
Sepanjang musim PKP ini, permintaan ‘Box Of Happiness’ yang mana siap dijual dengan kek dan cream untuk dihias sendiri baik untuk kita yang dewasa mahupun kanak-kanak ini laris terjual. Mesti seronok anak-anak boleh hias kek sendiri kan?
Tak perlu beli, apa kata kita buat sendiri kek span vanila dan buttercream untuk anak-anak hias. Jom cuba resipi perkongsian Pn Noratiqah Nordin ini.
Resepi kek span vanila dan resepi buttercream. Sekarang tengah hot dengan kek deco sendiri kan. Diy kek. Ika nak share resepi kek span dan buttercream semudah ABC.
Bahan-bahan kek span vanila
300g margerin
300g gula kastor
6 biji telur
320g tepung naik sendiri
1 sudu besar esen vanila
250ml @ 1 cawan susu atau air
Masukkan gula dan margerin. Pukul hingga gebu putih.
Dah gebu. Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan tepung berselang selikan dengan susu/air.
Berselang seli dengan tepung hingga habis tepung dan susu.
Siap untuk di bakar. Lupa amik gambar yang dah di bakar. Suhu 150 dan bakar 45 min atau hingga masak.
Bahan-bahan buttercream
500g margerin pelangi
300g gula aising (diayak)
2 sudu besar esen vanila
Mix semua hingga gebu dan hingga tak ada tekstur gula aising.
Siap!
Menarik:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Tenggiri Rebus Kunyit & Lada Hitam, Resepi Berkhasiat Dalam Pantang & Harian

Bagi yang bakal berpantang tak lama lagi, pasti tercari-cari menu masakan untuk lauk berpantang kan? Pelbagai resepi yang mudah mama boleh cuba antaranya resepi Ikan Tenggiri rebus kunyit & lada hitam yang dikongsi oleh ibu ini.
Selamat mencuba!
Mama fatim nak share RESEPI SIHAT yang selalu mama fatim buat masa dalam PANTANG BERSALIN .
Cuma, resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, ianya sesuai juga untuk MENU SIHAT SEHARIAN sebab tiada langsung penggunaan minyak, dan juga mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk sihat dalaman dan juga untuk pengurusan berat badan, bolehlah masukkan menu ini dalam diet harian.
IKAN TENGGIRI REBUS BERSAMA KUNYIT DAN LADA HITAM
Bahan-bahan:-
Ikan tenggiri – 3/4 keping
Asam keping – 1 keping
Kunyit hidup- 3-4 inci
Lada hitam -2 sudu kecil
Bawang putih – 1/2 labu
Sedikit garam
Air untuk rebus (lebih kurang 2/3 cawan)
Cara-cara:
Tumbuk kunyit hidup, lada hitam hingga lumat. Bawang putih hanya ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Campurkan ke dalam periuk yang telah diisi air dengan bahan-bahan tumbuk, serta ikan. Rebus dan didihkan sehingga air agak kering, iaitu lebih kurang dalam 20 minit.
Bila dah agak-agak suam, barulah campur dengan garam secukup rasa. Lebih kurang 1 sudu kecil pun sudah memadai, kerana lebih baik kurangkan garam dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. ( jangan tersilap pulak, maniskan minuman)haha!
Mama fatim ada terbaca, KUNYIT memang MAKANAN YANG HEBAT! Sudahlah ianya sangat bagus untuk rahim selepas melahirkan anak, ianya juga mempunyai pelbagai lagi manfaat yang lain .
Antaranya:-
1) Ia mengandungi bahan yang dapat menghalang racun arsenik yang boleh merosakkan DNA di dalam sel tubuh.
2) CURCUMIN yang terkandung di dalam kunyit juga dikatakan dapat menghalang perkembangan sel kanser seperti yang dilaporkan di dalam jurnal Journal Alternative Therapies In Health.
Yang bestnya, bila dicampurkan dengan lada hitam yang mengandungi piperine (bahan pedas dalam lada hitam), ia dapat mengecutkan stem sel Kanser payudara.
3) Curcumin di dalam kunyit juga dapat menghalang penbentukan sel tumor di dalam pembuluh darah. Bahkan curcumoid yang terkandung di dalam kunyit juga dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel otak. Jadi ia sangat sesuai sebagai salah satu makanan TERBAIK untuk OTAK. Best kan?
4) Kunyit pun berperanan sebagai FAT BURNER Kalau nak kurus, apa lagi, buatlah kunyit muda sebagai ulam kan? Takpun blend la kunyit hidup tu buat jamu. Boleh menghalang pembentukan lemak dan membakar lemak tau! Nak kurus tak? 😄
Aaa.. meh try resepi ni, ada gabungan lada hitam yang bagus kombinasinya dengan kunyit macam yang mama fatim terangkan kat atas tu, ada bawang putih dan asam keping.
Bahan utama pulak ikan, memang mengandungi OMEGA 3, yang SESUAI untuk otak.
By the way, lada hitam dan bawang putih boleh juga buat hilang-hilang angin masa dalam pantang tu. Dan juga sebagai antioksida..
Jadi, sesuailah kan sebagai menu harian dan makan masa berpantang. Dahlah boleh bakar lemak, boleh juga mengecutkan rahim selepas bersalin tu, sesuai untuk pengurusan berat badan dan juga sesuai untuk makanan OTAK anak-anak.
Apa lagi, cuba, jangan tak cuba. Hehe!
Kredit: Mama Fatim
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Sup Telur Dan Sayur Mama, Mudah Dan Cepat Untuk Sahur!

Siapa dekat sini selalu berangan nak masak pagi sahur tapi tak kesampaian sebab terlajak tidur sampai tak cukup masa untuk masak? Salah satu resipi pantas yang ibu-ibu patut cuba adalah sup telur dan sayur yang dikongsikan oleh Puan Sharina Sharan. Bahan-bahannya tidaklah sukar dan cara membuatnya juga sangatlah mudah dan cepat.
Anak-anak pun dijamin suka sampai bertambah. Ibu mana tak seronok kalau anak makan berselera kan? Nak pula waktu sahur.
Jom baca cara memasak sup telur dan sayur ini di bawah. Semoga bermanfaat!
Bahan-bahan:
15 gram minyak masak
5 ekor ikan bilis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili besar (dihiris)
2 biji telur
10 gram fucuk/suhun (direndam dahulu 5 minit)
1 sudu perasa/kiub pati ayam
30 gram lobak merah
2 biji kentang (dipotong dadu)
Baca Juga:
Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!
Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!
Cara-cara:
- Cop bawang merah dan bawang putih.
- Tumis bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis dalam minyak selama lebih kurang 3 minit.
- Masukkan 500 g air, sayur, fucuk, suhun, garam dan serbuk perasa. Biarkan dalam 7 minit.
- Masukkan telur dan tutup api, biarkan telur dalam 5 minit. Sambung masak 2 minit.
Tip tambahan iaitu gunakan telur dari peti ais untuk hasil telur yang lagi cantik dan tidak mudah berderai. Untuk sayur pula anda boleh masukkan apa-apa sahaja sayur yang anda suka.
Dah siap! Mudah kan? Tak sampai 20 minit dah siap sup mudah, lazat dan berkhasiat ni. Rugi kalau tak cuba tau!
Kredit: Puan Sharina Sharan
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Untuk Kanak-Kanak, Ibu Hamil & Menyusu Yang Patut Di Minum Kalau Nak Bepuasa

Ibu hamil dan menyusu memerlukan tenaga dan kalori yang banyak setiap hari lebih-lebih lagi jika niat ingin berpuasa pada bulan ramadan.
Namun diingatkan, jika anda tidak kuat untuk berpuasa jangan sampai memaksa diri! Bagi yang nak mencuba untuk berpuasa boleh buat air Nabeez seperti yang dikongsi oleh doktor perubatan ini untuk memberikan tenaga sepanjang berpuasa. Selamat mencuba!
Air tenaga yang saya tak tinggal minum bila berpuasa waktu mengandung dan menyusu.
Saya pernah mengandung, mengandung dan menyusu dalam tahun yang sama, menyusu dua anak dalam tahun yang sama waktu Ramadhan.
Alhamdulillah, Allah izin dengan usaha saya amalkan air nabeez, saya dapat jaga waktu puasa dari Subuh hingga Maghrib. Dengan izinNya.
Waktu tak mengandung dan menyusu pun, saya masih minum air tenaga ni bila berpuasa. Bagi anak dan suami minum jugak. Satu keluarga lah senang cerita.
Air tenaga yang sebenar untuk sahur adalah air nabeez. Bukan air coklat, bukan air bijirin, bukan air manis.Tapi air rendaman kurma berserta dengan bijinya.
Air yang beri tenaga berpanjangan sampai waktu berbuka, dengan izinNya. Apa yang Nabi buat, tak ada satu pun yang sia-sia kan. Apa yang Nabi tunjukkan, semuanya bawa manfaat untuk ummat kan.
Air Nabeez, rendaman kurma atau kismis, air yang jadi amalan Rasullullah S.A.W. Kita boleh cuba buat, dan rasai perbezaannya.
Saya kongsi cara nak buat supaya korang pun boleh buat kat rumah malam nanti.
1. Ambil kurma angka ganjil, dan carikkan.
2. Masukkan kurma dan biji dalam jug, masukkan air. Anggaran air, secawan untuk seorang minum.
3. Biar semalaman di suhu bilik.
4. Sedia untuk diminum keesokan paginya.
Korang cuba buat k. 🥰
Kredit: mazliana.mazlan
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI