Cantik anak Eira Syazira dan Azad, Amarra Sofea Rose kurus, tinggi macam ibunya. Eira Syazira dan suaminya Azad Jasmin sering berkongsi tentang diri mereka bersama anak-anak di media sosial.
Cantik Anak Eira Syazira & Pak Azad, Amarra Sofea Rose Kurus, Tinggi Macam Ibunya
Gelagat Azad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Azad bersama isteri dan anak-anak sering mencuit hati peminat dahn warga maya.
Menerusi satu hantaran video di laman Instagramnya, warga maya tertarik dengan penampilan anak gadis suntinya, Amarra Sofea Rose. Penampilan Ammara semakin kurus dan tinggi. Kelihatan cukup cantik persis ibunya.
Meninjau ke akaun Instagram Eira Syazira, perkongsian video menunjukkan Ammara yang semakin cantik. Berbanding ketika waktu kecilnya Ammara sedikit berisi dan wajahnya sedikit bulat.
Ketinggian Ammara semakin menghampiri ketinggian ibunya. Nampaknya selain Eira dan Azad, anak gadisnya juga sudah punya peminat.
Untuk rekod, Azad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Eira Syazira atau Syazira Shuhaimi, 40, pada 16 September 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 10, Ameisya Leann Rose, 7, dan Areisya Suri Rose, 6.
Apa menu yang ada pilih untuk anak-anak ke sekolah setiap pagi? Masak nasi lemak, pasta atau roti dan bijiran sahaja untuk anak?
Semua ini selalu buat ibu buntu memikirkan yang terbaik untuk anak. Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sarapan waktu pagi anak perlulah berkhasiat dan kaya nutrisi supaya anak tidak mengantuk dan boleh fokus belajar.
Apa resipi dan menu-menunya? Jom ikuti perkongsian beliau.
Kita ibu ni, kadang buntu nak fikir makanan apa lagi nak bagi pada anak waktu pagi. Ada 5 contoh breakfast ni, korang boleh cuba buat. Mana tahu anak suka.
Masalah kita mak-mak, penat fikir menu apa nak masak kan. Nak bagi yang berkhasiat, yang sihat, yang padat dengan nutrisi, nak cari yang kena dengan selera anak lagi.
5 resepi yang saya share ni, semua yang padat dengan protein dan lemak baik. Sesuai ambil waktu pagi sebelum anak ke sekolah, supaya anak tak mengantuk dan boleh fokus masa belajar.
1. Scrambled eggs
Masak dengan minyak sapi, tambah secubit lada hitam dan secubit garam.
Nak tambah daging cincang atau ayam cincang pun sedap, letak sedikit capsicum.
2. Bergedil ayam
Kisar isi ayam, sedikit carrot, sedikit keledek atau nasi. Tambah lada hitam, garam dan daun sup cincang.
Bulatkan, salut dengan telur dan terus goreng.
3. Keropok lekor homemade
Kisar isi ikan dengan garam dan ais, tambah sedikit tepung ubi.
Gaul sebati, bentukkan dan kukus sekejap. Kemudian terus goreng.
4. Sosej daging homemade
Daging kisar, bawang putih, bawang merah, lada putih, garam dan herbs.
Bentukkan atau letak dalam sosej mould, dan kukus sekejap. Kemudian masak atas pan.
5. Cucur daging brokoli
Daging kisar dicampur dengan cheese, telur dan brokoli hiris. Leperkan dan masak atas pan.
Semua resepi ni, resepi padat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh anak. Anak perlukan protein dan lemak yang tinggi, untuk pertumbuhan badan yang sihat dan fungsi sel yang lebih teratur.
Buat sendiri di rumah, masak sendiri di rumah, dengan bahan ramuan yang lebih baik. Tambah sekali buah-buahan untuk anak makan waktu breakfast.
Sebelum ke sekolah, bagi juga minyak zaitun dan minyak kelapa, bantu anak fokus masa belajar.
Kita usaha sama-sama ya.
Jadi ibu versi lebih baik setiap hari buat anak dan keluarga.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Mak ayah kena belajar cara betul marah, disiplin dan hukum anak. Sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi, mendisiplin dan menghukum anak-anak dengan kelembutan kasih sayang.
Ini adalah skil yang sangat perlu ibu bapa hari ini kuasai. Kerana skil ini tidak begitu dipamerkan oleh ramai ibu bapa zaman dahulu. Ini bukan disengajakan tetapi kebanyakan mereka kurang memahami kesan kekerasan cara.
Tanpa kita sedar dan tanpa mereka mahukan, ianya meninggal kesan kepada hati. Inilah diantara sebab mengapa ramai orang kurang bertimbang rasa hari ini. Ini amat ternyata di laman sosial ini. Contohnya, bila sesuatu perkara yang diviralkan, banyak keji, maki dan kata-kata tidak senonoh di lemparkan. Ini menunjukkan situasi hati dan perasaan mereka yang membuat komen itu.
“Penulisan Ibu ini BUKAN mahu menyalahkan ibu bapa dahulu yang sangat kita kasihi dan hormati. Ia adalah untuk kita boleh mempelajari dari kesilapan mereka dan membetulkannya di dalam keibubapaan kita supaya mereka juga mendapat hasanahnya.
Ibu bapa kita sentiasa mahu kita menjadi lebih hebat daripada mereka. Termasuklah di dalam perihal mendidik anak-anak.”
SESUATU YANG PERLU INGAT KITA HANYA DAPAT MEMBERI APA YANG KITA ADA. BILA ADA KASIH SAYANG DAN TIMBANG RASA, MAKA ITULAH YANG TERPAMER DI DALAM KELAKUAN KITA. BILA HATI PENUH DENGAN SAKIT, MARAH DAN GERAM, MAKA IANYA AKAN TERPERCIK KUAT ATAU SIKIT DI DALAM PERLAKUAN KITA. APATAH LAGI DI LAMAN SOSIAL, TIDAK ADA SIAPA PUN YANG TAHU DAN KENAL, MAKA MUDAHLAH KATA-KATA KURANG SENONOH ITU DIIZINKAN KELUAR TANPA KAWALAN.
Bila Ibu membaca komen-komen begitu, hati Ibu penuh kasihan terhadap mereka. Terdetik di hati, apakah yang menyebabkan hati mereka itu penuh dengan perkara tidak elok begitu. Apakah yang telah mereka lalui semasa kecil dan besar terutama semasa mereka membesar. Kerana ia memberi kesan jangka panjang yang membentuk akhlak.
Jika kita membiarkan perkara begini berterusan, kita akan suatu masa mempunyai dunia yang penuh dengan keganasan perbuatan dan percakapan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Menyambut hari kelahiran anak yang sudah kembali ke rahmatullah seakan menjadi satu trend buat mak ayah yang menyambutnya di tanah perkuburan. Hal ini sudah semestinya mendapat perhatian dari para ulamak.
Adakah hal ini tidak menyentuh mana-mana sensitiviti dan dibolehkan? Berikut merupakan penjelasan dari Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai masalah yang semakin menular ini.
Telah sampai kepada kami satu soalan berkenaan ibu bapa yang telah membawa kek ke kubur anaknya yang sudah meninggal dunia, di samping menyanyikan lagu “Happy birthday.”
Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam.
Untuk menjawab masalah ini dengan lebih terperinci, kami noktahkan kepada beberapa noktah. Kematian merupakan hal yang pasti berlaku kepada setiap manusia yang bernyawa.
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”-(Surah Ali ‘Imran: 185)
Dan kita sudah tentu akan kembali kepadanya kerana kita adalah milik-Nya.
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”- (Surah al-Baqarah: 156)
Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka kewajipan kepada yang hidup adalah untuk memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengebumikannya di tanah perkuburan, bahkan ia menjadi fardhu kifayah kepada mereka yang masih hidup untuk melakukannya.
Manakala bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita, ketika itu mereka berada dalam hukum alam barzakhiyyah yang berbeza dengan alam dunia ini.
Justeru, cara untuk kita berinteraksi dengan alam barzakh atau mereka yang ada dalam alam kubur, telah diajar oleh Rasulullah SAW. Di antara adabnya ialah, mengucapkan salam kepada mereka; penghuni kubur dengan lafaz:
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kampung (kubur), daripada kalangan orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan izin Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan juga kamu.”
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan juga kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul.”
-Mendoakan si mati seperti mana nas doa dan salam di atas. -Sebahagian ulama mengharuskan untuk bersedekah dengan bacaan ayat al-Quran seperti yang disebutkan dalam sebahagian riwayat.
Justeru, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.
Berdasarkan nas di atas, kubur merupakan tempat yang luar biasa. Oleh itu, Islam menggalakkan umat islam untuk menziarahi kubur dengan tujuan untuk mengingati mati.
Kesimpulannya, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya.
Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.