Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi beberapa keping foto raya bersama keluarga.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, perayaan kali ini berbeza buat Dr. Amalina kerana pertama kali pulang beraya bersama anak sulung tercinta, Arabella Mia yang lahir pada Oktober 2022 lalu.
Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Kasih seorang suami! Apa sekalipun tak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya,” luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin.
Kini, dia menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terlantar sakit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu.
Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung di sini, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.
Berkongsi pengalamannya, dia berjaga sehingga awal pagi bagi menemani isterinya yang kebiasaannya tidur selepas waktu Subuh.
Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.
“Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembedahan. Separuh sel otaknya mati disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.
“Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sedihnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan,” katanya.
Bercerita lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana tinggal bersama keluarga mentua jadi tidak berseorangan memantau Norfadila walaupun dia sepenuhnya yang menguruskan keperluan isterinya itu.
Anaknya, Muhammad Syahmi yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung sebelah.
“Sedih memang ada kerana isteri jadi begitu ketika melahirkan anak dan setahun selepas kami berkahwin.
“Saya juga pernah hilang semangat terutama ketika isteri koma di hospital kerana melihat keadaannya yang seperti tiada peluang untuk isteri sedar apatah lagi sembuh.
“Bagaimanapun, keluarga yang banyak beri saya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menjaga isteri sehingga kini malah mereka juga membantu daripada segi kewangan kerana saya tidak bekerja.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada beri elaun sebanyak RM500 tetapi ia tidak cukup kerana perbelanjaan bulanan isteri dianggarkan mencecah RM1,500 dan ia diperlukan bagi membeli lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan lain-lain lagi,” katanya.
Muhamad Saiful berkata, doktor tidak beri jaminan atau jangkaan tempoh isterinya akan sembuh.
Menurut Muhamad Saiful, jika pulih sekalipun, doktor meminta dia bersiap sedia dengan keadaan Norfadila yang tidak akan normal seperti biasa.
“Isteri mungkin sukar kembali sihat seperti dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari berdoa supaya Allah berinya kesembuhan dan keajaiban iaitu peluang kedua untuk hidup normal.
“Saya tidak pernah menyesal berhenti kerja tiga tahun lalu bagi menjaganya kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai suami untuk ada di sisinya.
“Sekurang-kurangnya, saya tidak akan berasa ralat jika berlaku apa-apa kemudian hari.
“Saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini jadi reda dengan apa yang berlaku dan susah atau senang, biarlah kami bersama,” katanya yang masih membawa Norfadila menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap enam bulan sekali.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelawak, Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur dan terharunya kala diterima baik oleh anak-anak Shuib dalam keluarga mereka.
Menerusi Instagramnya, Watie memuat naik video ketika hari pernikahannya serta meluahkan penghargaan buat anak-anak dan suami.
Akui Watie, kasih sayang yang ditunjukkan Shuib dan anak-anak membakar semangatnya untuk menjadi ibu yang baik buat anak-anak.
“Anak Ibu, Daddy & Mummy❤️
“Terima Kasih sudi jadi anak-anak mummy, terima mummy, selalu hiburkan hati mummy, peluk mummy dan cakap sayang kat mummy,” luahnya sebak.
Malah kongsi Watie lagi dia bersyukur bila mana perjalanannya untuk membina kasih sayang bersama anak-anak dipermudahkan Allah SWT.
Ujar Watie yang murah dengan senyuman ini, kasih sayang ini menjadikannya lebih semangat untuk memberikan yang terbaik buat keluarga kecil mereka.
“Alhamdulillah terlalu banyak yang Allah permudahkan urusan perjalanan mummy untuk menjadi sebahagian dari hidup daddy & anak-anak. Syukur❤️
“Doakan mummy mampu buat yang terbaik & Allah sentiasa menjaga hati mummy untuk tetap menjadi orang yang sama dari awalnya dan kekal dengan kasih sayang begini sehingga ke akhirnya,” kongsinya lagi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Frittata ialah hidangan Itali berasaskan telur yang serupa dengan omelet atau quiche tanpa kerak atau telur hancur, diperkaya dengan bahan tambahan seperti daging, keju atau sayur-sayuran.
Rasanya sama sedap seperti yang dilihat, dengan tekstur yang gebu, dan rasa yang kaya dan berkrim. Sebagai bonus, kerana ia tidak mempunyai kerak tepung, ia sesuai untuk pemakan tanpa gluten.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.