Seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak yang masih kecil maut di tangan suaminya sendiri selepas berlaku pertelingkahan dalam satu kejadian di Kampung Gong Garu, Gaal di Pasir Puteh, Kelantan pagi 17 Jun.

Mangsa yang merupakan warga asing, etnik Rohingya dikenali sebagai Noor Begum Dil Muhammad, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suami mangsa yang juga etnik Rohingya, berusia 32 tahun menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam isterinya. Lebih sedih lagi, pembunuhan itu berlaku di hadapan dua anak mereka berusia tiga dan empat tahun.

Bunyi Bising Suami Isteri, Berakhir Dengan Tangisan Anak Di Sisi Jasad Ibu

Anak menangis di sisi ibu

Menurut jirannya, Maimun Chik, 47, dia sedang membasuh pinggan di dapur rumahnya yang terletak bersebelahan dengan rumah pasangan itu sebelum terdengar bunyi bising.

IKLAN

Sebelum itu, sempat menyergah mereka sebelum keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Alangkah terkejutnya, apabila dia melihat mangsa sudah terbaring berlumuran darah dan dua orang anaknya berusia tiga dan empat tahun sedang menangis di sisi ibu mereka yang sudah tidak bernyawa.

“Saya terkejut apabila melihat mangsa terbaring di depan rumah saya dalam keadaan berlumuran darah dan anak pula sedang menangis di sisi mayat ibunya…”

Suami isteri tu selalu gaduh

Maimun berkata, dia memang sering mendengar jirannya itu bergaduh suami isteri, namun tidak menyangka akan terjadi teruk seperti ini.

IKLAN

Dua orang anak mangsa kini dibawah jagaan sepupunya dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk proses bedah siasat.

Bunyi Bising Suami Isteri, Berakhir Dengan Tangisan Anak Di Sisi Jasad Ibu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.30 pagi.

IKLAN

“Pemeriksaan awal terdapat dua kesan tikaman di badan dan masing-masing satu torehan di badan serta lengan kanan mangsa.

“Senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, suspek juga berjaya ditahan pada 3 petang di sekitar kawasan Kota Bharu.

Katanya, suspek akan direman pagi esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Harian Metro & Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI