Tidak dinafikan masalah anak cerewet makan adalah masalah yang selalu dihadapi ibu bapa. Buntu dibuatnya bila semua makanan dia tak suka!

Bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak yang cerewet makan dan hanya makan makanan tertentu sahaja. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah tumbesaran kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa hendaklah melipat gandakan usaha dalam menangani permasalahan ini.

Dalam hal ini, ibu bapa perlulah mengutamakan makanan dari sumber semula jadi selain daripada pengambilan multivitamin yang mengandungi Lysine sebagai suplemen. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan  bagi menangani anak yang cerewet makan:

 

#1.Tetapkan jadual makan

Tiga waktu hidangan utama dan berselang seli dengan tiga waktu snek. Pilihan snek boleh terdiri daripada buah-buahan segar, biskut dan roti. Elakkan minuman ringan, manis, berjus dan bersusu semasa snek kerana itu boleh menyebabkan anak kurang selera makan semasa hidangan utama.

IKLAN

#2. Waktu makan menyeronokkkan

Jadikan waktu makan satu pengalaman yang seronok. Nikmati waktu makan bersama seluruh ahli keluarga. Tutup televisyen dan berikan tumpuan ke arah hidangan yang terhidang di atas meja makan. Kanak-kanak akan jadi lebih bersemangat bila melihat ahli keluarga yang lain juga makan bersama.

Buntu Anak Picky Eater? 6 Cara Ini Buat Anak Seronok Nak Makan Tanpa Perlu Di Paksa!

#3. Kreatif dalam penyediaan makanan

Hidangkan sayur-sayuran bersama sos pencicah mayonis atau buah-buahan dimakan bersama celupan sos coklat. Potong makanan kepada bentuk yang kelihatan menarik. Pelbagaikan warna makanan dalam satu pinggan lobak yang berwarna oren, brokoli yang berwarna hijau dan tomato yang berwarna merah.

IKLAN

#4. Perkenalkan makanan baru satu persatu

Selalunya anak akan mencuba dahulu secubit sebelum dia berani untuk makan makanan yang baru. Jika dia tidak mahu pada pertama kali, cuba lagi beberapa kali sehingga dia mahu merasa. Galakkan dengan bercerita mengenai warna, bau dan rasa makanan itu. Bukan sekadar mengatakan makanan itu sedap. Hidangkan makanan baru itu sekali dengan makanan yang dia sudah biasa.

Buntu Anak Picky Eater? 6 Cara Ini Buat Anak Seronok Nak Makan Tanpa Perlu Di Paksa!

IKLAN

#5. Jangan upah makanan ringan 

Jangan sesekali menjanjikan aiskrim jika anak anda mampu menghabiskan sebiji epal. Itu boleh mengelirukan pertimbangan mereka. Sebaliknya, tetapkan satu hari yang dibenarkan makan aiskrim dalam seminggu.

Buntu Anak Picky Eater? 6 Cara Ini Buat Anak Seronok Nak Makan Tanpa Perlu Di Paksa!

#6. Libatkan mereka 

Apabila sedang membeli-belah di pasar raya, minta mereka pilihkan sayur dan buah dan masukkan ke dalam bakul. Jangan beli makanan yang tidak sihat yang anda tidak mahu mereka makan. Di rumah, galakkan mereka membantu anda membasuh sayur, atau menyiapkan meja.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI