
Anak kepada pelakon dan personaliti media sosial, Elisya Sandha sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis puterinya, Bunga Elhaq menjalani pengalaman pertama menindik telinga.
Perkongsian video yang dimuat naik di Instagram milik Elisya itu pantas meraih perhatian warganet apabila melihat keberanian si kecil comel tersebut walaupun jelas kelihatan gugup sebelum proses dilakukan.
Menerusi kapsyen yang ditulis Elisya, dia memberitahu bahawa Bunga sendiri yang meminta untuk menindik telinga seperti orang dewasa.
“My brave little girl @bungaelhaq ✨ Dia yang request nak tindik telinga macam orang besar 🥺,” tulis Elisya.
Dalam video tersebut, Bunga Elhaq dilihat duduk tenang sambil ditemani ibu bapanya sepanjang proses menindik telinga dilakukan. Walaupun wajahnya nampak sedikit cemas dan menahan rasa takut, kanak-kanak itu tetap kuat dan memberikan kerjasama yang sangat baik.
Lebih menyentuh hati apabila selepas selesai proses tersebut, Bunga menerima sijil penghargaan “Certificate of Bravery” sebagai tanda dia berjaya menghadapi pengalaman itu dengan penuh berani.
Netizen juga turut tersentuh melihat reaksi Elisya yang tidak lekang memberi kata-kata semangat kepada anak kesayangannya itu sepanjang proses berlangsung.
Ruangan komen dibanjiri pujian daripada pengikut serta rakan-rakan selebriti yang rata-rata geram melihat kecomelan Bunga Elhaq.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah daripada seorang pengikut yang menulis:
“Wah! Sukanya bunga dapat pakai subang dah… cantikkkk 🧡🧡🧡”
Elisya kemudian membalas dengan penuh bangga:
“Big girl dah ❤️”
Selain itu, nenek Bunga turut meninggalkan komen di posting berkenaan yang rmemuji keberanian Bunga walaupun masih kecil.
“MasyaAllah Tabarakallah.. So proud of u baby @bungaelhaq 👏👏,” tulis Sheila Rusly
“Bunga tahan sakit kuat semangat betul cucunda ni 😍,” komen Zarina Zainuddin pula.
Tidak kurang juga yang memuji wajah comel dan penampilan manis Bunga Elhaq selepas memakai subang buat kali pertama.
“Cantiknyaa bunga ❤️”
“MasyaAllah tabarakallah cantiknya awak bunga 😍”
Momen penuh kasih sayang antara Elisya dan Bunga itu nyata membuatkan ramai tersenyum, malah ramai mengatakan si kecil tersebut semakin membesar dan bijak berdikari.
Keakraban Elisya bersama anaknya juga sering menjadi perhatian ramai kerana cara pelakon itu melayan Bunga dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Memang jelas terpancar wajah gembira Elisya melihat anak kecilnya berjaya melalui pengalaman pertama yang pasti akan menjadi kenangan manis buat mereka sekeluarga.
Perkongsian mengenai Bunga Elhaq ini juga sekali lagi membuktikan bahawa telatah dan perkembangan anak selebriti sememangnya sering mendapat perhatian warganet di media sosial.
Sumber: Instagram Elisyasandhaofficial