Ibu-ibu mesti terfikir macam mana nak pastikan pakaian putih kekal putih dan tak kuning walaupun dah pakai lama. Lagi-lagi ibu yang ada anak akan ke sekolah semula. Waktu pagi mungkin elok lagi, bila dah balik rumah, kekotoran tu pasti sukar dielakkan.
Bagi perkongsian kali ini, tips menarik oleh Leena Hassan boleh ibu cuba. Tak susah mana pun dan tak perlu nak sental banyak kali. Paling best, sangat jimat duit kerana tak perlu pun nak beli sabun mahal. Tapi hasilnya memang tip top!
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So….. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse-nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Ini dia cara-caranya. Anda boleh cuba untuk uniform anak-anak sekolah nanti.
Ads
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada.
Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Ads
Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama 1 malam.
Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa. Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental. Selesai masalah
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak. Kita juga mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya supaya mereka tahu, kita sebagai ibu ayah sentiasa ada dengan mereka. Untuk menunjukkan rasa kasih pada anak-anak, ibu ayah sanggup berbuat apa sahaja!
Salah satu cara adalah dengan memenuhi kehendak anak. Kadang-kadang anak tak minta pun, kita yang akan beli. Contohnya mainan. Sampai penuh bakul kita belikan untuk mereka. Sebenarnya, mainan yang banyak bukan saja akan menyebabkan rumah bersepah, tetapi daya fokus anak juga terganggu.
Memetik perkongsian Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist melalui laman Facebooknya, membelikan mainan yang banyak atau berjenama untuk anak bukanlah cara menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Ikuti penerangan beliau ini:
Cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka. Kita cakap “I love you” pun masa ini anak tak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak “beritahu” anak yang kita sayang mereka? ❤
Tak susah pun, mudah sahaja nak menambat hati anak bawah 2 tahun disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud “I love You”, kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.
Masa dimana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau comment di Facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan? Hehe 😅
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak 👏
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak. 😘
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis disamping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Kalau nak anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan 😉
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir, terbukti bayi yang kerap diurut akan keluar hospital cepat berbanding bayi yang tidak diurut. Kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah anak selalu 😍
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun. 👶
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan berkembangan yang baik dari segala aspek.
Selamat “menunjukkan” kasih sayang! ❤❤❤
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah yang mempunyai anak di bawah usia dua tahun tentang bagaimana caranya menunjukkan kasih sayang kepada mereka tanpa memanjakan dengan mainan atau kemewahan yang lain. Hanya keberadaan ibu ayah di sisi anak-anak sambil melakukan aktiviti berkualiti bersama sudah cukup untuk merangsang tumbesaran mereka secara sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Limau kasturi yang kita beli biasanya cepat lembik dan busuk jika tidak digunakan sebaiknya. Tak perlu membazir dan terus buang, apa kata kita simpan menggunakan satu kaedah mudah.
Perkongsian Pn Sharifah Nor Hj Abdullah yang mengeluarkan airnya untuk dibekukan ini wajar kita cuba. Lagi senang nak guna dan tahan lama. Paling penting tak terbuang dan membazir.
Bila pokok limau kasturi berbuah lebat, saya akan buat macam ni. Potong buah, perah ambil airnya.
Nak lebih senang isi penapis terus supaya senang nak buang bijinya. Masukkan dalam petak ais kiub.
Simpan dalam frezer, bila sudah beku keluarkan dan masukkan dalam plastik kecil-kecil. Simpan semula dalam frezer.
Setiap perkahwinan yang dibina menjadi bukti cinta antara pasangan suami isteri. Namun masih ramai lagi yang tak memahami satu sama lain sehingga ada je yang tak puas hati.
Kita kena faham pasangan kita bukanlah datang dari latar belakang yang sama. Masing-masing ada cara tersendiri. Jadi nak tak nak, kita mesti terima. Jika ada kekurangan, tegurlah elok-elok. Itu semua akan dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, setiap suami dan isteri, Tuhan memberikan satu bekal untuk dia bawa sepanjang hidup berumahtangga ini.
Suami, Tuhan beri sabar.
Isteri, Tuhan beri redha.
Nak menjadi suami yang sabar, memang Tuhan hadirkan isteri bersama sikapnya yang cukup mencabar.
Nak menjadi isteri yang redha pula, memang Tuhan berikan suami yang sangat menguji iman dan jiwa.
Kalau suami mahu belajar sabar, maka jiwa dan hatinya sebagai suami akan perlahan-lahan di bina dan akhirnya dia benar menjadi suami yang paling baik buat anak isterinya.
Kalau isteri mahu belajar redha, maka perlahan-lahan jiwa dan hati seorang isteri hidup dan terus kuat menghadapi apa pun yang datang dari suami.
Itulah hasil dari mereka yang menjadi suami isteri. Bukan hanya menjadi wanita dan lelaki.
Rumah tangga adalah tempat proses untuk menghasilkan manusia yang hamba. Yang memberi lebih dari meminta.
Yang kuat dengan Tuhannya. Yang mahukan syurga. Yang menangis dengan dosa.
Bukan yang riang berlari-lari di tepian pantai dan mengira bulan bintang sahaja.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...