Barang kemas yang dipakai lama semakin hilang kilauannya dan nampak kusam. Tak perlu bawa ke kedai untuk mencuci, cuci sahaja menggunakan tiga bahan mudah di rumah.
Tip perkongsian pengguna Tik Tok, @eija.nazrin.4ever yang berkongsi tip mudah untuk mencuci barang kemas ini anda kena cuba. Memang mudah!
Bahan-bahan:
Air panas
Sunlight
Berus gigi
Letakkan air panas dalam bekas.
Kemudian masukkan pencuci pinggan sunlight.
Ads
Biarkan direndam seketika dan kemudian beruslah dengan berus gigi.
Gosok di celahan barang kemas sampai bersih.
Woww hasilnya!
Cara lain cuci emas guna soda bikarbonat
Selain menggunakan sabun cuci pinggan, anda juga boleh cuci emas menggunakan soda bikarbonat dan cuka.
Ads
Ini caranya:
Campurkan 3 bahagian soda bikarbonat dengan 1 bahagian air.
Kacau hingga menjadi pes.
Sapukan pes pada barang kemas.
Letakkan ke dalam bekas berisi cuka dan rendamkan selama 5 minit.
Antara rahsia kebahagiaan dan keutuhan sesebuah rumahtangga adalah tidak berhenti mensyukuri dan menghargai pasangan.
Jangan berhenti menghujani pasangan dengan penghargaan, pujian dan kata-kata yang baik. Acknowledge semampunya usaha yang pasangan lakukan untuk membahagiakan rumahtangga.
Perkara kecil yang bermakna kadangkala kita “take for granted”. Sedarkah kita kadangkala ada sesuatu yang pasangan kita suka ,tapi mereka tinggalkan kerana kita kurang suka. Contohnya:
Pasangan berkorban memilih makanan, tempat dan barang yang kita suka daripada memilih apa yang dia suka.
Pasangan bertanyakan apa makanan kesukaan kita dan cuba memasaknya.
Nampak kecil tetapi itulah tanda betapa tolak ansur dan kasih sayangnya pada kita.
Sentiasalah berterima kasih ; dan acknowledge pencapaian pasangan.
” Terima kasih kerana hantarkan pergi kerja, bawak saya jalan-jalan hujung minggu, terima kasih sebab tolong dukung anak selalu, belanja makan, tahniah sebab berjaya tenangkan anak kita menangis, tahniah sebab berjaya selesai task di pejabat, tahniah sebab dah dapat gaji setelah bekerja penat lelah, dan sebagainya. Little things but powerful!
Anak-anak juga belajar dari interaksi dan komunikasi ibu bapa. Children listen with their eyes.
Pernah baca, antara punca hubungan menjadi retak apabila pasangan mula mengabaikan perkara-perkara kecil ini dan take for granted lalu membuatkan rumahtangga hilang rasa ingin berbakti antara satu sama lain.
Tapi tulah, selalunya, ada saja dalam kepala, ” Kenapa nak ucap terima kasih, aku pun letih juga, penat juga”.
Lawan kata-kata begini. Pegang, tak rugi menghargai. Cuba kita renungkan wajah pasangan kita ketika dia tidur. Mungkin tidur keletihan dan kepenatan, berbuat dan berkorban untuk kita.
Cuba perhalusi kebaikan yang pasangan kita lakukan pada kita hari ini berbanding melihat perkara kecil yang negatif.
Ya, boleh saja kita mahu melihat yang negatif, lihat pada sesuatu yang buat kita terasa atau marah tapi kita yang rugi.
Tak rasa bahagia. Tak rasa tenang. Padahal kebaikan yang diberi lebih besar saiznya berbanding kekurangan yang dilakukan.
Jernihkanlah hati dan perasaan dengan kesyukuran. Begitulah, bukan mudah. Hidup berumahtangga, harus punya hati yang besar dan lapang.
Hati yang besar dan lapang dengan kebaikan, kemaafan, toleransi, dan kesabaran.
Harus berjuang untuk mengharmonikan perasaan dan rumahtangga.
InsyaAllah, lama-lama pasangan kita akan menyedari kesyukuran kita dan pasti akan berbuat sama. Jangan berhenti menghargai dan berdoa pada Allah, agar kita menjadi pasangan yang mensyukuri kebaikan manusia dan nikmat Tuhan.
Allah dah janji, yang sentiasa bersyukur Allah akan lipat gandakan. InsyaAllah, Allah akan lipat gandakan kasih sayang pasangan kita pada rumahtangga yang dibina.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita dan ibu, tak kiralah yang bekerjaya atau surirumah tentu akan menghadapi masalah kesuntukan masa atau tak tahu nak masak apa. Sebab masalah macam nilah buat kita rasa kurang bersemangat dan ‘malas’ memasak kerana fikirkan leceh dan susah.
Tambah lagi bila ada anak kecil, semua nak kena cepat kan. Sebenarnya, kalau anda bijak menguruskan bahan dapur, ia boleh dilakukan dengan begitu cepat sekali. Ambil masa sehari pada hari minggu dah memadai untuk anda menyediakan beberapa jenis pes sebelum disejukbeku untuk kegunaan harian.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Sitinorokiah Omar boleh dicuba oleh semua ibu-ibu yang nak jimat masa tanpa perlu duduk lama di dapur.
Ramai yang tanya bahan-bahan untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni,saya share terus. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan, dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan.
Pes tomyam Bahan-bahan Tomato 5 biji Bawang besar 5 biji Cili api 3 bijik Cili kering 5 bijik Lada besar 5,6 biji Serai 10 batang Lengkuas 2 inci Daun limau purut 5,6 helai Belacan seinci pastu bakar Udang kering dalam 10-15 ekor
Cara masak 1. Blend je semua sekali pastu tumis dalam minyak ( letak lebih sikit untuk pes tahan lama) 2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap 3. Masukkan dalam bekas kecil-kecil dan bekukan 4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot. 5. Perasakan dengan garam dan gula
Pes gulai Bahan- bahan Bunga lawang 5 kuntum Buah pelaga 10-15 biji Kayu manis 2,3 batang Cengkih 7,8 biji Halia 2 inci Kunyit 2 inci Lengkuas 2 inci Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Lada giling satu plastik Rempah gulai 10 sudu Kerisik Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik
Cara memasak 1. Panas minyak,tumiskan lada giling 2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak 3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan 4. Nak masak nanti , masukkan pes, bagi mati air (bahasa ganu,tak tahu bahasa baku ape..haha)ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka,garam ,gula, asam gelugur
Pes kari Bahan-bahan Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 3 inci Bunga lawang 5 biji Buah pelaga 10 biji Kayu manis 2,3 batang Rempah kari 10 sudu Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu
Cara masak 1. Tumis rempah 3 beradik 2 . Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak 3. Beku kan 4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam,gula
Pes kurma Bahan-bahan Buah pelaga 10 biji Bunga lawang 5 kuntum Kayu manis 2, 3 batang Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 2 inci Rempah kurma 10 sudu Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik
Cara masak 1. Tumiskan rempah 3 beradik 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang,tomato, garam,gula, asam keping.
Pes sup Bunga lawang 5 biji Cengkih 7 kuntum Kayu manis 2,3 batang Buah pelaga 10 biji Lada hitam Bawang besar 5 bijik Bawang putih setengah labu Halia 3 inci Rempah sup 10 sudu Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
Cara masak 1. Tumus rempah 4 beradik 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam, gula, kentang
Pes masak merah Bahan-bahan Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 2 inci Lada giling sebungkus Kisar semua sekali kecuali lada giling
Cara masak 1. Tumiskan lada giling 2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.
*Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yg nk dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan,masukkan satu bekas pes pun dah cukup.
Dah ada pes macam ni, jimat sangat masa kt dapur. Tambah lagi kalau ayam ,daging dan bersihkan siap-siap, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak kalau tak ada si kecil kacau.
“Abang, kakak..bagilah dekat adik. Adik kan adik” pernah tak anda alami situasi seperti ini? Boleh ke abang atau kakak sahaja yang perlu beralah dalam situasi dan adakah situasi ini akan memberikan kesan panjang kepada si abang atau si kakak? Ikuti perkongsian daripada Ibu Rose (Penulis Keibubapaan dan Kekeluargaan).
PERLUKAH KAKAK ATAU ABANG MENGALAH SETIAP MASA?
SOALAN:
Ibu, Anak sulung saya lelaki (6 tahun) adiknya pula 1tahun 6bulan. Saya tahu dia memang sayangkan adiknya. Tapi, ada masanya dia marah-marah dan akan menangis sebab dia terpaksa beralah dengan adik. Contohnya dia isi air dalam botol minuman untuk dia minum. Tapi, bila adiknya nampak adiknya nakkan juga botol minuman tu.
Saya serba salah. Sebab bila saya minta adik pulangkan botol pada abang, si adik enggan dan akan menjerit. Akhirnya saya terpaksa minta abang beralah. Saya katakan, dia seorang abang yang baik dan sayang pada adik. Kemudian dia akan menangis dan saya biarkan sampai dia reda. Then, barulah saya peluk dan pujuk.
Betul ke cara saya ni Ibu?. Kalau dulu, saya suka marah-marah, tapi sekarang saya tak nak marah-marah lagi.
JAWAPAN:
Ini satu peningkatan bagi puan. Dalam masa yang sama, Ibu ingin puan naik ke satu tingkat lagi. Puan perlu kuat hati untuk memberi peluang abang untuk menang sekali-sekala.
Dan mengajar anak yang kedua itu juga mengalah serta tidak mengambil barang abangnya sewenang-wenang. Walaupun masih kecil, kita boleh mendidik dengan sabar ya : )
Kita tidak mahu abang itu akan timbul kepercayaan diri yang dia sentiasa perlu mengalah kerana dia sulung. Dan yang paling penting, kita tidak mahu adik itu mendapat kepercayaan bahawa dia boleh ambik semua barang abang dia dan abang perlu mengalah.
Ini pada jangka masa panjang akan menyebabkan anak kedua itu selalu membuli si abang. Fenomena ini biasa kita lihat bukan? Abang sulung selalu mengalah bila ada perebutan harta pusaka. Ibu melihat sendiri terjadi pada arwah ayah ibu.
Lagi satu bila si abang sudah besar, dia tiada the ability to negotiate and win. Susahlah karier atau bisnesnya.
Adakah perkongsian Ibu hari ni membantu sayang memahami parenting lebih baik?. If yes, cer say ‘Ya’
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!