Mempunyai dua orang anak istimewa yang menghidap autisme dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya bukan sesuatu yang mudah buat pelakon Zarina Zainuddin.
Pasti sahaja kedua anak kembarnya Azil dan Azal yang merupakan anak istimewa menghidap autisme tidak mengerti mengenai situasi di luar sana yang kini merbahaya untuk semua orang.
Zarina terpaksa melakukan pelbagai helah demi memastikan kedua anaknya itu kekal duduk di rumah bersama ahli keluarga yang lain.
Antara alasan yang sering digunakan adalah membuat kerja rumah dan bermain badminton di halaman rumah mereka.
Ads
“Azil kerap berkeras mahu keluar kerana sudah terbiasa dengan rutinnya membeli barang sendiri sebelum ini. Dia tidak mahu kami yang pergi belikan untuknya. JIka dihalang, dia akan mengamuk dan mula mencederakan dirinya. Ketika itu saya perlu memujuknya dengan betul dan menerangkan mengenai bahaya di luar sana,” katanya.
Walaupun ada kelonggaran terhadap anak-anak autisme sepanjang tempoh PKP ini, namun Zarina lebih suka jika mereka duduk di rumah demi keselamatan masing-masing dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Ads
“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mereka bosan duduk di rumah dan melakukan sesuatu. Biasanya, saya akan suruh mereka buat kerja bersihkan rumah. Kami juga lakukan aktiviti seperti bermain badminton di halaman rumah,” katanya.
Bagaimanapun, sekali-sekala Zarina tetap membawa mereka keluar berdekatan kawasan rumah. Dia juga lega kerana dua anaknya itu patuh apabila diminta memakai penutup muka, mencuci tangan dan menjaga kebersihan serta mengambil langkah berjaga-jaga yang lain.
Tabah berdepan karenah anak-anak, Zarina memohon orang ramai mematuhi arahan kerajaan agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan segera dan kehidupan biasa diteruskan.
Eczema atau ekzema adalah masalah kulit kronik yang sering menyerang bayi dan kanak-kanak. Kulit mereka menjadi merah, gatal, kering dan mudah luka akibat digaru. Walaupun ia bukan penyakit berjangkit, eczema boleh menjejaskan kualiti hidup anak kerana rasa tidak selesa dan tidur terganggu.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong masalah eczema:
Genetik – Jika ibu atau bapa ada sejarah resdung, asma atau alergi, anak lebih berisiko.
Kulit sensitif – Kulit bayi yang nipis dan kurang lembapan lebih mudah kering.
Pencetus (trigger) – Habuk, suhu panas, sabun kuat, makanan tertentu (contoh: telur, susu lembu, kekacang) boleh mencetuskan flare-up.
Sistem imun – Kanak-kanak yang sistem pertahanan badannya lebih reaktif cenderung mengalami keradangan kulit.
Walaupun eczema tidak boleh sembuh sepenuhnya, ibu bapa boleh mengurangkan serangan dengan langkah pencegahan berikut:
Jaga kelembapan kulit
Sapukan pelembap sesuai (fragrance-free, hypoallergenic) setiap kali selepas mandi dan bila kulit nampak kering.
Gunakan losen, krim atau balm yang bertekstur pekat untuk tahan lebih lama.
Pilih sabun dan pencuci yang lembut
Elakkan sabun yang ada pewangi atau bahan kimia keras.
Pilih pencuci baju bayi yang bebas pewangi dan hipoalergenik.
Mandikan anak dengan betul
Jangan mandi terlalu lama, cukup 5–10 minit dengan air suam (bukan panas).
Selepas mandi, keringkan dengan menepuk lembut, bukan menggosok.
Kawal suhu dan persekitaran
Pastikan bilik anak sejuk, tidak terlalu panas dan kering.
Elakkan pendedahan pada habuk, asap rokok, dan bulu haiwan jika anak sensitif.
Pakaian yang sesuai
Pilih fabrik kapas yang lembut dan menyerap peluh.
Elakkan pakaian ketat atau berbulu kasar yang boleh mencetuskan kegatalan.
Kenal pasti dan elak pencetus makanan
Catatkan makanan yang dimakan bila eczema flare-up berlaku.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengelak makanan tertentu.
Rawatan awal bila tanda mula muncul
Jika nampak kulit anak mula merah dan gatal, segera sapu pelembap atau krim yang disarankan doktor.
Elakkan anak menggaru dengan memotong kuku pendek atau pakaikan sarung tangan lembut.
Bawa anak berjumpa doktor sekiranya:
Ruam semakin merebak dan bernanah.
Anak sukar tidur kerana kegatalan teruk.
Pelembap biasa tidak berkesan lagi.
Kesimpulannya, eczema bukan sekadar masalah kulit biasa. Ia memerlukan perhatian berterusan, penjagaan rapi dan kesabaran. Dengan langkah pencegahan yang konsisten, ibu bapa dapat membantu anak mengurangkan rasa tidak selesa dan hidup lebih selesa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah gigi dan kanak-kanak itu memang sinonim. Gigi berlubang dan juga karies gigi sering menjadi kerisauan ibu dan ayah. Justeru amat penting untuk mula menjaga kesihatan mulut dan gigi si kecil sejak dari awal usia.
Biasakan diri dengan membawa anak-anak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan berkala, jadikan rutin memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan gigi anak rosak juga harus dielakkan.
Apa yang dikongsikan oleh seorang doktor gigi, Dr Azila Mohd Kassim menerusi Facebook Happy Baby Foods Malaysia tentang seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah karies gigi yang teruk.
Kanak-kanak ini sudah menahan sakit hampir 3 hari dan turut menyebabkan bengkak di kawasan muka dan mata.
Dah 3 Hari Anak Mengadu Sakit Gigi Atas
Kisah tadi tak lengkap. Saya kongsikan semula yg versi penuh.
Sebab inilah kami #adminhbfm asyik cakap pasal kebersihan oral. Asyik cakap pasal ORAL STIMULATION. Asyik cakap tak apa anak meraung melalak sebab gosok gigi. Asyik cakap kena bersihkan sejak anak dlm pantang. Asyik beritahu BAWA ANAK CHECKUP BILA ADA 1 batang gigi naik. Tak payah tunggu penuh gigi dia bru bawak. Tak payah bg alasan nurse KK tak cakap pun kena check gigi, itu bukan anak nurse kk tu, itu anak awak, kena sendirilah cakna 😅
Tapi bila cakap, ada pulak tak percaya. Kata “eleh mana ada bebudak sakit gigi teruk teruk”
So ambillah pedoman dan iktibar ini!
——————————————————————————————————
“Ini doktor Azila ke?” Aku menjawab “ya, saya..”.
Beliau bertanya lagi “Boleh jumpa doktor terus di klinik tak?”
Kepala aku ligat berfikir, seingat aku berderet temujanji aku pagi ini.
Maka aku jawab sambil tersenyum “Cik, boleh terus telefon klinik untuk temujanji”.
Tiba-tiba dia menarik seorang budak perempuan kecil lantas ditunjukkan mukanya pada aku.
Astaghfirullahalazim.. tergamam aku, terus aku cakap “Naik atas terus, saya periksa”
Setelah masuk di bilik surgeri, begini ceritanya. Ibu bapa muda ini memberitahu anaknya sakit gigi belah kanan atas mulai 3 hari lalu.
Hari pertama :
Mula-mula mereka membawa ke klinik gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.
Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf. Tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.
Doktor klinik gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik.
Hari kedua:
Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke klinik gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.
Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus, kerana beliau memberi temujanji untuk rawatan pulpotomi. Aku berfikiran mungkin temujanji doktor tersebut penuh.
Muka Jadi Bengkak, Diagnosis Sebagai Facial Cellulatis
Doktor klinik gigi B memberi pula ubat tambahan :
Mereka pulang, tiba-tiba malamnya muka anak menjadi bengkak sebegini (rujuk gambar).
Umur pesakit 5 tahun. Kasihan sungguh, wajahnya.. pipi bawahnya bengkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Tertutup mata kanan pesakit !
Keadaan ini di diagnosis sebagai “FACIAL CELLULITIS”.
Sesi soal siasat oleh doktor Azila dijalankan seperti biasa. Hasil temubual dengan ibu bapa adalah :
Kisah pesakit ini telah mendapat ‘consent’ ibu bapa untuk disiarkan.
Ini bertujuan memberi peringatan berguna buat ibu bapa lain supaya tidak mengabaikan kebersihan gigi anak kecil kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, hanya kerana gigi tidak dibersihkan setiap hari dan pengambilan makanan manis.
Ramai ibu bapa tidak faham.
Adakah kita mahu anak kita berkeadaan sebegini? Kerana sikap kita yang sambil lewa gigi anak rosak, gusi bengkak kemudian muka bengkak.
RAWATAN KECEMASAN PESAKIT
Setelah saya berbincang dengan doktor Pakar Pergigian Kanak –Kanak, pesakit saya ini :
(Dos ubat – ubat yang diberi mengikut berat badan pesakit)
UBAT YANG DOKTOR GIGI BERI SEBELUM INI DIHENTIKAN SERTA MERTA.
Kebetulan ketika itu cuti umum 2 hari Ahad hingga Isnin.
KENAPA DOKTOR CABUT GIGI TERSEBUT?
Jawapannya : Agar gigi berkaries tersebut tidak menjadi punca infeksi, bengkak BERULANG SEMULA. Sekiranya terjadi situasi begini ia boleh MEMBAWA MAUT!
KENAPA ?
Saya terangkan di sini.
Gusi yang bengkak, bakteria boleh merebak kedalam otak. Keadaan dikenali sebagai SEPSIS.
Sepsis adalah keadaan dimana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan.
Bahan kimia yang dikeluarkan dalam aliran darah untuk melawan jangkitan mencetuskan tindak balas keradangan di seluruh badan sekali gus ia merosakkan sistem organ.
Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.
HUBUNGAN ANTARA SEPSIS DAN JANGKITAN GIGI
Apabila berlaku jangkitan gigi, ia boleh menyebabkan pulpa (gigi bahagian tengah) dijangkiti.
Pulpa ini adalah bahagian gigi yang mengandungi saluran darah, tisu penghubung dalam saraf besar.
Jika jangkitan berlaku, bakteria boleh keluar dari gigi ke tulang atau tisu bawah.
TANDA-TANDA JANGKITAN DALAM MULUT.
Sekiranya anda atau anak anda mengalami tanda-tanda diatas, sila SEGERA ke hospital untuk rawatan yang sepatutnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada awalnya ingatkan digigit nyamuk tapi tak sangka makin merebak dan membengkak ke beberapa anggota badan. Ini yang berlaku pada seorang ibu apabila anaknya disahkan mengalami penyakit sporotrichosis.
Perkongsian dari Nurfarahin Mahamad mengenai anaknya ini boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa dan sebaiknya cegahlah dari awal kerana kuman ini berbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Sekarang dah semakin banyak penyakit sporotrichosis ni. Ok nak share gambar dari awal sampai akhir tentang penyakit ni jadi kat baby masa umur 9 bulan. Benda ni mula jadi tahun 2019… Sorry panjang sikit. Sporo ni bejangkit antara HAIWAN DAN manusia. Melalui gigitan, cakaran, bakteria darah kucing kurap atau air liur kucing ni yang menitik dekat sesuatu tempat dan tersebar melalui udara yang di bawa oleh kucing kurap (selalu jumpa kucing ni kat kedai makan dan tepi jalan). . Aku cadang lebih baik pi pakar goverment. Memang terbaik. Servis elok. Tiptop.
Ingatkan kena gigit nyamuk
Pada mulanya naik macam kena gigit nyamuk. Makin lama biji tu semakin besar. Mcm kudis api. Pi klinik swasta. Doc cakap anak aku kena kudis api. Ok sapu cream. Bagi antibiotik. Tapi biji tu semakin besar dan mula benanah. Nanah tu bukan nanah kuning. Tapi ia Nanah darah. (aku pernah cucuk biji tu sebab kembung besaq sangat). Sebaiknya jgn cucuk la sebab kuman boleh merebak.
Minggu kedua aku mula sedar kawasan urat lengan faris ada macam ISI ATAS SEPANJANG URAT. Aku bawa pi klinik kulit. Dia cakap anak aku kena kulat kucing. Yang merunsingkan dia baby lagi mcm mana boleh kena. Penyakit ni jarang jadi dan kalau jadi pun akan jadi kat cat lover (org dewasa atau kanak kanak atas 10 tahun). Kami diberi dua pilihan nak beli ubat ori (import tapi mahai) atau ubat biasa (malaysia mari). Husband pilih ubat import sebab doc cakap yg import lagi baik.
Berisiko bawa maut
Dua hari makan ubat sporanox tu… Keadaan semakin teruk. Lengan semakin bengkak. Biji semakin naik. Aku terus bawa faris ke kmc. Tapi pakar takda. Pakar turun hari selasa saja. Tapi doc tu cuba jgk tengok kulit faris. And dia cakap benda jujur. ‘i rasa u better ke hosp goverment sebab pakar diorang ada hari hari. Dan di sini case mcm ni kami tak berani ambik takut risiko.’ Aku pi pulak PMC. Doc tu mcm blur sikit la dan tekejut…. Last sekali Aku pi refer personal doc aku sendiri. Dia tekejut tgk tgn faris. Dia cakap first time dia tgk sporo ni. Sebelum ni tgk dlm buku. Dia buat surat untuk ke hosp. Jumpa pakar kanak kanak. Sebab penyakit ni boleh bawa maut dan cepat merebak dalam darah.
Pagi tu aku pi hosp goverment.. Sebab nak jumpa pakar kanak-kanak. Pakar tu suruh admit ward untuk on antibiotik. Dan refer pakar kulit jugak. Pakar kulit suruh buat minor operate untuk confirm kan pnyakit anak aku. Sebulan lepas tu result keluar. Pommm! Muka rasa kena tampar. Kaki rasa layu bila pakar cakap 90% kmfom anak aku kena sporo kucing ni. Doc bagi ubat itraconazole. Tapi tak surut. Biji semakin menjalar dan semakin naik sepanjang lengan. Nasib faris baik. Ubat sporonox tu tak serang hati. Sebab ubat tu boleh rosak hati. (result test blood)
Takut merebak ke otak
Ok dok ulang alik jumpa pakar kulit tiap minggu … Last pilihan doc cuba dapatkan ubat original anti kulat. Sebab doc cakap kulat ni aktif dan cepat merebak diluar jangkaan. Dia juga mengaku case anak aku sgt complicated. Doc takut merebak naik ke otak. Dan emm lepas naik ke otak tu paham paham jala… Tapi doc tanya. Sanggup tak bayar kos ubat. Bawah RM 2,000. Sebab kerajaan takda peruntukan untuk ubat tu. Mereka cuma boleh tlg order.
Hati-hati kepada pencinta kucing
Saya percaya semua ada hikmah. Alhamdulillah doc bagi ubat tu dua botol secara percuma. Tapi Kali ke tiga kena bayaq. Kalau ada org dalam boleh la kautim kot. Tapi baru setengah sebotoi dok minum… Keadaan faris semakin ok. Biji dah surut dan kian pudar. Nanah tu pun dah semakin surut.. Alhamdulillah untuk semuanya.
Muka dan tangan Faris Sudah kembali ok dan gebu tp ubat dia mungkin kena makan selama 6 bulan….sampai betul betul sembuh…. Kepada anda yg cat lover tu. Hati hati..better bawa pi cucuk vaksin kucing tu. Ingat kan manusia ja ada vaksin.
Kredit: Nurfarahin Mahamad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.