Ads

Extra Joss Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Ganggu Degupan Jantung!

Extra Joss Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Ganggu Degupan Jantung!

Setiap ibu ayah pasti mahu memastikan anak membesar sihat, aktif dan ceria. Namun dalam kehidupan seharian, ada perkara yang nampak kecil tetapi sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada tubuh si kecil jika tidak dipantau.

Antaranya ialah apabila anak mula tertarik untuk mencuba minuman tenaga seperti Extra Joss. Bagi kanak-kanak, minuman sebegini mungkin kelihatan menarik kerana sering dilihat diminum oleh orang dewasa. Namun hakikatnya, kandungan dalam minuman tenaga tidak sesuai untuk tubuh mereka yang masih kecil dan sedang membesar.

Extra Joss Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Ganggu Degupan Jantung!

Beri Kesan Pada Degupan Jantung & Gangguan Tidur

Lebih membimbangkan, kesannya mungkin tidak terus disedari. Anak yang sebelum ini mudah tidur, ceria dan tenang boleh menjadi sukar tidur, berdebar-debar, cepat gelisah atau mudah marah selepas mengambil minuman yang tidak sepatutnya.

Sebab itu, ibu ayah perlu lebih peka. Jangan kerana nampak biasa pada orang dewasa, kita anggap ia selamat untuk anak-anak.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, pengambilan minuman tenaga ini boleh memberi kesan kepada degupan jantung, merosakkan tidur, dan menjejaskan tumpuan mereka di sekolah.

Tubuh kecil, jantung masih berkembang, sistem saraf masih membina kekuatan itulah realiti kanak-kanak. Tetapi bayangkan semua itu dipaksa bekerja lebih laju kerana satu minuman tenaga.

Ads

Extra Joss Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Ganggu Degupan Jantung!

Hanya satu sachet sudah cukup untuk mengganggu degupan jantung, merosakkan tidur, dan menjejaskan tumpuan mereka di sekolah.

Sebenarnya, belakang sachet Extra Joss, amaran ini jelas tertulis iaitu tidak disyorkan untuk kanak-kanak, wanita hamil atau ibu menyusu, dan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Ini bukan hiasan pada bungkusan, ia pengakuan bahawa kandungannya boleh membawa mudarat. Setiap sachet mengandungi kira-kira 50mg kafein, bersama gula tambahan dan pemanis tiruan.

Ads

Extra Joss Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Ganggu Degupan Jantung!

Kafein memberi tenaga segera, tetapi kesannya kepada kanak-kanak berisiko tinggi, degupan jantung tidak teratur, tekanan darah meningkat, tidur terganggu, keresahan, sakit perut, kerosakan gigi, obesiti, dan ketagihan kafein sejak usia muda.

Kanak-kanak tidak perlukan tenaga dari serbuk segera. Mereka perlukan tidur yang cukup, pemakanan seimbang, dan air kosong untuk kekal cergas.

Ibu bapa, guru, dan peniaga hentikan penjualan dan pemberian Extra Joss kepada kanak-kanak.

Ads

Kesimpulan

Kesihatan anak bermula dengan pilihan kecil yang dibuat setiap hari. Dengan mengelakkan pemberian minuman tenaga seperti Extra Joss dan membiasakan anak memilih minuman yang lebih sihat, ibu ayah bukan sahaja membantu melindungi mereka daripada kesan sampingan yang tidak diingini.

Bantu menyokong tumbesaran, perkembangan dan kesejahteraan mereka untuk jangka masa panjang dengan pemberian makanan dan minuman yang lebih sihat. Langkah pencegahan hari ini mampu memberi manfaat yang besar pada masa hadapan

Baca lagi: Fattah Amin, Amira Othman Timang Cahaya Mata Sulung. “Jadi Anak Soleh Penyejuk Mommy Daddy”

Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Sumber: Public Health Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Demam Tiga Hari

Anak Demam Tiga Hari, Bila Mak Ayah Perlu Risau?

Anak demam 3 hari belum tentu berbahaya, tetapi ibu ayah perlu mengenali tanda amaran seperti lemah, kurang minum, sesak nafas dan dehidrasi supaya rawatan dapat diberikan dengan segera.