Sesekali ubah selera anak, apa kata kita sediakan telur kukus atau Chawanmushi untuk anak-anak. Paling mudah dan senang, mengukus chawanmushi mengambil masa tidak sampai 20 minit. Memang mudah.
Perkongsian resipi langkah demi langkah oleh Arina Rashid ini mama boleh cuba. Sedap!
Siapa peminat chawanmushi? Meh Rina nak share satu resepi yang rasa dia nak sama macam chawanmushi.
Sebenarnya chawanmushi ni telur kukus je. Nak buat dia punyalah senang. Tak sempat nak berpeluh pun. Paling puas hati boleh letak bahan banyak-banyak. Camtu sekali.
Untuk resepi telur kukus / steamed egg / chawanmushi korang sediakan blender, pengukus, bekas ramekin. Kalau takda, guna tipuware pun boleh.
Bahan-bahan dia: 3 biji telur 260g air ½ tsp garam
Ads
Blend kesemua bahan kat atas sampai sebati.
Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Kat bekas tu isilah segala apa-apa yang korang suka. Rina letak cendawan shitake dengan crabstick.
Tuang bancuhan telur tadi perlahan-lahan ke dalam bekas. Kalau ada buih, kaup buih tu buangkan. Ni sebab nak bagi cantik telur kukus tu nanti.
Nak tabur dengan daun bawang ke daun sup ke pun boleh. Lepastu kukus selama 20 minit.
Ads
Dah siap!
Super pantas dan berbaloi kan. Kalau chawanmushi dia guna dashi sebagai perisa. Kita guna garam pun dah ok dah tu.
Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh refer resepi steamed egg dekat resepi Hainan Chicken Rice.
Setting tm6 untuk blend bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3.
Chicken broth banyak manfaatnya, membantu menguatkan imuniti badan. Ibu ini kongsi resipi sup tulang ayam yang selalu disediakannya tatkala anak batuk berkahak & demam.
Puan Widyana Ali sering kali menyediakan sup tulang ayam atau bone broth ketika anak-anak batuk dan demam. Dia juga turut berkongsi resepi yang mudah ini.
9 jenis bahan yang digunakan adalah asas dan mudah didapati. Cara penyediaannya pun mudah, hanya renih 3 hingga 4 jam sehingga tulang hancur.
Untuk anak ekzema, dia hanya merenihkan sup selama 1 jam. Periuk kaca dan besi tahan karat sahaja yang boleh digunakan.
Sudah mengamalkannya bertahun-tahun. Ia boleh menguatkan sistem imun, kaya mineral, anti radang & menguatkan tulang dan gigi. Ia juga boleh membantu menggalakkan penyingkiran kahak.
Boleh dipelbagaikan cara memakannya iaitu dimakan bersama nasi, kuah atau dihirup begitu sahaja.
Sebelum makan letakkan sedikit garam sebagai perasa.
Cucur udang atau di sebelah utara menggelarkannya sebagai Coq Udang ini cukup popular. Menu simple tetapi menarik ini sebenarnya boleh menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Lina Thomas ini nampak cukup mengiurkan. Udangnya mewah selambak malah gebu dan bulat. Lain dari cucur udang kita.
Nak tahu apa resipi rahsia wanita yang berlokasi di Amerika Syarikat ini? Jom kita cuba.
Salam 5 Ramadan dari kejauhan. Menu kuih buka puasa kami hari ini – Coq Udang.
Cucur Udang
Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis (mauripan)
Air sejuk -agak-agak
Segenggam taugeh
Secekak kecil kuchai – kerat-kerat
1/2 batang lobak merah – sagat memanjang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Udang secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Dalam satu bekas, satu kan tepung, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
Masukkan taugeh, kuchai dan karot, gaul rata dan perap 30 minit.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur.
Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari senduk.
Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat tos kan minyak. Siap.
Barulah lengkap rasanya jika usai menikmati hidangan menu utama disusuli pula dengan menu pencuci mulut. Bukan sahaja lemak manis rasanya malah bertambah enak apabila dijamah sejuk-sejuk seperti Puding Orea Milo ini. Barulah sempurna!
Jadi apa kata anda sediakan menu yang sangat mudah untuk disediakan ini dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti biskut oreo, milo dan susu cair.
Nak lagi detail, jom semak resipi yang dikongsikan oleh puan Fauziah Yahya . Selamat mencuba.
Permintaan anak2 petang ni… Yummy 😋😋😋
RESEPI PUDING OREO MILO FY
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar @ 25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137gram
Cara-cara:
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut
Masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.
Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati.
Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan.Siap!Selamat mencuba 😍😍
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.