Anak-anak kalau makanan yang berasaskan coklat laju je makan. Tak kisahlah menu apa pun. Tak kira anak kecil atau yang dah besar semua akan suka. Ibu ayah pun boleh layan sekali.

Cuma bila anak minta nak makan kek ibu berkira nak buat bukan sebabnya malas tetapi kekangan nak membuatnya kerana tiada oven. Ok kali ni mungkin ibu boleh realisasikan permintaan anak dengan buat apam coklat yang sedap.

Apam Coklat Lembut, Hanya Blend Je. Sekali Buat Dapat 48 Biji. Berbaloi Sangat!

Hanya perlu ada periuk kukusan sahaja dan menggunakan bahan yang simple, dalam 20 minit dah boleh dapat 48 biji untuk satu adunan yang dibuat. Puas hati makan!

Apam Coklat Kukus

Bahan-bahan

IKLAN

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

RESIPI MENARIK [‘Chicken Cheesy Balls’ Ala Begedil Moden. Tak Mahu Makan Nasi Pun Boleh Kenyang]

Ayak semua di atas. Dah ayak masukkan 1 1/2 cawan gula dan ketepikan.

Apam Coklat Lembut, Hanya Blend Je. Sekali Buat Dapat 48 Biji. Berbaloi Sangat!

IKLAN

1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Cara membuat:

Blend dulu minyak, susu cair, susu pekat dan telur. Apabila semua dah sebati masukkan dalam mangkuk dan masukkan bahan kering sedikit demi sedikit.

IKLAN

Apam Coklat Lembut, Hanya Blend Je. Sekali Buat Dapat 48 Biji. Berbaloi Sangat!

Akhir sekali masukkan 1 cawan air panas, kacau sebati. Sapu acuan dengan minyak, masukkan adunan. Kukus dalam 15-20 minit. Satu adunan dapat 48 biji, guna acuan lompang.

Kredit Resipi: Siti Nailah AlFarafisha Roslan

Nantikan Pa&Ma Journey bersama Jovianina bermula Rabu ini (26 Ogos) di saluran 104/124. Set kalendar ya!!

Apam Coklat Lembut, Hanya Blend Je. Sekali Buat Dapat 48 Biji. Berbaloi Sangat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI