Cara Buat Puding Mangga Viral, Potong Dadu Lagi Cantik Susunan, Padu Sungguh!

Share

Masuk sahaja hujung minggu, ada sahaja idea memasak untuk disajikan kepada anak-anak dan suami. Bagi yang hendak menyambut tetamu pula, puding mangga istimewa ini anda boleh cuba.

Resipi sedap dan mantap perkongsian Mr Ali ini memang rugi kalau tak cuba. Memang sedap dan mantap!


Resepi Puding Mangga by Mr. Ali. Sangat mudah. Jangan lupa belanja ♥️ tau. Jom buat. Saya guide secara detail tau biar semua berjaya buat dengan sedap & cantik)

Bahan-bahan: (Loyang petak 8 inci)

Lapisan Pertama ( putih)
Potong dadu 4-5 biji mangga
8 gram agar – agar tali
3 cawan air
50 gram gula
130 gram susu segar
30 gram dairy whipping cream

Lapisan Kedua (kuning)
300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga (blend mangga sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga, dah blend sila tapis)
8 gram agar-agar tali
3 cawan air
30 gram gula
130 gram susu cair
30 gram dairy whipping cream
3 sudu makan sunquick mangga

Lapisan Pertama (putih)
Potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.

Letak atas api sederhana 8 gram agar – agar tali 3 cawan air. Biarkan mendidih & agar-agar tali tadi terurai, masukkan 50 gram gula. Dah larut baru masukkan 130 gram susu segar + 30 gram dairy whipping cream.

Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api.

Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-perlahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.

Untuk lapisan kedua pula (dalam 3-4 biji mangga) gunakan api sederhana, masukkan 8 gram agar-agar tali + 3 cawan air.

Bila mendidih masukkan 30 gram gula. Bila gula dah larut masukkan 130 gram susu cair, 30 gram dairy whipping cream, 300 gram puree mangga & 3 sudu makan sunquick mangga.

Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 2-3 minit. Off api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi. Sebelum tuang cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat & tak terpisah.

Setkan dalam 2-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. InsyaAllah sedap. Buatlah juga untuk jualan. InsyaAllah ramai suka.

Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN