Campuran Kurma, Air Zam Zam Dan Minyak Zaitun Hasilkan Puri Buah Terbaik Untuk Anak

Share

Anak dah mula nak masuk 6 bulan. Mahu bagi makan apa? Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh ibu terutama yang baru mempunyai anak dan belum ada pengalaman. Sebenarnya tak perlu nak risau kerana bayi yang baru ke fasa belajar nak makan hanya boleh diberi makan yang simple sahaja iaitu puri buah atau sayur.

Apabila umur dah makin meningkat, perkenalkan secara berperingkat menu baru yang sesuai. Ingat bayi bukan boleh makan banyak dalam satu-satu masa kerana mereka dalam proses nak membiasakan perut dan bila dah makin lama makan, mungkin kuantiti makanan pun bertambah.

Walaupun dah banyak perkongsian puri bayi oleh ibu-ibu, idea dari Puan Nurul Jannah boleh dicuba kerana dalam setiap puri yang dibuatnya dimasukkan kurma dan air zam zam. Semoga permulaan makanan yang dimakan oleh anak terus mendapat keberkatan.

Puri Avokado

  • Avokado
  • Pisang
  • Kurma ajwa
  • Minyak zaitun (dua tiga titik)
  • Air zam zam

Stim dan blend semuanya

Puri Betik

  • Betik
  • Pisang
  • Kurma ajwa
  • Minyak zaitun (dua tiga titik)
  • Air zam zam
  • Stim kurma sahaja dan blend

Puri Mangga

  • Manga
  • Susu
  • Minyak zaitun (dua tiga titik)
  • Air zam zam

Stim dan blend semuanya (susu boleh guna susu formula)

Puri Labu

  • Labu
  • Susu
  • Minyak zaitun (dua tiga titik)
  • Air zam zam

Stim dan blend

Puri Buah Naga

  • Buah naga
  • Air zam zam

Blend sahaja

Puri Lobak Merah

  • Lobak merah
  • Kurma
  • Susu
  • Air zam zam

Stim dan blend

Puri Buah Pear Dan Epal

  • Buah pear
  • Epal
  • Air zam zam

Stim dan blend

Sumber: Nurul Jannah

 

IKLAN