Cara Buat Tau Fu Fa ‘Instant’ Guna Serbuk Agar-Agar. Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit Je!

Share

Antara makanan yang paling popular di pasar malam dan juga bazar Ramadan tentu sekali Tau Fu Fa atau nama sebenarnya Doufuhua. Tau Fu Fa adalah kuih tradisi orang cina yang diperbuat daripada soya.

Rasanya yang manis (kombinasi sirap gula melaka) dan juga Tau Fu Fa yang lembut menjadikan ianya makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Tau Fu Fa juga enak dihidang ketika sejuk. Ada juga yang gemar menikmati makan ini ketika panas-panas. Tentu terasa lega selepas menikmatinya. Apa kata anda cuba resipi daripada instafamous khairulaming.

Tau Fu Fa (Cara Instant)

Baca: Cara Paling Senang Masak Nasi Arab, Ibu Ni Kongsi Resipi Lengkap Step By Step, Patutlah Viral!

Puteri Ayu Coklat Cheese, Gebu & Menyelerakan. Mesti Sekali Hadap Terus Habis! 

Bahan-bahan/Ingredients:

Sirap gula melaka
-3 cawan air (3 cups water)
-1 blok gula melaka (1 block palm sugar)
-2 helai daun pandan (2 pandan leaves)

Isi Tau Fu Fa
-1 liter susu soya (1 liter soy milk)
-5g serbuk agar-agar (5g jelly powder)

Cara penyediaan:

Untuk sirap gula melaka

-Panaskan 3 cawan air kemudian masukkan daun pandan dan juga gula melaka.
-Kacau sehingga larutan sebati dan mendidih. Bila dah sebati ketepikan bagi sejuk.

Untuk Isi Tau Fu Fa

-Panaskan 1 liter susu soya (1 kotak susu soya).

-Masukkan 5g serbuk agar-agar (hati-hati jangan terlebih nanti jadi agar-agar, masukkan sikit sahaja).
-Bila dah sebati tutup api dan .


-Bila dah siap dia patut jadi pejal. Boleh ceduk dan letak dalam mangkuk dan tuang sirap gula melaka yang telah disejukkan tadi. Sedia untuk dimakan.

Kalau nak makan sejuk-sejuk boleh simpan dulu dalam peti sejuk. Selamat mencuba!

Sumber: khairulaming

IKLAN