Bila hidung anak berdarah, bukan hanya anak sahaja yang cemas bahkan mak ayah sekali pun turut cemas bila melihatkan keadaan anak. Jangan begini, sebaliknya tenangkan diri.
Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M. Sallih, tenangkan diri dahulu dan kemudian barulah menguruskan hidung anak yang berdarah. Paling penting jangan cemas.
“Doktor, anak saya selalu berdarah hidungnya. Macam mana nak buat ni?”
Rintihan seperti ini amat selalu saya peroleh daripada ibu bapa. Mereka sudah tentu bimbang jika masalah ini terlalu kerap berlaku kepada anak-anak.
Apabila berlaku tiba-tiba sahaja di rumah atau di mana-mana sekali pun, apakah langkah pantas yang perlu ibu bapa tahu bagi menghentikan pendarahan ini?
Ads
Ikut 3 langkah penting ini. Ulang sehingga pendarahan berhenti.
✅ Bertenang
Bertenang dan lakukan langkah seterusnya satu persatu. Gelabah hanya akan membuatkan anda melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
✅ Duduk dan tundukkan kepala
Dudukkan anak dan tundukkan kepalanya ke bawah untuk mengelakkan darah daripada masuk ke saluran pernafasan. Baringkan anak dan dongakkan kepalanya.
Ads
✅ Picit dan ‘compress’ hidung
Kemudian picit dan ‘compress’ hidung daripada luar selama 10 minit. Ulangi langkah ini. Jika pendarahan masih lagi berlaku, bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat untuk rawatan lanjut.
Jika tiada tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Dr Ezairy M. Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Dilahirkan pramatang ketika usia kandungan ibu baru menjangkau 33 minggu, si kecil Abdul Raihan Abdul Rahim yang kini baru berusia sebulan lebih dilahirkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti kecacatan dinding abdomen (Major Omphalocele), ginjal dan usus berada di luar badan (Cloacal Exstrophy), kekurangan hormon tiroid (Hypothyroidism) dan pembentukan organ pembiakan lelaki yang tidak sempurna.
Disebabkan itu, Raihan yang merupakan anak kedua kepada pasangan Abdul Rahim Razak, 26 dan Nurul Suhada Che Mahmud, 25 memerlukan pemantau rapi kerana penyakit-penyakit yang dihidapi.
Menurut Abdul Rahim, ketika usia kandungan isterinya 7 bulan doktor ada memaklumkan tentang keadaan bayi yang bermasalah.
“Ketika kandungan isteri berusia tujuh bulan, doktor ada memaklumkan bayi di dalam perut mengalami masalah pada bahagian pusat.
“Namun, kami tidak dimaklumkan secara terperinci dan apabila Abdul Raihan dilahirkan, keadaannya tidak seperti bayi normal kerana ususnya di luar perut manakala salah satu pinggangnya gagal berfungsi.
“Tipulah kalau katakan tidak sedih lebih-lebih lagi isteri kerana dia yang melahirkan tetapi kami kuatkan hati untuk reda dengan ketentuan ini,” katanya Abdul Rahim yang menetap di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Terengganu berkata, setakat ini, Abdul Raihan berada di rumah dan tiada masalah untuk minum susu seperti biasa.
Menurut Abdul Rahim, anaknya itu juga tidak banyak meragam dan kebiasaannya hanya menangis apabila lukanya dicuci setiap dua jam sekali serta lampin pakai buang ditukar mungkin kerana sakit di bahagian berkenaan.
“Doktor meminta saya dan isteri membawa Abdul Raihan menjalani pemeriksaan susulan pada April dan Jun nanti bagi melihat keadaannya.
“Difahamkan, akan ada pembedahan tetapi belum ada tarikh yang muktamad namun saya bersyukur kerana ramai prihatin rakan berkongsi gambar Abdul Raihan di laman sosial.”
Abdul Rahim yang hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM700 sebulan mengakui jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan perubatan bayinya itu apatah lagi mereka turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Nurul Auni Safiya yang berusia setahun empat bulan.
Ketika ini, pasangan tersebut perlu membawa Abdul Raihan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dua kali seminggu untuk pemeriksaan susulan.
Sementara itu, Nur Suhada berkata mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan bayi itu dapat membesar dengan sempurna seperti individu normal yang lain termasuk melakukan beberapa pembedahan seperti yang disarankan pakar perubatan.
“Pada hari kedua selepas lahir, Abdul Raihan telah menjalani pembedahan untuk memasukkan ususnya yang terkeluar dan menebuk lubang di bahagian abdomen kerana bayi ini tidak mempunyai dubur.
“Pembedahan seterusnya adalah untuk memasukkan buah pinggang yang terkeluar namun doktor belum menetapkan tarikh yang sesuai dan kemungkinan pembedahan itu akan dibuat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kelantan,” katanya.
Kisah Raihan yang tular mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu yang turun padang menyampaikan bantuan kepada keluarga tersebut. Selain JKM, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut menziarahi keluarga bayi malang itu semalam.
“Terima kasih kepada JKM yang memberi sumbangan susu dan lampin pakai buang serta barangan makanan. Saya dan isteri juga lega apabila dimaklumkan akan menerima bantuan JKM sebanyak RM350 setiap bulan.
“Kami juga ditawarkan bantuan daripada kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman serta Maidam untuk meringankan beban kewangan kami dalam rawatan perubatan bayi istimewa kami ini,” katanya ketika ditemui pemberita
“Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban kami terutama saya kerana buat masa ini tidak dapat bekerja serta terpaksa meminjam duit daripada rakan serta saudara mara untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya lagi.
Sekalipun tidak pasti kemungkinan yang akan berlaku, Abdul Rahim tetap menaruh harapan untuk melihat Abdul Raihan kembali sihat dan membesar seperti bayi lain.
“Kalau boleh, saya mahu dia (Abdul Raihan) hidup seperti bayi normal, bebas daripada penyakit dan dipanjangkan usia.
“Saya dan isteri juga akan menjaganya serta berikhtiar mencari jalan untuk merawatnya selagi diberi kudrat oleh Allah,” katanya.
Untuk sebarang bantuan boleh terus salurkan ke akaun: 1110041000174344 (BSN) NURUL SUHADA. Orang ramai yang berhasrat membantu Abdul Rahim juga boleh menghubungi beliau di talian 014-8242823.
Kanak-kanak kerap demam dan berbadan kurus, adakah disebankan oleh antibodi badannya yang lemah? Ini punca sebenarnya.
Ibu bapa sering kali gusar bila kerap mengalami demam dan selesema. Kadang kala boleh berlaku hampir setiap bulan. Adakah hal ini kerana kekurangan suntikan imuninasi yang boleh menguatkan tubuhnya.
ADAKAH KURANG MAKAN PUNCA ANAK SELALU SELESEMA & DEMAM?
Selera makan juga tidak konsisten dan lebih kerap kepada tidak berselera. Ibu bapa juga kadangkala buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk menambahkan selera makan anak kerana bimbang mellihat keadaan anak yang sangat kurus dan sering kali tidak lalu makan kecuali makanan ringan yang digemarinya. Apakah selera makan dan kurang makan ini menyumbang kepada antibodi yang lemah sehingga kerap demam?
Menurut Dr Mohamed Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Specialist Hospital Shah, demam dan selesema dikalangan kanak kanak memangnya satu fenomena yang biasa. Ia bergantung pada faktor persekitaran yang biasa kanak-kanak itu didedahkan seperti di daycare centre, nursery atau tadika.
DEMAM 6 HINGGA 7 KALI SETAHUN
Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang kanak kanak itu mengalami demam dan selsema sebanyak 6-7 kali setahun namun adalah wajar sekiranta pemeriksaan fizikal oleh pakar kanak-kanak yang menyeluruh dijalankan dan ujian seperti darah dan air kencing dilakukan untuk mendapati tiada punca-punca yang lain.
IMUNISASI TAMBAHAN BAGI KANAK-KANAK BERISIKO
Selain daripada suntikan immunisasi yang wajib diambil anda juga imunisasi tambahan yang boleh diambil untuk menambahkan pertahanan seperti pnuemoccoccus, rotavirus dan influenza.
Kanak kanak yang dalam situasi berisiko seperti yang tinggal di daycare center, nurseri dan tempat pengasuhan kanak kanak sememangnya digalakkan untuk menerima immunisasi tambahan ini selain daripada imunisasi wajib.
Ibu bapa perlu berbincang dengam pakar kanak-kanak mengenai suntikan immunisasi yang ada dan yang mana perlu di berikan kepada kanak kanak mereka.
TREND PEMAKANAN TIDAK MENENTU & BERAT BADAN TURUN NAIK
Kanak kanak dalam limgkungan umur pra sekolah kebanyakannya mempunyai masalah pemakanan. Mereka selalunya mempunyai trend pemakanan yang tidak menentu dan amat memilih dan cerewet (picky eater) tentang makanan mereka.
Berat badan pun tetap dan sering turun dan naik. Apa yang penting bagi ibu bapa lakukan ialah memastikan tahap kesihatan mereka normal dan perkembangan tidak terjejas serta tahap aktif yang bertepatan dengan peringkat umur kanak kanak tersebut.
MAKANAN BERKUALITI & KALORI
Bagi kanak kanak, kuantiti pemakanan tidak penting tetapi kualiti dari segi kalori dan khasiat menjadi kepentingan. Kanak kanak yang cerewet ini memerlukkan strategi pemakaan seperti memberi makanan sebanyak 5-6 kali sehari daripada 3 kali yang lazim diberi. Beliau mencadangkan ibu bapa mendapatkan penerangan lanjut secara menyeluruh boleh di dapati daripada pakar kanak kanak atau dari pakar pemakanan dan nutrisi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bilik air antara salah satu tempat yang paling anak-anak kecil suka. Mereka tak fikir bahaya dan kesan buruk yang berlaku. Jika ibu bapa terleka, sekelip mata perkara yang tak diingini boleh terjadi.
Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan , ibu bapa kena tahu hal ini! Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
1. Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
2. Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
3. Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
4. Tutup Bekas Takungan Air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
5. Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!