HP memperkenalkan cabaran HP Little Makers, iaitu satu peluang bagi kanak-kanak untuk mencipta semula pembelajaran imersif dengan Mesin Pencetak HP DeskJet Ink Advantage 3700. Kanak-kanak berusia di antara 5 – 12 tahun layak untuk menyertai pelbagai cabaran untuk hadiah, manakala sekolah pula berpeluang memenangi satu set HP Idea Lab bernilai RM20,000.
Selaras dengan fokus Kementerian Pendidikan terhadap pembelajaran berasaskan teknologi, cabaran HP Little Makers menggalakkan kreativiti dalam persekitaran pembelajaran yang maju untuk kanak-kanak menggunakan teknologi dan pembelajaran berasaskan bermain.
Pengarah Urusan HP Malaysia, Fayza Amin berkata sebagai seorang ibu, saya memahami pentingnya pendidikan yang menyeluruh. Dengan HP Little Makers, kami ingin menunjukkan bagaimana teknologi dan kreativiti dapat bersatu dengan mendidik generasi masa depan Malaysia di rumah dan di sekolah.
Cabaran Little Makers HP Malaysia direka untuk ibu bapa, guru dan pereka muda, pencipta serta pemikir mereka untuk bermain dan belajar bersama sambil berkongsi ciptaan mereka dengan rakan dan keluarga.
HP bertujuan untuk membantu kanak-kanak mencungkil potensi dalaman dan bakat mereka menggunakan pencetak DeskJet HP. Untuk memulakan cabaran, HP bekerjasama dengan 40 buah sekolah di seluruh negara yang akan menerima sebuah HP Deskjet Ink Advantage serta peluang untuk memenangi satu set HP Idea Lab.
HP Idea Lab akan menampilkan HP Pavilion x360 dan HP DeskJet Ink Advantage 3700 untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran generasi masa depan Malaysia. Cabaran ini juga terbuka kepada sesiapa yang berusia di antara 5-12 tahun.
Kanak-kanak yang mengambil bahagian dan keluarga mereka berpeluang memenangi produk HP bernilai RM500. Lima pemenang akan dipilih setiap dua minggu sejajar dengan “Challenge of the Week”.
Siaran Akhbar Kompak dan tanpa wayar, siri HP Deskjet Ink Advantage 3700 yang mampu milik merupakan pencetak semua dalam-satu yang membantu memberi inspirasi untuk projek-projek kreatif dengan anak-anak anda di samping menyerlahkan karya mereka. Untuk memudahkan percetakan, HP Smart App membantu mencetak tanpa wayar dari telefon pintar dan tablet Android serta Apple iOS.
Cabaran dalam talian akan dikemas kini dua kali seminggu di hp.com/my/littlemakers untuk disiapkan oleh kanak-kanak, ibu bapa atau guru secara bersama. Setiap cabaran Little Makers disertakan dengan panduan langkah demi langkah untuk projek kecil serta fakta-fakta berunsur pendidikan yang menyeronokkan berkaitan topik tersebut.
Sebagai contoh, kanak-kanak akan dapat belajar mengenai buruj seperti ‘Lyra’, ‘Pegasus’, ‘Sagittarius’, sains di sebalik bayangan dan seni wayang kulit, mencipta jam matahari, menghasilkan peta dan menandakan mercu tanda di seluruh dunia serta haiwan-haiwan yang diancam kepupusan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI