Ramai merungut anak susah fokus. Cakap 10 kali pun anak buat tak tahu. Paling geram hari-hari ajar anak bercakap, nampak macam tak ada perubahan pun.
Lama-lama ibu ayah mulalah rasa frust. Rasa nak marah je bila anak susah nak bagi kerjasama. Okay, sebelum kita rasa nak marah atau naik angin kat anak, cuba kita dulu dulu satu benda yang paling penting sangat ni.
Macam mana dengan tahap FOKUS anak kita sebenarnya?
Berapa lama dia boleh duduk dengan kita buat aktiviti sama-sama? 5 minit? 10 minit? Atau sebenarnya setakat 60 saat je tu?
Biasanya anak kita bukan tak pandai, bukan lambat pick up, bukan lemah dalam perkembangan. Tapi sebenarnya mungkin dia ada masalah susah nak fokus.
Budak kalau susah fokus, otak dia ada macam-macam agenda, perhatian dia mudah distract. Ini yang jadi punca kenapa anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.
Ada 3 cara macam mana kita nak tahu anak ada masalah susah fokus ke tak yang dikongsikan oleh Ezzaty Suffian.
1) Sitting Attention
Berapa lama anak boleh duduk dan bagi tumpuan pada apa yang kita ajar atau buat aktiviti bersama dengan kita.
Kalau perasan, anak yang duduk depan tv atau gajet boleh duduk diam lama sangat kan. Itu pun namanya sitting attention juga.
Tapi tak boleh dikira sebagai attention yang kita nak. Sebabnya attention jenis ini adalah yang tak berkualiti dan tak bermanfaat untuk anak kerana tiada komunikasi dua hala.
Sitting attention yang kita nak ialah bila anak boleh duduk lama bersama dengan kita dan wujud interaksi antara kita dengan dia. Dia boleh fokus apa yang kita cakap, apa yang kita ajar, bermain bersama dengan kita dan boleh siapkan tugas yang kita bagi sepanjang waktu yang dah di tetapkan.
Ads
Setiap umur anak ada tempoh sitting attention dia sendiri. Cara pengiraannya:
Umur anak x 3 minit hingga 5 minit.
Contohnya Fayyadh :
umur 2.5 tahun x 3 minit = 7.5 minit (minimum)
Hingga
Umur 2.5 tahun x 5 minit = 12.5 minit (maksimum)
Untuk permulaan kita nak terap fokus anak, kita kena cuba buatkan anak fokus dengan kita sekurang-kurangnya selama 7.5 minit tu.
Kena ada latihan setiap hari yang akan bantu anak untuk fokus secara perlahan-lahan. Pada permulaan mungkin 1 minit sahaja. Lama-lama akan dapat 7.5 minit tu.
Ads
Dengan syarat, latihan dan aktiviti yang perlukan fokus anak perlu dibuat setiap hari.
2) Join Attention
Join attention maknanya boleh tak anak-anak KONGSI tumpuan yang sama dengan kita.
Contoh :
1) bila kita jalan kat luar dengan anak. Kita tunjuk ayam pada dia. Adakah dia boleh toleh dan tengok pada apa yang kita tunjuk tu.
2) Bila baca buku bersama anak dan kita tunjuk gambar dalam buku tu. Adakah dia pun akan tengok sama pada apa yang kita tunjukkan?
Penting join attention ni pada anak sebab bila kita nak ajar sesuatu kita perlukan perhatian dia untuk tengok apa yang kita tunjuk atau arahkan.
Ads
No point kita berpeluh-peluh ajar itu ini pada dia, tapi ke lain mata dia tengok. Jadi info yang kita bagi tu tak boleh sampai ke otak dia.
3) Channel Attention
Yang ni pula adalah satu skil yang buatkan anak dapat tangkap atau respon pada sesuatu rangsangan lain walaupun mata dia tak pandang pun pada rangsangan tersebut.
Contoh :
1) Anak tengah main lego dan kita panggil nama dia. So, dia boleh bagi respon dengan menyahut panggilan kita walau mata tu tak tengok pada kita.
2) Anak tengah tengok buku lepas tu kita minta dia ambilkan tuala. Tanpa melihat kita, dia boleh bangun dan ambilkan tuala tu bagi pada kita.
Channel attention ni penting untuk anak sedar dan aware tentang keadaan atau rangsangan di sekeliling dia, apa yang berlaku di sekeliling dia.
Jadinya bila anak sibuk mewarna contohnya. Dan kita nak ajar tentang perkataan baru pada dia waktu yang sama tu juga, dia boleh ikut sekali atau fokus dengan rangsangan yang kita bagi.
Walau tangan sibuk mewarna, mulut pun boleh ikut sebut dan faham pada apa yang kita ajar.
Kesimpulannya, untuk latih anak jadi lebih fokus, ibu ayah perlu cuba jauhkan anak dari tv dan gajet selama mana yang boleh. Sebab perkara macam ni pun sebenarnya jadi punca utama kenapa anak ada masalah fokus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khas untuk anak speech delay yang geli dengan pasir. Aktiviti ini untuk anak-anak anda. Apa kata cari masa untuk kita buat aktiviti messy play bersama anak? Tak kisah waktu hujung minggu atau bila-bila masa terluang.
Menurut Terapi Pertuturan & Bahasa, Puan Aishah Kassim, aktiviti ini nampak mudah tapi banyak kelebihannya untuk anak especially buat mereka yang geli dengan tekstur yang melekit, lembut dan kotor.
CARI GULI DALAM PASIR
1- Sorokkan guli ke dalam pasir (jika ada masukkan guli yang pelbagai warna)
2- Minta anak cari guli di dalam pasir dan asingkan guli mengikut warna.
3- Beri bantuan pada anak dan pegang tangan mereka sekiranya mereka geli atau takut utk memegang pasir
4- Jangan lupa beri rangsangan bahasa pada anak sbg cth “eh, mana guli’, “jom cari”, “dalam pasir”, guli biru dan lain-lain.
Antara objektif dan skills yang boleh dirangsang adalah :
☑ Merangsang deria sentuhan
☑ Kognitif skills (asingkan guli mengikut warna)
☑ Eye hand coordination
☑ Attention dan fokus
☑ Merangsang bahasa pada anak
Jadi dah ada idea untuk buat aktiviti ni pada masa terluang? Jom buat bersama-sama anak ok..
P/s: kalau anak geli sangat dengan pasir, mudahkan pencarian guli mereka dan dedahkan pasir sedikit demi sedikit pada tangan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat anak orang lain petah bercakap, kadang tu terdetik dalam hati macam mana anak sekecil ini sudah mampu bercakap. Paling susah hati, bila anak kita pula dibuat perbandingan dengan anak orang lain.
Sebenarnya menurut Terapis Pertuturan dan Bahasa, Puan Ruby Atika, jika mahu anak petah bercakap, ada teknik tertentu yang perlu dipraktikkan seawal bayi bawah setahun. Ini 5 cara untuk buat rangsangan pertuturan bahasa.
Ada 5 cara yang ibu bapa boleh gunakan bersama bayi bawah 1 tahun untuk buat rangsangan pertuturan bahasa:
1) tiru balik apabila dia berbunyi, tak kiralah babbling atau bunyi-bunyi lain.
Anak: babababa
Ibu: bababa…mama! Sayang mama.
2) apabila anak bersuara, ayah diam. Anak berhenti bersuara, baru ayah sambung. Ini ialah latihan giliran komunikasi.
3) gunakan isyarat mudah seperti “bye bye, habis, mana?, susu, lagi, kereta, motor, kucing” boleh rujuk baby sign language. Bayi yang cekap tiru isyarat ni, dia akan cepat bercakap.
4) buku bergambar. Cakap pasal gambar, bukan pasal tulisan. Ajak anak selak dan tunjuk-tunjuk pada gambar bersama-sama.
5) umur ni biasanya berdukung. Jadi amalkan self talk iaitu anda cakap segala yang anda sedang lakukan.
“Mama dahaga, mama nak ambil air.”
“Hari ni mama nak masak sup.”
“Mesin basuh dah siap, mama nak sidai baju.”
Cakap aja macam monologue, sebab bayi bukan reti bercakap lagi. Tapi ibu sentiasa self talk. Bukan ada orang lain pun, nak malu apa.
Kenapa api tu panas? Kenapa burung boleh terbang? macam mana kicap dibuat? dan banyak lagi soalan yang kadang-kala diluar kemampuan kita sebagai ibu bapa untuk menjawab persoalan anak-anak.
Anak-anak kecil, minda mereka sangat pesat berhubung. Pelbagai persoalan yang difikirkanya dan memerlukan jawapan dari orang dewasa. Mereka baru mula meneroka dunia. Orang dewasalah sebagai sumber rujukan mereka, jadi elakkan memberi jawapan yang salah dan jika tidak pasti rujuklah sumber yang sahih.
BILA ANAK SUKA BERTANYA ITULAH INILAH…
Pada usia 3 tahun keatas, anak-anak suka bertanya. Jangan malas menjawab dan jangan mengeluh menjawab. Inilah masa anak mahukan informasi.
Bertanya itu adalah cara anak cuba memahami dunia ini. Jika ibu bapa, para guru dan datuk nenek marah mereka bertanya, maka apa yang terjadi anak-anak itu membesar dengan perasaan ingin tahu yang telah mati atau yang mengarah kepada perkara yang kurang baik.
Layankan sahaja. Jika penat menjawab dan soalan yang sama ditanya berkali-kali, gunakan tektik ini…” Hmmm…tadi mama ada jawab, mama nak tengok sayang ingat lagi tak jawapan mama..” buat ia secara happy dan santai dan bukan secara marah macam ni; ” kan mama dah jawab tadi…asyik tanya-tanya jer, ingatlah bila mama jawab tu.”
Kalau tidak tahu jawapannya, beritahu ‘belum tahu’ lagi bukan ‘tak tahu!’ dan ajak anak itu mencari jawapannya melalui Mr.Google ke atau buku2 ke.
Semasa anak bongsu Ibu berusia 3 tahun, dia bertanya kepada daddynya, “Daddy, ngapa api tu panas?” terdiam si daddy nak jawab tak begitu pasti. Daddynya pun jawab, ” Tak pastilah Fia, nanti daddy cari jawapannya.” Seminggu juga daddynya mencari jawapannya, dan akhirnya berjumpa jawapan sainstifik itu.
Point nya, jawaplah sehabis baik dan seiklas mungkin. Jika tidak tahu, cakap tidak tahu dan ajak cari bersama. Cuba fikirkan apakah kebaikan yang akan terjadi bila kita melayan soalan-soalan anak-anak kita dengan baik?
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.