Ads

Cara Ajar Anak Hafal Sifir, 5 Tip Mudah & Berkesan Di Rumah!

Cara Ajar Anak Hafal Sifir, 5 Tip Mudah & Berkesan Di Rumah!

Mak ayah yang ada anak sekolah rendah, jangan tunggu anak masuk sekolah menengah baru nak mula ajar sifir! Nampak macam perkara kecil, tetapi kemahiran menghafal dan memahami sifir sebenarnya sangat penting untuk membantu anak menguasai subjek Matematik.

Lebih-lebih lagi apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memberi penekanan kepada kemahiran pengiraan menggunakan kalkulator dan tanpa kalkulator di sekolah menengah mulai 2027.

Jadi, inilah masa terbaik untuk ibu ayah membantu anak mengukuhkan asas Matematik, terutama kemahiran mengira, mencongak dan sifir.

Tak perlu paksa anak belajar berjam-jam. Cukup dengan latihan ringkas setiap hari, asalkan dilakukan secara konsisten dan menyeronokkan.

Cara Ajar Anak Hafal Sifir, 5 Tip Mudah & Berkesan Di Rumah!

Mulai 2027, Murid Sekolah Menengah Perlu Kuasai Pengiraan Tanpa Kalkulator

Menurut laporan Bernama, KPM akan memberikan penekanan kepada dua pendekatan pengiraan Matematik di sekolah menengah, iaitu menggunakan kalkulator dan tanpa kalkulator.

Pendekatan ini bertujuan mengimbangi kemahiran asas mengira dengan kebolehan menyelesaikan masalah Matematik yang lebih kompleks.

Antara kemahiran yang diberikan perhatian termasuk:

  1. Pengiraan tanpa kalkulator – Membantu murid menguasai kemahiran mencongak, membuat anggaran dan memahami konsep asas Matematik.
  2. Pengiraan menggunakan kalkulator – Membantu murid menyelesaikan pengiraan yang lebih kompleks serta mengaplikasikan pengetahuan Matematik dalam pelbagai situasi.

Melalui pendekatan ini, murid bukan sahaja perlu mendapatkan jawapan yang betul, malah memahami bagaimana sesuatu pengiraan dilakukan.

Sebab itulah penguasaan sifir sejak sekolah rendah sangat membantu sebagai persediaan sebelum anak melangkah ke sekolah menengah.

Cara Ajar Anak Hafal Sifir, 5 Tip Mudah & Berkesan Di Rumah!

5 Cara Mudah Ajar Anak Hafal Sifir Di Rumah

Sebenarnya, ada banyak cara kreatif untuk membantu anak mengingati sifir. Salah satu cara paling mudah ialah menyediakan poster sifir dan menjadikannya sebagai bahan pembelajaran harian.

Ini lima tip yang ibu ayah boleh cuba!

Ads

1. Ajak Anak Baca Sifir Kuat-Kuat Setiap Hari

Biasakan anak membaca sifir dengan suara yang jelas setiap hari.

Contohnya, mulakan dengan sifir dua sebelum beralih kepada sifir tiga dan seterusnya.

Ibu ayah boleh membaca bersama anak supaya mereka lebih bersemangat. Pengulangan secara konsisten membantu anak mengingati susunan sifir dengan lebih baik.

2. Tampal Poster Sifir Di Tempat Mudah Dilihat

Tak perlu beli bahan pembelajaran mahal-mahal. Poster sifir yang ringkas pun sudah boleh membantu!

Tampalkan poster di tempat yang sering dilalui anak seperti pintu bilik, meja belajar atau berhampiran cermin.

Apabila anak selalu melihat sifir, ibu ayah boleh mengajak mereka membaca atau menjawab soalan secara santai.

3. Hafal Sifir Sambil Bergerak

Siapa kata belajar Matematik mesti duduk diam di meja?

Cuba ajak anak menghafal sifir sambil bertepuk tangan, berjalan atau melompat mengikut rentak.

Ads

Aktiviti pergerakan boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, terutama bagi anak yang cepat bosan apabila perlu duduk terlalu lama.

4. Jadikan Sifir Sebagai Lagu

Kalau anak suka menyanyi, gunakan minat itu untuk membantu mereka belajar! Ibu ayah boleh mencipta lagu sifir menggunakan melodi yang mudah diingati atau rentak lagu kanak-kanak kegemaran mereka.

Contohnya, sifir dua boleh dinyanyikan secara berulang sehingga anak semakin biasa dengan susunan nombor.

Apabila pembelajaran terasa seperti bermain, anak mungkin lebih seronok untuk terus mencuba.

5. Latih Anak Lima Minit Setiap Hari

Tak perlu paksa anak menghafal semua sifir dalam satu masa. Mulakan dengan latihan selama lima minit sehari mengikut kemampuan dan tahap penguasaan anak.

Contohnya, hari ini fokus kepada sifir dua, esok ulang semula sebelum memperkenalkan soalan baharu.

Ibu ayah juga boleh memberikan soalan secara rawak seperti 3 × 4 atau 5 × 6 untuk menguji kefahaman anak.

Paling penting, konsisten dan jangan memarahi anak jika mereka terlupa. Berikan galakan supaya anak lebih yakin untuk belajar.

Ads

Cara Ajar Anak Hafal Sifir, 5 Tip Mudah & Berkesan Di Rumah!

Jangan Sekadar Hafal, Pastikan Anak Faham Konsep Sifir

Walaupun hafalan sifir penting, ibu ayah juga perlu memastikan anak memahami konsep darab.

Sebagai contoh, 3 × 4 bermaksud tiga kumpulan yang setiap satunya mempunyai empat objek.

Gunakan benda yang ada di rumah seperti pensel, sudu atau blok permainan untuk menunjukkan cara pengiraan tersebut.

Apabila anak memahami konsep darab, mereka bukan sahaja lebih mudah mengingati sifir, malah boleh menggunakan kemahiran itu untuk menyelesaikan soalan Matematik yang lebih mencabar.

Ingat, setiap anak mempunyai tahap pembelajaran berbeza. Ada yang cepat menghafal, manakala ada juga yang memerlukan lebih banyak latihan.

Jadi, mak ayah tak perlu terlalu mengejar kepantasan. Apa yang penting, anak faham, yakin dan tidak takut dengan Matematik.

Mulakan sedikit demi sedikit dari sekarang. Usaha kecil selama lima minit setiap hari mungkin menjadi asas yang sangat bermakna apabila anak melangkah ke sekolah menengah nanti.

Baca lagi: Extra Joss Tak Sesuai Untuk Anak, Ganggu Degupan Jantung!

Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Sumber: Bernama & e – Central 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Cuti Sekolah Deepavali 2026, Cuti Tambahan KPM, Kalendar Akademik 2026, Cuti Sekolah Malaysia, Cuti Perayaan Deepavali

Cuti Sekolah Deepavali 2026, KPM Umum Cuti Tambahan! Ibu Ayah Boleh...

Cuti sekolah Deepavali 2026 diumumkan KPM. Semak tarikh cuti tambahan 9 dan 10 November bagi Kumpulan A, Kumpulan B serta Sarawak mengikut negeri.