Cantik Tarikh Kelahiran Anak Kedua Anak Adira, 9.9. 2018. Kali Ini Baby Boy Pula

Share

Penyanyi Adira Suhaimi melahirkan anak kedua semalam 9.9.2018. Netizen kata cantik tarikh lahirnya. Baby pun comel sangat, 3.8 kg.

Adira yang sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan diberi nama Anggerik yang dilahirkan pada 10 Mac 2017. Penyanyi berkulit putih ini telah memuat naik gambar yang menunjukkan butiran lanjut mengenai bayinya di Instagram dengan kapsyen yang pendek.

Suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pula memuat naik gambar bayi lelaki kedua mereka di aplikasi story di Instagram.

Para peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah dan selamat berpantang buat pemenang tempat kedua Akademi Fantasia musim ke-8 ini.

Sumber: Instagram  Adira Suhaimi & Dato Red

 

IKLAN