Add a heading (5)

Dilahirkan pramatang ketika usia kandungan ibu baru menjangkau 33 minggu, si kecil Abdul Raihan Abdul Rahim yang kini baru berusia sebulan lebih dilahirkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti kecacatan dinding abdomen (Major Omphalocele), ginjal dan usus berada di luar badan (Cloacal Exstrophy), kekurangan hormon tiroid (Hypothyroidism) dan pembentukan organ pembiakan lelaki yang tidak sempurna.

Disebabkan itu, Raihan yang merupakan anak kedua kepada pasangan Abdul Rahim Razak, 26 dan Nurul Suhada Che Mahmud, 25 memerlukan pemantau rapi kerana penyakit-penyakit yang dihidapi.

Usia Baru Sebulan, Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik. Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali SemingguDoktor maklumkan bayi dalam kandungan ada masalah

Menurut Abdul Rahim, ketika usia kandungan isterinya 7 bulan doktor ada memaklumkan tentang keadaan bayi yang bermasalah.

“Ketika kandungan isteri berusia tujuh bulan, doktor ada memaklumkan bayi di dalam perut mengalami masalah pada bahagian pusat.

“Namun, kami tidak dimaklumkan secara terperinci dan apabila Abdul Raihan dilahirkan, keadaannya tidak seperti bayi normal kerana ususnya di luar perut manakala salah satu pinggangnya gagal berfungsi.

“Tipulah kalau katakan tidak sedih lebih-lebih lagi isteri kerana dia yang melahirkan tetapi kami kuatkan hati untuk reda dengan ketentuan ini,” katanya
Abdul Rahim yang menetap di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Terengganu berkata, setakat ini, Abdul Raihan berada di rumah dan tiada masalah untuk minum susu seperti biasa.

Usia Baru Sebulan, Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik. Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali SemingguMenurut Abdul Rahim, anaknya itu juga tidak banyak meragam dan kebiasaannya hanya menangis apabila lukanya dicuci setiap dua jam sekali serta lampin pakai buang ditukar mungkin kerana sakit di bahagian berkenaan.

“Doktor meminta saya dan isteri membawa Abdul Raihan menjalani pemeriksaan susulan pada April dan Jun nanti bagi melihat keadaannya.

IKLAN

“Difahamkan, akan ada pembedahan tetapi belum ada tarikh yang muktamad namun saya bersyukur kerana ramai prihatin rakan berkongsi gambar Abdul Raihan di laman sosial.”

Bekerja sebagai Kelindan Lori Dengan Pendapatan RM700 sebulan

Abdul Rahim yang hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM700 sebulan mengakui jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan perubatan bayinya itu apatah lagi mereka turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Nurul Auni Safiya yang berusia setahun empat bulan.

Ketika ini, pasangan tersebut perlu membawa Abdul Raihan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dua kali seminggu untuk pemeriksaan susulan.

Sementara itu, Nur Suhada berkata mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan bayi itu dapat membesar dengan sempurna seperti individu normal yang lain termasuk melakukan beberapa pembedahan seperti yang disarankan pakar perubatan.

IKLAN

“Pada hari kedua selepas lahir, Abdul Raihan telah menjalani pembedahan untuk memasukkan ususnya yang terkeluar dan menebuk lubang di bahagian abdomen kerana bayi ini tidak mempunyai dubur.

“Pembedahan seterusnya adalah untuk memasukkan buah pinggang yang terkeluar namun doktor belum menetapkan tarikh yang sesuai dan kemungkinan pembedahan itu akan dibuat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kelantan,” katanya.

Usia Baru Sebulan, Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik. Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali SemingguRamai Yang Hulurkan Bantuan

Kisah Raihan yang tular mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu yang turun padang menyampaikan bantuan kepada keluarga tersebut. Selain JKM, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut menziarahi keluarga bayi malang itu semalam.

“Terima kasih kepada JKM yang memberi sumbangan susu dan lampin pakai buang serta barangan makanan. Saya dan isteri juga lega apabila dimaklumkan akan menerima bantuan JKM sebanyak RM350 setiap bulan.

IKLAN

“Kami juga ditawarkan bantuan daripada kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman serta Maidam untuk meringankan beban kewangan kami dalam rawatan perubatan bayi istimewa kami ini,” katanya ketika ditemui pemberita

“Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban kami terutama saya kerana buat masa ini tidak dapat bekerja serta terpaksa meminjam duit daripada rakan serta saudara mara untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya lagi.

Sekalipun tidak pasti kemungkinan yang akan berlaku, Abdul Rahim tetap menaruh harapan untuk melihat Abdul Raihan kembali sihat dan membesar seperti bayi lain.

“Kalau boleh, saya mahu dia (Abdul Raihan) hidup seperti bayi normal, bebas daripada penyakit dan dipanjangkan usia.

“Saya dan isteri juga akan menjaganya serta berikhtiar mencari jalan untuk merawatnya selagi diberi kudrat oleh Allah,” katanya.

Untuk sebarang bantuan boleh terus salurkan ke akaun: 1110041000174344 (BSN) NURUL SUHADA. Orang ramai yang berhasrat membantu Abdul Rahim juga boleh menghubungi beliau di talian 014-8242823.

Sumber: Hmetro & Bernama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI