Bulat-Bulat Cantik, Rupanya Ni Cara Buat Cucur Bilis Jadi Lagi Rangup!

Share

Cuti sekolah yang kini masuk hari ke enam hari ini sudah membuatkan mak-mak mula buntu menyiapkan sarapan pagi dan minum petang untuk anak.

Bosan nasi goreng dan roti, kali ini buatkan cucur rangup pula untuk anak-anak. Paling menarik rupanya ada cara untuk memastikan adunan lagi rangup di luar dan lembut di dalam. Dr Mazliana Mazlan berkongsi tipnya.


Rangup betul cucur bilis ni tak boleh bawak bincang. Makan dah berapa ketul tak terasa, sebab sedap sangat.

Korang boleh try buat tau. Syarat dia mudah je, kena ada ais panas 100 darjah.

Bahan yang saya guna kalini;
Bilis
Kentang
Bawang besar
Tepung gandum tanpa peluntur non GMO
Garam Himalaya
Raw cane sugar

Chop bilis, kentang, bawang 5 saat.

On kettle mode untuk dapatkan air suhu 100 darjah.

Masuk semua bahan, mix 15 saat.

Selesai!

Kemudian bulatkan dan goreng.

Makan masa panas rangup betul. Cucur ni lembut sampai ke petang tau.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN