Masih cuba membiasakan diri dengan rutin sebagai ibu bapa baru, gelagat Maryam dan Ryzal terus menjadi perhatian netizen di media sosial. Pasangan Malaysia – Korea itu dikurniakan zuriat selepas menanti 2 tahun untuk menimang cahaya mata.
Bayi perempuan yang diberi nama Rina sering menjadi perhatian pengikut kedua ibu bapanya itu dan ramai memuji kecomelannya. Jika sebelum ini viral video aksi Maryam merangkak kerana enggan anaknya terjaga, kini lain pula ceritanya.
Terbaru menerusi instagram Duriankimchi, kelihatan Rina sedang didukung oleh Maryam. Tenungan mata Rina seolah-olah dia faham apa yang diperkatakan oleh mommy dan daddynya itu. Nampak cerdik sangat!
Ramai juga yang menyatakan Rina memang sebiji ikut muka mommynya.
Sementara itu, masa Ryzal dan Maryam bercakap, masing-masing bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bagaimanapun ketika Ryzal bertutur dalam Bahasa Melayu, Rina seolah terdiam dan hanya memandang kosong wajah mommynya.
Ads
Namun saat Maryam berborak dan melayan Rina dengan menggunakan Bahasa Korea pula, si comel Rina terus tersengih seolah-olah memahami apa yang mommy cakap. Lucu sungguh.
Ryzal dan Maryam menganggap walaupun baru beberapa hari lahir, senyuman Rina itu boleh mencairkan hatinya dan itu momen itu sebagai hadiah yang istimewa.
Sementara itu, pengikut pasangan ini masing-masing seronok melihat gelagat comel Rina.
Ads
“Cakap korea baru baby senyum, rupanya kena berbahasa korea dulu ya baby, alaa comel..”
“Ya Allah baby mix. Comel sangat-sangat.. Banyak ikut mummy dia..”
“Macam faham je baby tu, apa yang emaknya cakap. Love love love buat baby tu..”
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tertarik melihat celoteh si manja? Mungkin anda tidak memahami apa yang dibebelkan oleh mereka. Sebagai orang dewasa, siapa yang faham maksud ‘ah goo’, kan?
Namun, di sebalik bebelan itu, mata mereka yang melilau ke sana sini jelas menunjukkan bahawa mereka teruja dengan suasana di persekitaran rumah.
Mungkin mereka bermonolog akan perkara yang akan mereka lakukan selepas pandai bergerak sendiri. Jadi, sebagai ibu bapa, apa yang anda boleh buat untuk membantu si manja anda untuk belajar bergerak dengan lebih cepat?
Aktiviti tummy time boleh dianggap sebagai senaman awal untuk bayi anda. Ia merupakan satu aktiviti di mana bayi akan diletakkan dalam posisi meniarap ketika mereka dalam keadaan terjaga.
Aktiviti ini perlu diawasi oleh ibu bapa memandangkan posisi tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si manja. Reaksi bayi berbeza-beza mengikut usia dan keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan kepala.
Mungkin ada di antara si manja yang menangis teresak-esak dan ada juga yang membebel sendirian ketika diletakkan dalam posisi tersebut.
Walau apa pun, aktiviti ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti:
-Memperkuatkan otot pada bahagian leher dan bahu si manja
-Merangsang perkembangan kemahiran pergerakan kasar (gross motor)
-Mengelakkan terjadinya sindrom kepala rata (flat head syndrome)
-Meningkatkan kekuatan bayi untuk berguling, duduk, merangkak dan berjalan kelak
-Akademi Paediatrik Amerika (AAP) telah menyarankan aktiviti tummy time dibuat sejurus ibu dibenarkan keluar dari hospital. Awal, kan?
Aktiviti ini boleh dilakukan selama 15 minit sehari dan wajib dipantau oleh ibu bapa. Jika ibu nak ke tandas atau ke dapur, pastikan anda mengubah posisi anak kepada keadaan terlentang terlebih dahulu.
Cara melakukan aktiviti tummy time
-bayi tidur
-Tiada cara khusus yang boleh digunakan sebagai panduan untuk melakukan aktiviti tummy time si manja. Anda perlu ingat bahawa tempoh masa dan teknik anda melakukannya bergantung kepada keadaan bayi anda.
Jika mereka menangis setiap kali anda meletakkan mereka dalam posisi meniarap, bahagikan aktiviti tummy time kepada beberapa sesi.
-Masa yang disarankan untuk anda melakukan aktiviti ini adalah setelah si manja bangun daripada tidur
-Tukar lampin mereka dan pastikan keperluan mereka dipenuhi terlebih dahulu
-Pastikan kawasan yang anda ingin gunakan untuk melakukan aktiviti ini selamat. Bentangkan kain pelapik atau tilam dan letakkan bayi anda di atasnya
-Gunakan permainan bagi menggalakkan si manja anda untuk cuba bergerak
-Jika mereka menangis, lakukan aktiviti tummy time ini dalam tempoh masa pendek.
Apabila mereka sudah biasa, tingkatkan jumlah masa dan sesi aktiviti tersebut
Jika posisi meniarap bagus, bolehkah ibu meletakkan bayi dalam posisi tersebut ketika tidur? TIDAK BOLEH. Ini berikutan tidur meniarap merupakan faktor risiko penting berlakunya sindrom bayi mati mengejut (SIDS). Pastikan bayi anda tidur dalam keadaan terlentang.
Tempoh masa bagi aktiviti tummy time ini berbeza mengikut usia dan faktor yang lain.
-Sebelum mencecah 1 bulan: 1 hingga 5 minit untuk satu sesi, 2 hingga 3 kali sehari
-1 bulan: 10 minit untuk satu sesi, 2 hingga 3 kali sehari
-2 bulan: 20 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa
-3 bulan: 30 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa
-4 bulan: 40 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa
-5 hingga 6 bulan: Selagi bayi tidak meragam, boleh lakukannya selama 1 jam
Apabila bayi anda mencapai usia 6 bulan, kebiasaannya mereka boleh berguling sendiri kepada posisi meniarap. Walau bagaimanapun, aktiviti tummy time ini masih perlu dipantau oleh ibu bapa.
Walaupun nampak mudah, ia bukanlah satu aktiviti yang boleh dipandang ringan. Dalam keadaan tertentu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti tummy time.
Bagi ibu yang ingin melakukan aktiviti ini terhadap bayi yang belum mencapai usia 1 bulan, boleh letakkan mereka dalam posisi meniarap di atas riba atau dada anda.
Aktiviti ini bukan sahaja boleh membantu meningkatkan perkembangan si manja malah ia juga boleh mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan bayi. Antara perkara yang boleh anda lakukan sewaktu aktiviti ini adalah:
-Baring di sebelah mereka. Bacakan sesuatu untuk mereka, senyum dan buat muka bagi berinteraksi dengan si manja anda
-Bercakap atau nyanyikan lagu untuk mereka
-Ikut ekspresi muka bayi anda
-Berikan permainan yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna bagi merangsang otak mereka
-Tunjukkan cermin plastik kepada mereka. Biar mereka lihat sendiri rupa mereka yang comel itu
Aktiviti tummy time bukan sahaja dapat membantu menguatkan otot bayi bagi perkembangan pergerakan kasar mereka, ia juga boleh mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan bayi.
Walaupun penulis telah memberikan panduan tempoh masa mengikut usia bayi, anda perlu ingat bahawa setiap bayi adalah unik. Mereka mempunyai reaksi yang tersendiri terhadap aktiviti tummy time.
Jika bayi anda meraung apabila diletakkan dalam posisi meniarap, jangan paksa. Angkat mereka dan tunggu sebentar. Ulang semula apabila mereka berada dalam keadaan baik.
Aktiviti ini dapat memberikan pelbagai kebaikan kesihatan kepada bayi anda. Jika anda tidak pernah mencubanya, lakukannya sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Topik vaksinasi sering kali menjadi perdebatan, namun satu aspek yang sering disalah faham oleh ibu bapa adalah kesan fizikal selepas suntikan BCG diberikan. Ramai ibu bapa tertanya-tanya sama ada parut suntikan BCG bayi yang timbul itu menandakan kesilapan prosedur atau sebenarnya petanda sistem imun anak sedang bertindak balas dengan baik.
Hakikatnya, parut ini bukan sesuatu yang luar biasa. Ia adalah sebahagian daripada proses tindak balas imun tubuh terhadap vaksin yang diberikan.
Berikut adalah penjelasan terperinci daripada pakar perubatan terkenal, Dr. Zubaidi Haji Ahmad, yang mengupas isu ini dengan mendalam daripada teknik suntikan sehinggalah kepada kajian survival kanak-kanak yang mempunyai parut BCG.
Ramai ibu bapa muda tidak faham mengapa anak mereka yang baru dilahirkan memerlukan suntikan vaksin BCG. Malah mereka risaukan parut BCG yang timbul di bahu anak. Sudah menjadi tugas doktor dan jururawat di pusat kesihatan ibu dan anak menerangkan dengan jelas tentang suntikan vaksin ini dengan lebih terperinci.
Saya pernah membaca satu blog seorang ibu muda yang bertanyakan soalan mengenai parut BCG secara terbuka. Kebimbangan ini sering berkisar tentang rupa parut yang kelihatan jelas apabila anak membesar nanti.
“Do you have any petua untuk hilangkan parut BCG? My baby girl dah masuk dua bulan & it seems like she will have parut BCG yang visible tu.”
Soalan sebegini sangat biasa dan menunjukkan betapa parut suntikan BCG bayi sering disalah tafsir sebagai kecacatan, sedangkan ia sebenarnya petanda tindak balas imun yang normal.
Bacille Calmette et Guerrin (BCG) mengandungi bakteria Tubercule Bacillus yang telah dilemahkan dan tidak berbahaya. Vaksin ini tidak menyebabkan penyakit TB, sebaliknya merangsang sistem imun tubuh bayi.
WHO mencadangkan vaksin BCG diberikan kepada kanak-kanak di negara yang mempunyai kadar jangkitan TB tinggi, termasuk Malaysia. Ia berfungsi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan TB yang serius seperti miliary TB dan TB meningitis.
Di Malaysia, suntikan BCG diberikan secara intradermal, iaitu pada lapisan antara epidermis dan dermis. Jika suntikan masuk terlalu dalam ke lapisan subcutaneous, ia boleh menyebabkan pembentukan nanah.
Namun begitu, tidak semua kes nanah berpunca daripada kesilapan teknik. Ada juga yang merupakan komplikasi biasa yang akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan agresif.
Kajian menunjukkan kebanyakan nanah akibat suntikan BCG tidak memerlukan antibiotik. Malah penggunaan antibiotik tidak mempercepatkan penyembuhan, selagi tiada pembengkakan kelenjar limfa.
Bayi hanya perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya mengalami demam, kesakitan melampau, atau bengkakan di ketiak dan leher.
Selepas suntikan, kawasan bahu bayi akan mengalami bengkak kecil selama beberapa jam. Ia kemudian mengecil dan membentuk nodule keras sebelum pecah menjadi luka kecil dalam tempoh 2 hingga 5 minggu.
Luka ini tidak perlu dibalut atau disapu sebarang krim. Ia akan sembuh sendiri dan akhirnya membentuk parut suntikan BCG bayi yang kekal dalam masa kira-kira tiga bulan.
Kebiasaannya saiz parut tidak melebihi 5 mm diameter.
Satu kajian mendapati kanak-kanak yang mempunyai parut BCG menunjukkan kadar kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mempunyai parut.
Ini menunjukkan bahawa parut suntikan BCG bayi adalah tanda sistem imun telah bertindak balas dengan baik terhadap vaksin tersebut.
Parut BCG bukanlah kecacatan dan bukan sesuatu yang perlu dirisaukan secara berlebihan. Ia adalah bukti tubuh anak anda sedang membina perlindungan jangka panjang.
Jika parut kelihatan besar atau timbul keloid, rawatan masih boleh dilakukan apabila anak meningkat dewasa. Yang paling penting, jangan sesekali cuba merawat luka BCG sendiri tanpa nasihat doktor.
Bayi cukup seronok bila ibu rajin layan dia tengok cermin. Bukan saja-saja main tapi ia salah satu daripada cara untuk si kecil belajar rupanya.
Kalau anda perasan, bayi cukup teruja bila dia ternampak cermin terutama bila nampak diri sendiri di dalam cermin tersebut.
Jadi sebagai ibu dan ayah, anda jangalah buat-buat tak perasan bila bayi nampak excited sampai terlompat-lompat bila nampak cermin.
Cubalah layan dan beri rangsangan serta penjelasan imej siapa yang dilihat di dalam cermin. Ini kerana daripada cermin ada banyak perkara yang bayi anda boleh belajar.
Puan Mahfuzah Zainol, Occupational Therapist berkongsi apa kebaikan yang bayi dapat bila dia selalu membuat aktiviti melihat diri sendiri di dalam cermin.
Monday Mirror Mirror Who Is the Comel-iest Among All
“Saya rasa saya-lah bayi paling comel dalam rumah ini.”
“Off course dik, sebab awak sorang je bayi dalam rumah ni.”
Aktiviti yang sangat menarik untuk bayi anda adalah melihat imagesendiri di cermin!
1. Bayi melihat refleksi diri sendiri di cermin boleh merangsang eye contact dan focus skills.
2. Rangsangan bayi menggunakan cermin boleh meningkatkan curiosity to explore. Sebab bayi akan menyentuh cermin untuk memegang image yang dilihat.
3. Bayi juga belajar untuk membuat facial expression. Sebab ada cause and effect conceptdi situ. Contoh, muncungkan bibir, nampak hasilnya di cermin. Boleh rangsang perkembangan sosial mereka juga!
4. Aktiviti menggunakan cermin merangsang perkembangan kognitif iaitu konsep object permanent. Mereka memahami bahawa sesuatu objek itu wujud walaupun tidak disentuh atau dirasa dengan menggunakan deria sensori kita.
Ok lepas tahu kebaikan bagi bayi tengok cermin ni, diharap ibu dan ayah lebih rajin buat aktiviti mudah ini. Selamat bereksplorasi dengan bayi anda.
Cuti Nuzul al-Quran tahun ini jatuh pada hari Sabtu, namun enam negeri di Malaysia tidak mengambil cuti umum. Ketahui negeri yang bercuti dan fakta penting yang ibu ayah perlu tahu tentang peristiwa Nuzul al-Quran.