Cara Buat Beras Frozen. Ikut Step Ni, Kejap Je. 10 Minit Siap Masak Bubur!

Share

Bayi dah masuk 6 bulan, rutin ibu untuk membuat penyediaan makanan anak perlu diberi keutamaan. Ibu akan mula berkira-kira membuat bubur untuk menambahkan segala zat untuk anak dan penyediaan awal ke arah makanan orang dewasa.

Cuma yang menjadi kekangan buat ibu, untuk membuat bubur perlu ambil masa yang lama untuk pastikan beras yang dimasak cepat hancur.

Mungkin bagi ibu suri rumah tiada masalah bab penyediaan makanan anak, cuma yang bekerja perlu bangun awal untuk sediakan bekalan pada pengasuh. Terlewat bangun sikit, mungkin agaka kelam kabut.

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Piza Roti Terlajak Sedap! Tambah Topping Ikut Suka, Kos Buatnya Murah]

Namun tip yang dikongsikan oleh Puan Siti Rashidah Jasimin ini boleh dicuba untuk mempercepatkan proses memasak bubur anak.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Nak kongsi cara untuk buat “Beras Frozen”. Hari tu ramai yang PM tanya cara nak buat macam mana.

Ok senang je. Follow je gambar ada cara dia ok.

Masukkan beras dalam bekas kecil untuk sekali masak. Cuci bersih. Isikan air lebih sikit dari beras

P/S :: Tak perlu kisar beras sebab bila dimasak beras akan cepat hancur

Terus masukkan di bahagian beku

Bila nak guna just amik 1 bekas masukkan terus dalam periuk. Tak perlu cuci lagi sebab dah cuci masa nak frozenkan.

LAGI ARTIKEL RESIPI MENARIK [Apam Coklat Lembut, Hanya Blend Je. Sekali Buat Dapat 48 Biji. Berbaloi Sangat!]

Nampak tak seketul beras dalam bubur tu.

Nie tekstur beras tu bila dah siap masak..so boleh la kisar kasar atau lenyek jeee

Sumber: Puan Siti Rashidah Jasimin

 

IKLAN