tentang pergerakan bayi dalam kandungan.
BABY SAYA KURANG GERAK ?
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan sangat istimewa buat ibu.
Apakah pergerakan bayi yang dikatakan normal?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ia;
-kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat.
-sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah pergerakan bayi itu.
PERGERAKAN BAYI AGRESIF PADA TENGAH HARI & PETANG
Seiring perkembangannya, pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang.
Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita , perlukan masa berehat sebentar.
PERGERAKAN MENINGKAT SEHINGGA 32 MINGGU
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
KEPENTINGAN PERGERAKAN BAYI
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
BERAPAKAH TENDANGAN YANG PATUT IBU RASAKAN DALAM SATU HARI?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperi hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dgn kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebeh tahu bayi nya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi.Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi.
Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketidaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
APA BOLEH DILAKUKAN BILA BAYI KURANG PERGERAKAN ATAU PERGERAKAN TIDAK MEMUASKAN?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
BAGAIMANA JIKA SETELAH SAYA DIBENARKAN PULANG, PERGERAKAN BAYI KEMBALI MENGURANG?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera.
Gambar kat bawah ni diambil dari buku seorang pesakit saya yang sgt prihatin kepada gerak bayi nya.
Ibu hamil perlu berhati-hari kerana ada kuman yang boleh menyebabkan keguguran. Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, organisma yang dikenali sebagai Group BStreptococcus (GBS) merupakan bakteria yang didapati hidup secara “aman” di dalam beberapa bahagian tubuh wanita iaitu faraj, usus, dubur dan pundi kencing.
Kehadiran GBS tidak membahayakan kebanyakan manusia. Ia hanya menjadi kuman berbahaya kepada bayi ketika dilahirkan melalui faraj.
GBS bukanlah penyakit akibat hubungan kelamin. Penggunaan antibiotik sebelum kelahiran bayi terbukti boleh menurunkan risiko bayi daripada jangkitan GBS tadi.
Ada kajian menunjukkan GBS mungkin menyebabkan keguguran TETAPI banyak sebab lain yang boleh menyebabkan masalah ini.
Bagi ibu yang keguguran akibat jangkitan GBS, lakukan ujian HVS dan ambil rawatan antibiotik jika GBS masih didapati wujud.
Selain jangkitan kuman, ada lagi beberapa sebab lain yang boleh mengakibatkan keguguran.
Punca Early Miscarriage
Early miscarriage ialah keguguran yang berlaku sebelum atau pada 13 minggu kehamilan. Sebab-sebabnya termasuklah
Punca second trimester miscarriage
Trimester kedua ialah usia kehamilan antara 13 hingga 27 minggu. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan second trimester miscarriage pula termasuklah;
Dr Norintan menyarankan ibu-ibu yang mengalami keguguran untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk mencari punca keguguran (jika mahu). Namun begitu, 70 – 80% wanita akan hamil secara spontan dan melahirkan anak yang normal selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.