Cara Buat Sendiri Chicken Nugget Dikongsi Ibu Ini Memang Mudah Dan Berkhasiat Untuk Anak

Share

Mulai hari ini ibu boleh buat sendiri chicken nugget yang mudah dan berkhasiat untuk anak. Siapa yang ada anak kecil memang faham selera mereka terhadap chicken nugget. Asalkan nampak orang jual nugget mesti minta dibelikan.

Risau juga kalau terlalu kerap bagi anak makan makanan proses sama ada beli yang siap digoreng ataupun yang sejuk beku dan goreng sendiri di rumah. Memang ramai ibu-ibu menjadikan nugget sebagai hidangan mudah untuk disediakan pada anak-anak terutama di hari yang sibuk dan tak sempat memasak dengan sempurna.

Kalau begitu, apa kata ibu semua buat sendiri chicken nugget dan simpan ia sebagai stok di dalam peti sejuk beku. Bila-bila anak nak makan, ibu boleh goreng sahaja. Yang penting, nugget buatan sendiri lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya sebab hanya menggunakan bahan-bahan segar tanpa campuran pengawet.

Jom ikut resipi dikongsi oleh ibu ini, Fira Zahidin yang membuat stok chicken nugget untuk anaknya.

Saya beli ayam ni di cold storage. Saya beli 2 dan guna 1 1/2 je utk buat nugget ni.
Ayam yg telah dipotong kecik kecik
Setelah dikisar menggunakan blender
Campurkan dgn bahan lain ikut pilihan masing masing. Saya cuma campurkan grated carrot ni, sesudu tepung ubi kayu dan sesudu tepung jagung. Yg dah lebih 2 tahun tu bolehlah campurkan garam sikit. Gaul rata semua bahan.more
Dah gaul semua, ratakan begini dalam bekas utk dikukus.
Setelah dikukus dan dipotong. Ikut lah nak potong kecik ke besar ke
Beginilah hasilnya. Nak makan terus pun boleh. Nak goreng sekejap pun boleh. Atau boleh jugak salutkan dgn breadcrumbs kemudian goreng (kalau nak makan terus). Cara saya, bila dah sejuk saya bekukan kemudian dah beku boleh masuk dlm ziplock bag. Tujuan bekukan dulu sbb nak elak melekat antara satu sama lain berbanding kalau kita letak dlm ziplock bag terus dan bekukan. more
Bila nak guna, defrost dan boleh salut dgn breadcrumbs dan goreng. Mudah je kan

 

Sumber: Fira Zahidin

IKLAN