Pening dibuatnya bila bayi kecil kita sudah pandai menolak bubur, tak mahu makan. Apa nak buat? Tukarkan menu atau pelbagaikan dengan menu lebih kreatif.
Menurut Dietetion, Pn Fizah Sobri, cubalah pelbagaikan menu untuk bayi kerana bayi juga sudah punya rasanya sendiri. Jadi pelbagaikan.
Soalan Mommies Anak saya masuk 8 bulan tolak bubur. Sebelum ni makan takde masalah pun. Saya risau anak tak makan. Macam mana nak bagi dia makan?
Jawapan saya Berapa kerap kali bagi bubur sehari? Kalau pagi petang siang malam bagi bubur tapi cuma tukar lauk of cozz baby akan boring dengan menunya.
Kita yang dewasa pun tak akan makan nasi pagi petang siang malam, akan ada kepelbagaian dalam menu. Sama juga dengan baby.
Ads
Sebenarnya baby lagi cepat bosan dengan menu banding dengan dewasa.
Risau risiko cekik semasa tukar dari bubur ke menu lain? Umur 8 bulan dah sesuai masuk tekstur lenyek malah boleh mula lauk cincang halus sudah. Banyak saja menu boleh dicuba masa ini.
Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan:
Ads
1. Protein
Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.
2. Lemak
Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.
Ads
3. Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.
4. Vitamin dan mineral
Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi? Setiap hari, bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g (0.4g natrium) kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula.
Jika terlebih garam dalam badan bayi, ia boleh mengganggu sistem buah pinggang si kecil. Organ tersebut gagal berfungsi dengan baik. Hal ini kerana organnya belum matang untuk mampu menampung lebihan garam atau “kidney overload”. Apa lagi masalah kesihatan yang boleh terjadi kepada bayi? Ikuti perkongsian ini.
Jangan Tambah Kicap & Sos Dalam Makanan Anak
“Tambahkah garam sikit kat puree tu bagi ada rasa sedikit… kasihan tawar sangat”
Inilah kesilapan yang sering berlaku dalam pemakanan anak anak kita. Sebenarnya, pada usia 1 tahun kebawah, makanan yang diberi bukan untuk SEDAP, tetapi untuk,
✅ Memperkenalkan tekstur makanan
✅ Menambah zat makanan (selain susu ibu)
✅ Memperkenalkan makanan lain selain susu ibu
✅ Kenalpasti alahan.
Mengapa tidak perlu tambah kicap, sos, gula dan garam?
1. Buah pinggang masih baru
Ia masih dalam fasa perkembangan. Garam berlebihan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja lebih!
2. Deria rasa bayi sensitif
Deria rasa bayi berganda lebih sensirif berbanding orang dewasa. Walaupun tambahan sedikit garam sebenarnya ia sangat masin untuk bayi. Selain itu ia menyebabkan masalah yang berikutnya..
3. Menjadi picky eater
Akibat sering sangat terdedah dengan makan masin/ manis mereka akan menolak makanan lain yang tawar. Pilihan mereka sudah tentu makanan segera, frozen food yang sangat banyak bahan perasa.
Selain itu, ia menyebabkan masalah lain seperti kerosakan gigi, sembelit dan masalah metabolik.
Informasi telah kami kongsikan, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan 😘
*Garam dan gula semula jadi dalam buah buahan dan bahan organik lain TIDAK SAMA dengan garam, gula yang ditambah ya.
Kredit: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesihatan anak-anak biasanya bergantung pada corak pemakanan. Jika dari awal anak-anak diberikan makanan yang sihat dan tinggi nutrisi, secara tak langsung daya tahan tubuh anak boleh kuat.
Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, salah satu makanan yang bagus untuk kuatkan imuniti anak adalah kacang peas.
Kenalkan kacang peas untuk imuniti anak yang kuat. Seawal umur 6 bulan kita dah boleh ajar anak makan kacang peas.
Boleh start dengan puree atau kacang peas yang dilenyek dulu kalau takut anak tersedak.
Banyak sangat khasiat kacang peas tau. Bagus untuk anak-anak.
Kukus buat snacking, makan macam tu je pun dah sedap kan.
5 sebab kenapa kena ajar anak makan kacang peas.
1. Kandungan vitamin C, E, zink, catechin dan epicatechin, bantu tingkatkan imuniti anak.
2. Kandungan caratenoid, lutein dan zeaxanthin dalam kacang peas, penting untuk kesihatan mata anak.
3. Fiber dalam kacang peas, bagus untuk perjalanan usus yang lebih baik.
4. Kandungan omega 3 dalam kacang peas bagus untuk otak anak.
5. Ferulic acid dan coumestrol bantu kurangkan radang dalam badan anak.
Inilah real food kan. Sekecil-kecil saiznya pun, tetap ada khasiat yang anak akan dapat.
Kita cuba sama-sama ya.
Sebagai ibu bapa, anda pasti pernah berdepan situasi di mana si kecil tidak mahu makan nasi, betul tak? Jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan karbohidrat yang boleh diberikan.
Makanan karbohidrat
Karbohidrat atau singkatannya karbo adalah sumber tenaga utama tubuh. Ia boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:
Ringkas – Mudah dicerna tubuh dan sering dijumpai dalam kek, biskut dan makanan lain dengan gula halus. Terdapat juga dalam buah-buahan dan produk tenusu
Kompleks – Terdapat dalam bijirin dan sayuran berkanji serta memerlukan lebih masa untuk dicernakan. Boleh ditemui dalam pelbagai jenis roti dan bijirin gandum penuh
Kanak-kanak memerlukan makanan karbo kerana:
Digunakan tubuh sebagai sumber tenaga
Karbohidrat akan dipecahkan tubuh kepada gula ringkas yang kemudiannya beredar dalam aliran darah dan digunakan sel-sel badan untuk tenaga.
Kanak-kanak sangat aktif – sentiasa bergerak, bercakap dan belajar – mereka memerlukan banyak tenaga untuk menyemarakkan hari mereka.
Mengawal pengambilan karbohidrat dalam pemakanan kanak-kanak boleh mengehadkan jumlah tenaga mereka pada siang hari dan membuatkan mereka berasa letih.
Kanak-kanak juga dalam proses tumbesaran dan tubuh perlu bekerja keras untuk menjadikan mereka lebih kuat – ini juga memerlukan tenaga.
Untuk merangsang otak
Otak menggunakan glukosa – salah satu gula ringkas, sebagai sumber tenaga utamanya. Kanak-kanak memerlukan karbohidrat untuk kekal berjaga dan memastikan otak berfungsi dengan baik.
Ia penting untuk semua kanak-kanak, khususnya yang bersekolah sepanjang hari dan perlu menumpukan perhatian untuk jangka masa lama.
Mengehadkan pengambilan karbohidrat ringkas dan gula halus amat digalakkan, cuma anda tidak seharusnya mengurangkan jenis makanan karbohidrat lain daripada diet anak sepenuhnya.
Sebaiknya pelbagaikan variasi makanan dan cuba untuk masukkan karbohidrat kompleks.
Jenis makanan karbohidrat
Banyak makanan mempunyai karbohidrat, namun dalam aspek pemakanan kanak-kanak adalah penting untuk memilih karbo yang turut mengandungi nutrien lain.
Ini untuk memastikan tubuh tidak hanya dibekalkan dengan gula tetapi bersama nutrien lain yang turut diperlukan untuk berfungsi.
Bijian, roti & bijirin
Apabila memilih karbohidrat dalam bentuk roti, sebaiknya pilihlah yang tinggi kandungan serat dan rendah GI kerana ia memberikan lebih nutrisi dan membuatkan anak kenyang untuk tempoh lebih lama.
Sayur-sayuran
Sayuran berkanji seperti kentang, jagung, ubi keledek dan labu semuanya mengandungi karbohidrat dan merupakan makanan kaya nutrien seperti vitamin dan mineral lain serta sumber serat yang baik.
Legum / kacang
Kekacang adalah sumber protein, vitamin B, zat besi dan folat yang baik. Ia rendah GI dan menjadikan anak kenyang lebih lama. Contoh pilihan termasuklah kacang pis dan lentil.
Buah-buahan
Semua buah mengandungi karbohidrat – dalam bentuk fruktosa dan glukosa.
Pengambilan buah dalam diet pemakanan kanak-kanak, bukan sahaja memberikan tubuh mereka karbohidrat tetapi juga manfaat lain seperti vitamin, mineral dan serat.
Tenusu, antara makanan karbohidrat
Kandungan karbohidrat dalam produk tenusu dikenali sebagai laktosa. Ia kaya nutrien yang menyumbang sejumlah kalsium dan protein kepada tubuh.
Makanan tambahan (sekali-sekala)
Kek, pastri, pai, donut, kerepek, gula-gula dan semua minuman manis mengandungi karbohidrat.
Namun ia adalah makanan tidak berkhasiat kerana tidak memberikan manfaat pemakanan serta tinggi tenaga (kilojoule), lemak, gula dan natrium.
#Indeks glisemik (GI)
GI ialah ukuran kadar paras gula dalam darah yang meningkat selepas pengambilan makanan tertentu. Ia hanya boleh diukur dalam makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pemakanan kanak-kanak: Keperluan serat pemakanan harian
Roti putih, pasta dan nasi semuanya merupakan sumber karbohidrat, tetapi ia adalah halus dan rendah serat makanan.
Sebaiknya, jadikan separuh daripada diet pemakanan kanak-kanak adalah bijirin penuh sebagai pilihan gaya hidup lebih sihat untuk anda sekeluarga.
Terdapat banyak pilihan bijirin penuh lazat termasuklah keropok, roti, pasta, bijirin, beras perang dan tortilla jagung.
Cara lain untuk memasukkan lebih serat makanan adalah dengan memilih buah-buahan sepenuhnya berbanding 100% jus buah, termasuklah sayuran.
Menjadikan makanan karbohidrat sebagai diet harian
Tidak mengapa jika anak agak liat untuk makan nasi kerana terdapat pilihan karbohidrat lain boleh diberikan.
Untuk memastikan pemakanan kanak-kanak sihat dan seimbang, pilihlah karbohidrat yang baik dengan memberikan anak bijirin penuh, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak.
Dalam masa yang sama hadkan juga pengambilan makanan yang mengandungi gula tambahan serta galakkan anak untuk aktif setiap hari.
Sebagai ibu bapa juga, anda perlu menunjukkan contoh yang terbaik buat mereka.
Ini kerana apabila anak melihat anda mengamalkan tabiat sihat, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka turut mengikutinya, sekali gus menjamin gaya hidup lebih sihat pada zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.