Apa perasaan anda bila orang kata anak ikut muka ibu? Mesti akan rasa gembira kan? Yelah kita bawa ke hulu ke hilir perut selama 9 bulan mesti tetap harapkan anak yang lahir tu ada juga mewarisi aura ibu.
Namun ada juga anak-anak yang ikut muka suami tapi tak kisahlah janji semuanya sihat sempurna dan menjadi anak berjaya dalam hidup mereka.
Terkini, melalui perkongsian Fiza Abdul Halim di instagramnya, ramai yang tak sangka tiga anak perempuannya dah semakin besar dan cantik. Macam sekejap masa berlalu, tahu-tahu anak sulung Fiza dah usia 12 tahun.
Ads
Sebelum ini, Fiza jarang berkongsi gambar anak-anaknya tetapi ketika sambutan hari lahir Feeya Adyrra baru-baru ini, ternyata menjadi perhatian ramai. Walaupun dua daripada tiga anak Fiza ini masih bersekolah dan sedang meningkat remaja, dah terserlah kecantikan mereka.
Ramai memuji kejelitaan mereka yang mewarisi kecantikan ibu tersayang. Sekali tengok, rasa tak puas tambah lagi dengan senyuman yang manis, kulit cerah dan sikap lemah- lembut.
Beruntung sungguh tiga anak dara ini. Malah mommynya juga tetap muda dan cantik seperti zaman kegemilangan kumpulan Elite sekitar tahun 90-an.
Ads
Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kini Fiza ialah isteri Aizat Al-Jefri Abdul Kudus, seorang juruterbang dan dikurniakan anak perempuan iaitu Baby Aleena.
Walaupun mengambil pendekatan low profile, sesekali dia ada juga berkongsi aktiviti harian bersama ahli keluarga di laman media sosial miliknya. Lepas ni bila semua anak-anak dah besar, dapat jadi BFF mommy ke mana-mana saja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak gayat bila tempat tinggi, tak duduk diam, mak ayah kena peka ini, jangan abai. Rangsang deria vestibular untuk perkembangan emosi, sosial, dan komunikasi anak. Anak-anak bawah 5 tahun perlu mahir menggunakan deria badan sebelum menguasai asas pra-akademik seperti membaca, menulis, dan mengira.
Baru-baru ini, melalui salah satu hantaran yang dikongsikan oleh pelakon Zahirah MacWilson dilaman Instagramnya, memaparkan anak pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim iaitu Isaac Raees yang takut untuk panjat ketika berada di taman permainan. Namun reaksi wajahnya berubah apabila dia didukung oleh ayahnya itu.
Deria badan dapat dirangsang melalui bermain. Bermain adalah pekerjaan setiap anak dan fitrah mereka. Mereka belajar melalui bermain. Jadi, anak yang bijak bermain akan dapat menguasai banyak kemahiran seperti kemahiran sosial dan komunikasi, kemahiran motor halus dan motor kasar, kemahiran mengurus diri, serta merangsang perkembangan emosi yang sihat.
Apa Itu Deria Vestibular?
Deria vestibular adalah deria keseimbangan dan pergerakan. Penting untuk mak ayah merangsang deria ini, terutamanya untuk anak bawah 5 tahun. Deria vestibular membantu kita untuk memanjat, berlari, naik basikal, melompat, meniti jambatan, dan semua aktiviti yang melibatkan pergerakan dan keseimbangan badan tanpa jatuh.
Kesannya Jika Deria Vestibular Tidak Dirangsang
Anak-anak yang tidak mendapat rangsangan yang secukupnya berkemungkinan mengalami Sensory Processing Disorder (SPD). SPD berlaku disebabkan otak tidak dapat memproses input yang diterima deria. Input yang sampai ke otak mungkin diproses secara berlebihan (hypersensitive) atau tidak sampai (hyposensitive).
Ramai anak-anak seperti autisme, ADHD, ADD, sindrom down, dan lain-lain mempunyai isu sensori ini. Namun, kanak-kanak tipikal juga tidak terkecuali, terutama pada zaman di mana anak-anak terlebih “screening time”.
Contoh Masalah SPD yang Melibatkan Deria Vestibular
Kategori Pertama: Hypersensitive
*Tak boleh duduk diam. Contohnya, bila dipaksa duduk, anak akan menggoncang kaki.
*Suka buat aktiviti yang laju dan bahaya seperti naik buaian dengan laju.
*Suka goyang badan sepanjang masa (body rocking).
*Suka melompat pada perabot seperti katil dan sofa, trampoline, suka berputar pada kerusi berpusing, dan lain-lain perlakuan aktif.
Kategori Kedua: Hyposensitive
*Tak suka main buaian, gelongsor, dan lain-lain mainan.
*Gayat bila turun tangga atau berjalan atas permukaan yang tak rata.
*Senang mabuk dalam kenderaan yang bergerak.
*Sangat pasif dan kurang aktif.
*Gayat atau takut bila kaki tak cecah lantai atau tanah, contohnya masa main buaian.
Aktiviti untuk Merangsang Deria Vestibular
Trampoline dan Gym Ball: Sediakan peralatan seperti trampoline atau gym ball di rumah supaya anak boleh melompat dan bouncing.
Playground: Kerapkan bawa anak ke taman permainan untuk memanjat, naik buaian, dan naik gelongsor.
Ruang Vestibular di Rumah: Sediakan satu ruang khas dengan gym ball, trampoline, dan monkey bar.
Naik Basikal: Aktiviti yang melibatkan pergerakan dan keseimbangan.
Kerusi Goyang: Duduk atas kerusi goyang (rocking chair).
Kerusi Berpusing: Berpusing atas swivel chair.
Berenang: Aktiviti ini sangat bagus kerana ia merangsang deria lain seperti proprioseptif, tactile (sentuhan), dan perkembangan motor kasar anak.
Aktiviti-aktiviti ini sangat bagus sebagai pemanasan sebelum mengajar anak membaca, menulis, dan mengira. Dengan merangsang deria vestibular, anak-anak akan lebih bersedia untuk menguasai kemahiran pra-akademik dengan lebih baik.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Sejak dari lahir lagi sebenarnya anak kita mula berkomunikasi. Walaupun belum boleh cakap, tangisannya itu dah memberi isyarat sebelum mulutnya mampu untuk menuturkan perkataan pertamanya.
Di usia anak mencecah setahun, sepatutnya ada beberapa perkataan bermakna dah boleh diungkapkan. Selepas beberapa bulan dan menjangkau usia 2 tahun pula, seelok-eloknya lagi banyak perkataan keluar dari mulut anak.
Jika dalam tempoh ini anak belum mampu sebut sepatah perkataan pun, bermakna ibu bapa seharusnya bimbang dengan perkembangan itu. Ada kemungkinan anak mungkin berdepan masalah lambat bercakap berbanding rakan seusianya yang lain.
Semakin lambat ibu bapa menyedari perkara itu, semakin lambat rawatan diambil, sekali gus masalah lambat bercakap tidak dapat diselesaikan.
Justeru itu, jika anak masih belum boleh bercakap, Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika berikan tip apa perlu ibu bapa buat selain bawa jumpa pakar untuk tindakan selanjutnya.
Anak yang dah umur 2 tahun lebih, masih tak bercakap. Apa nak buat?
1) pergi buat ujian pendengaran. Bawa ke klinik kesihatan, bagitau doktor yang anak masih tak cakap, nanti doktor bagi surat rujukan.
Sementara tunggu tarikh, apa nak buat?
2) semak kefahaman anak. Suruh dia tunjuk anggota badan (mata, telinga, rambut, kaki, tangan, hidung, gigi). Suruh dia ambil beg, ambil cawan, ambil bantal. Masa suruh tu, tak payah tunjuk isyarat. Bagi arahan verbal sahaja.
3) semak kemahiran preverbal. Perhatikan anak suka main mainan apa. Dia boleh tak main kereta lori, sepak bola, main sorok-sorok dengan ibu.
Perhatikan jika anak boleh tiru gaya isyarat komunikasi seperti bye bye, habis, high5, salam, tepuk tangan, tunjuk dengan jari telunjuk.
4) masa anak makan, tak payah pasang tv. Masa anak baru bangun pagi, tak payah pasang TV. Masa anak minum susu, tak payah duduk depan tv. Kurangkan tempoh masa anak di depan skrin.
5) tampal poster bergambar di dinding. Poster A ayam, b bola, c cawan, d daun. Ajar anak menunjuk pada gambar-gambar. Bukannya poster warna/bentuk atau poster haiwan di zoo. Tapi gambar objek harian yg anak mudah kenal.
6) suruh anak. Suruh dia hantar cawan ke sinki. Suruh anak letak cawan di meja. Suruh anak ambilkan sikat. Suruh anak bagi ayah kunci. Suruh anak ambil beg.
7) main bola bagus untuk galakkan interaksi dua hala. Ayah sepak kat dia, dia mesti sepak semula kat ayah. Kalau tak reti sepak pun, dia mesti kejar bola tu dan baling kepada ayah semula. Kalau dia buat tak heran, maka ibu mesti bantu dia, pimpin dia.
Petang-petang bawa anak ke taman. Nampak daun kering, ajar dia “pijak, pijak!”. Nampak ada kucing, “meow…meow…” panggil kucing. Nampak burung, panggil “cip cip cip”. Naik gelongsor, masa nak turun tu sebut “1,2,3 weee….” Naik mainan goyang spring tu, sebut “iyah, iyah, iyah”
9) main tiup bubbles. Ajak anak pecahkan bubbles sambil “pop pop pop”, ajak anak minta setiap kali dia nak celup lagi. Ajak anak jadi ninja dan “hiyah” dekat setiap bubble.
Saya membimbing ibu bapa membuat aktiviti rangsangan guna teknik-teknik speech therapy di rumah. Komunikasi bermula dari rumah.
10) bila pihak hospital bagi tarikh appointment, pergilah ikut tarikh yang ditetapkan. Sebab kita tak tau jika ada isu lain yang kita tak nampak dan memerlukan penilaian lanjut.
Ajar anak bawa barang yang berat sebenarnya bagus untuk kawal tangan menulis dan mata membaca.
Memang nampak kasihan pada anak, tapi kena fikir kesannya bagus untuk perkembangan otot dan otak anak.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa mengenai apa pentingnya ibu bapa mengajar anak bawa barang berat boleh diaplikasikan.
Berapa ramai ibu ayah yang sedar mengajar mengambil beg sendiri, bawa bakul baju itu semua memberi Input Proprioseptif atau Deria Rasa Sendi yang amat bagus untuk Proses Kesedaran Tubuh?
Tanpa anak sedar di mana kedudukan badan, tangan dan jari jemari bagaimana otak mahu beritahu otot tangan untuk gerak menulis?
Banyak juga saya jumpa ibu ayah yang kasihan tengok anak perlu buat kerja rumah. Lepas itu bawa beg berat ke sekolah.
Ya kamu benar ibu ayah.
Tapi otak itu macam otot. Jika tidak dilatih bagaimana mahu lebih cerdas, kuat dan pantas?
Ini antara aktiviti santai dengan anak untuk bantu bukan sahaja beri deria rasa sendi tetapi
✅ Seronok dan Aktif
✅ Kuatkan Core muscles
✅ Galakkan anak guna dua belah tangan (Bilateral hand Use)
✅ Merancang Pergerakan Motor dan Otot
✅ Melatih Persepsi Visual untuk Tulis dan Baca
Sebab saya suka buat aktiviti Outdoor. Sesi saya juga saya buat Outdoor
Dan selalunya saya galakkan anak tidak perlu pakai kasut sebab saya mahu beri input Tactile.
Apa nama aktiviti itu? contohnya:
Angkat + golek tayar atas tanah + lompat dalam tayar
Tayar yang lama-lama itu ada baiknya juga. Dari tersadai boleh juga guna.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.