Membesarkan anak memerlukan kesabaran dan ia bukan setakat beri perhatian ketika anak kecil. Malah cabaran ini lagi besar dalam fasa anak membesar menjadi seorang remaja sehingga betul-betul matang berfikir.
Dalam fasa anak remajalah cabaran ibu ayah besar. Masa ini pengaruh rakan sebaya mampu mengubah personaliti anak jika ibu bapa tak beri perhatian sewajarnya. Ada yang masa zaman sekolahnya pelajar cemerlang, masuk sekolah menengah, prestasinya terjejas kerana silap pilih kawan.
Mengapa penting ibu bapa perlu beri perhatian, Influencer Parenting, Puan Wawa Shauqi ada kupasannya.
Semalam, saya bersembang dengan sorang makcik saya. Tengah sembang, tersembang pasal cabaran besarkan anak.
Katanya, fasa anak remaja ni paaaling susah nak kawal. Bab ni saya memang kena minta pandangan yang berpengalaman. Saya pernah jadi remaja. (Dan sekarang masih remeja ehem). Tapi pengalaman nak hadap cabaran besarkan anak remaja tu saya tak ada.
Ads
Makcik saya mengaku, pernah melalui episod yang depressing bila anak mula keluar malam senyap-senyap. Salah pilih kawan. Dan terjebak buat benda bukan-bukan.
Which, saya percaya ramai antara kita sendiri pun pernah lalui pengalaman yang sama. Pernah buat mak kita susah hati dengan kita. Pernah salah buat pilihan dan benda bukan-bukan.
Syukur alhamdulillah, kata beliau, bila anaknya mula meningkat dewasa, dah makin berakal, dah makin kurang buat perangai. Tau beliau buat apa? Beliau mula ajak anak berjemaah.
Makcik saya kata, asbab berjemaah memberi kesan yang sangat besar pada hubungan dia dan anak. Cuma dia sesal tak mula awal. Kita yang anak masih belum remaja ni, sempat lagi nak mula amal.
Ads
Solat jemaah. Makan pun jangan makan asing-asing. Ajak jemaah sekali. Kemas rumah berjemaah. Buat aktiviti yang anak suka pun jemaah. Segala benda berjemaah.
Berjemaah ni salah satu bentuk disiplin yang berkesan. Sebab kita pun terlibat jadi role model. Anak pun melalui susah yang kita rasa. Dan secara tak langsung, bonding dengan anak tu wujud.
Ajaibnya, anak lagi mudah dengar kata. Lebih mudah bermanis muka. Sebab apa?
Sebab dengan berjemaah, kita sebenarnya samakan level power kita dengan anak.
Kita tak rasa overpower. Anak pun tak besar kepala. Masing-masing se-standard usaha baiki diri.
Katanya, sementara anak ni rebunglah kita kena lentur. Sebelum dia mengeras jadi buluh. Waktu tu, kalau kita salah jurus nak melentur, bukan saja dia yang patah. Dengan kita pun boleh patah hati.
Insya Allah dengan jemaah, bukan saja mengikat yang hampir putus. Malah melurus semula apa yang telah bengkok.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami mengimpikan isteri yang taat dan setia manakala isteri pula menginginkan suami yang boleh menjadi pelindung kepada ahli keluarga dan laksanakan tanggungjawab dengan baik.
Dalam mencari kebahagiaan keluarga, masing-masing kena tahu peranan dan tidak boleh hanya seorang sahaja yang bertindak. Sama-samalah berusaha untuk mencari reda Allah dalam melayari rumah tangga. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan baik akhlaknya juga antara kebahagiaan besar dalam hidup berumah tangga.
PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2. Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6. Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10. Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11. Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12. Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13. Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14. Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15. Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16. Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17. Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18. Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19. Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20. Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21. Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22. Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24. Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27. Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28. Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29. Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30. Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31. Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32. Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Memiliki anak yang cerdik dan berakhlak bukan satu angan-angan kosong asalkan papa sebagai ketua keluarga memainkan peranan hebat membesarkan mereka. Peranan ibu dan ayah sama penting dalam membesar dan mendidik anak-anak supaya mereka membesar sebagai individu yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Susuk tubuh ayah yang sado dan tegap bukan sekadar tampil sebagai hero di mata si kecil. Tetapi pengaruhnya terhadap perkembangan si anak sangatlah besar. Ayah adalah pemimpin dalam keluarga yang bertanggungjawab memimpin keluarga dan memastikan anak-anak tetap berada di landasan yang betul.
PERANAN AYAH DALAM MENDIDIK ANAK MEMBANTU MEREKA MENGHARUNGI CABARAN DALAM KEHIDUPAN UNTUK MENJADI INSAN YANG BERJAYA.
Jangan sampai terlupa tanggungjawab masing-masing bila sudah bergelar ayah. Ini antara peranan ayah dalam mendidik anak di zaman mencabar sekarang.
1. MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK
Ayah mempunyai peranan penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak menerusi bimbingan dan kasih sayang yang diberikan. Bila anak dapat cukup kasih sayang daripada seorang ayah maka dia akan membesar sebagai individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
2. MENJADIKAN ANAK SEORANG YANG BERANI
Fizikal ayah bak seorang hero sepatutnya mendidik anak menjadi seorang yang berani menghadapi cabaran. Anak akan melihat sisi berani daripada seorang ayah berbanding ibu. Jadi, pastikan ayah memainkan peranan betul membentuk sifat berani tersebut.
3. MELATIH ANAK BERDISIPLIN
Ayah juga mempunyai kelebihan untuk membesarkan anak-anaknya dengan disiplin. Biasanya anak-anak akan lebih berdisiplin dan menurut arahan jika dilakukan oleh ayah. Maka ayah wajib memberikan contoh yang baik dalam bab disiplin. Baru anak-anak mengikut.
Seorang anak sangat memerlukan perhatian daripada kedua ibu dan ayahnya kecuali jika salah seorang sudah meninggal dunia. Walaupun anak mendapat sepenuh perhatian daripada ibu tetapi dia tetap memerlukan perhatian dan sentuhan dari seorang ayah. Walau sibuk bekerja sekalipun, ayah jangan abaikan perhatian pada anak ya.
5. SEBAGAI MOTIVATOR
Ayah perlu menjadi pendorong dan motivator ulung kepada anak. Dengan pendekatan yang betul, ayah boleh mengubah tingkah laku anak yang sebelum ini kurang baik menjadi lebih baik.
6. MELAYAN ANAK BERMAIN
Anak memang cukup suka kalau dapat bermain dengan ayah. Jadi, ayah kena rajin melayan anak bermain ya. Jangan asyik melayan handphone sahaja, sebaliknya luangkan masa untuk layan anak bermain dan berseronok. Waktu itu anda boleh ambil peluang untuk memberi nasihat dan panduan berguna.
7. JADI ROLE MODEL
Anak adalah peniru yang hebat. Mereka juga menjadikan ayah dan ibu sebagai role model utama. Makanya wajiblah anda berdua memberikan teladan yang baik kepada anak supaya mereka membesar sebagai anak yang berakhlak mulia.
Ayah wajib ambil tahu siapa kawan-kawan anak supaya mudah untuk mengawal dan mengawasi pergaulan anak supaya boleh mencegah perkara buruk daripada berlaku akibat salah pilih kawan.
9. MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSIONAL ANAK
Anak kecil masih belum stabil emosinya maka sebagai ayah, anda perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecerdasan emosional anak. Selalu berkomunikasi dengan anak supaya ada dapat membina proses saling percaya dengan anak. Kecerdasan emosional yang baik membantu anak membesar sebagai individu yang hebat satu hari nanti.
10. BERPERANAN MENGUATKAN ‘BONDING’ HUBUNGAN KELUARGA
Papa memainkan peranan penting untuk menguatkan bonding antara ahli keluarga. Selain meluangkan masa bersama, sesekali bawalah anak pergi bercuti untuk eratkan hubungan keluarga. Tak perlu tempat yang jauh dan mahal kadang-kala lokasi berhampiran rumah juga sudah mampu menggembirakan hati anak-anak asalkan dapat bersama mama dan papa.
Watak ‘superhero’ yang papa galas sepatutnya mampu menjadikan penyelamat dan pelindung sebenar kepada anak tersayang. Ia sekaligus membimbing anak-anak berada di landasan yang betul.
Memang lumrah ibu-ibu, walaupun sakit tetap akan melakukan kerja rumah dan tetap menjalankan tugas sebagai ibu serta isteri. Penat macam mana sekalipun para ibu tetap tidak akan berhenti dan berehat. Baginya, selepas berkahwin hidup hanyalah untuk suami dan keluarga.
Tapi ibu-ibu perlu ingat, sekuat mana pun kita usaha untuk melaksanakan tugasan kita. Kita tetap memerlukan rehat. Ambil masa dan tenangkan diri, buatlah terapi diri yang anda sukai kerana ibu-ibu juga manusia biasa. Jika bukan anda yang meraikan diri sendiri, siapa lagi kan?
It’s OK Mommy…
It’s OK Mommy untuk take a break dari melayan anak bermain dan memintanya bermain sendiri pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari memasak dan memberi anak makan apa saja yang ada di rumah, asalkan kenyang pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari sesi pengajaran akademik dan membiar anak menonton kartun dari ipadnya pada hari ini.
It’s Ok Mommy untuk take a break dari mengemas dan mencuci lalu bergolek saja senang hati layan YouTube pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari mengurus rumah dan anak-anak untuk melepak sebentar bersama kawan-kawan pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari tidurkan anak on time demi layankan movie best di Netflix pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari habit pantang nampak makanan kegemaran anak di kedai pasti nak belikan dan beli saja apa anda mahu untuk diri sendiri pada hari ini.
Tidak ada sesiapa yang akan berikan ibu cuti jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada sesiapa, TERMASUK anak- anak, boleh buat ibu gembira jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada anak yang gembira memiliki ibu yang tak hidup dengan gembira.
Pemandangan indah yang terpampang di depan mata hanya MAMPU DI NIKMATI ANDAI
KITA MEMILIH UNTUK BERHENTI SEKETIKA.
Maka ibu belajarlah untuk berhenti seketika. Kerana, urusan hidup dan tanggungjawab tidak akan pernah selesai samada ibu pilih untuk take a break atau tidak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.