Cara Buat Ayam Panggang Ala ‘Kenny Rogers’. Simple Tapi Sedap!

Share

Pasti para ibu buntu memikirkan lauk pauk tambahan untuk hari ini kan? ‘Tetiba’ terbayang ayam yang dipanggang di bazar Ramadan. Bau rempah ayam yang dibakar masih segar dalam ingatan.

Baca: Resipi Roti Sardin Pattaya, Cuma Guna 3 Bahan. Buat Senang, Makan Berebut!

Tapi nak dapatkan ayam panggang musim macam ni memang agak sukar melainkan kalau para ibu buat sendiri di rumah. Sementara masih awal lagi, mama-mama boleh tengok dahulu resipi yang dikongsi oleh Puan Herda Johan ini, mana tahu bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ayam panggang memang dah cukup lengkap di dapur. Bolehlah cuba resipi ini untuk juadah berbuka nanti.

Semalam ada yang tanya saya…camana nak buat Ayam Panggang ek elehhhh pakcik Kenny.R tu..

Ok ini resepinyaaa…

AYAM PANGGANG PAKCIK KENNY

1) Seekor ayam 1kg+ (boleh potong 4 atau tak payah potong)

Bahan kisar:
2) 2 biji bawang besar
3) 4 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 1 kiub ayam knor/maggi
6) 2 sudu serbuk lada hitam
7) 1 senduk kecil sos black pepper
8) garam 1 sudu teh
9) gula 1 sudu makan
10) air 100ml

– kisar semua

Perap:
11) 2 sudu madu (takda pun takpe)
12) 3 sudu olive oil
13) 2 sudu besar mix herbs @ oregano leaves

– Tuang semua bahan ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup dan Perap dalam 2 jam dalam peti ais bahagian chill.

Dua Cara untuk masak:

A) PERIUK HIGH PRESSURE/PEMANGGANG AJAIB/atau yang seangkatan dengannya.
– masak 30 minit dan selepas itu stir fry.

Atau….

-B) OVEN
– Panaskan oven 180’c-200’c. Api atas bawah. Bakar 1 – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.

***oven bergantung pada saiz oven. Kalau oven besar suhu tinggi.***

SELAMAT MENCUBA

Baca: Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!

Sumber: Herda Johan 

IKLAN