Cara Buat Sandwich Tanpa Sos, Isi Padat Rasa Padu, Sedapnya Lain Macam!

Share

Gabungan sos dan mayonis tambah menyedapkan sandwich, namun lain pula bila digantikan kedua bahan ini dengan cream cheese yang extra sedap.

Nak buat macam mana? Jom ikuti perkongsian resipi Zurina Zulkefli, sandwich tanpa sos ini. Memang sedap!


Saya buatkan sandwich tanpa menggunakan sebarang sos tapi gantikan dengan cream cheese.

Baru saya tahu sedap rasa cream cheese ni kalau disapu pada roti sandwich.

Bahan-bahan:
Roti
Beef salami
Lof ayam
Cream cheese
Lobak merah, salad, hirisan lobak merah, tomato -untuk hiasan

Cream Cheese yang saya guna. Sapu cream cheese pada roti.

Selesai sapukan cream cheese, letakkan helaian daun salad diikuti dengan potongan tomato.

Letakkan lof ayam.

Kemudian letak hirisan lobak merah yang disangai.

Letakkan pula kepingan beef salami.

Tambah hirisan bawang holland yang digoreng layu.

Terus saya tutup dengan kepingan roti dan potong.

Siap. Rasa lengkap walaupun tak memggunakan sebarang sos atau mayonis.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN