Cara dukung bayi bukan setakat tenangkan bayi tapi boleh pengaruhi perkembangan bayi. Sememangnya bayi sangat suka didukung terutama oleh ibu atau ayah. Dukung juga cara yang paling berkesan untuk memujuk bayi.
Cara Dukung Bayi Bukan Setakat Tenangkan Bayi Tapi Boleh Pengaruhi Perkembangan Bayi
Tahukah anda, ketika mendukung anak, kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tenang dan rilek.
Cara mendukung anak yang betul turut membantu perkembangan badan dan fizikalnya. Ada beberapa alasan mengapa cara mendukung anak dengan betul boleh membantu perkembangan fizikal si anak.
Antara sebab tersebut adalah:
a. Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.
b. Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.
c. Mendukung bayi secara vertikal boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)
Ini tip mendukung bayi yang betul
1. Jika ibu mendukung bayi menggunakan alat penggendong bayi, keadaan tali dan pendukungnya mestilah selamat kepada bayi.
2. Ibu mestilah boleh memeluk dan mencium bayi.
Ads
3. Jangan ikat alat penggendong bayi terlalu ketat kerana bimbang bayi sukar bernafas.
4. Anda mesti boleh melihat bayi dengan sekali lirikan. Jika sukar melihat bayi bermakna alat penggendong diikat terlalu ketat.
5. Wajah bayi juga mestilah melihat ke atas bukan ke bawah.
6. Posisi kepala bayi mesti hampir dengan dagu ibu. JIka terlalu bawah ia bermakna salah posisi.
7. Jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.
Ads
8. Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.
9. Anda mestilah memastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pernah dengar tentang Middle Child Syndrome? Middle Child Syndrome merupakan keadaan psikologi anak tengah yang selalu merasakan diri mereka seperti dipinggirkan dan terabai dalam keluarga.
Urutan kelahiran dan jumlah saudara kandung dapat mempengaruhi perkembangan keperibadian, psikologi dan potensi anak.
Tanda-tanda Middle Child Syndrome:
1. Rasa tidak pernah dihargai dan diabaikan oleh ibu bapa/keluarga.
2. Sentiasa inginkan keadilan.
3. Mencari perhatian daripada keluarga dan orang lain.
4. Rasa diri tidak pernah cukup untuk orang lain.
5. Rasa macam kena bersaing dengan adik beradik.
Jika anak anda ada salah satu daripada ciri di atas, ada kemungkinan mereka alami Middle Child Syndrome.
Jika tiada perubahan sikap daripada ibu bapa, sindrom ini akan berlarutan sehingga anak meningkat dewasa.
Jika mereka tidak mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri, mereka akan mencari perhatian dan penghargaan daripada orang lain.
Anak yang kurang mendapatkan perhatian semasa kecil akan mudah melekat atau mudah terjatuh cinta dengan orang baru yang memberikan sedikit perhatian, walaupun orang yang baru mereka kenal.
Cara untuk mencegah anak tengah daripada terkena sindrom ini:
1. Berikan perhatian dan layanan sama rata untuk anak-anak.
2. Jangan bandingkan anak dengan adik beradik atau orang lain.
3. Luangkan waktu untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak tengah.
4. Berikan pujian dan penghargaan atas setiap pencapaian.
5. Buatkan anak merasa penting dalam keluarga.
6. Beri peluang untuk anak tengah bersuara, dengar mereka dan tunjukkan perhatian.
*INGAT! Jangan didik anak terlalu keras. Mereka ingin disayangi dan dilindungi, bukan untuk menjadi kuat dan berani tanpa didikan yang lembut.
Menghadapi cabaran amukan baby tumbuh gigi atau teething, mama papa elak buat silap. Tapi disarankan buat oleh buat 6 perkara ini untuk melegakannya.
Bayi selalunya akan mula tumbuh gigi waktu berumur 3 hingga 6 bulan. Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi antara usia enam atau tujuh bulan. Malah ada yang tumbuh gigi pertama selepas umur setahun. Pada usia dua setengah hingga tiga tahun, anak anda sepatutnya memiliki set lengkap 20 batang gigi bayi.
9 KEADAAN SELALU BERLAKU BILA BAYI TUMBUH GIGI
Bayi yang sedang mengalami tumbuhan gigi selalunya akan menghadapi ketidakselesaan. Antaranya ialah seperti berikut;
1.Selalu ingin menggigit untuk mengurangi rasa sakitnya.
2.Suhu badannya sedikit naik tetapi tidak melebihi daripada 39 Celsius
3.Pipi si manja menjadi kemerah-merahan, akibat lelehan air liur berlebihan.
4.Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah.
5.Sering memasukkan tangan ke dalam mulut.
6.Terjaga dari tidur pada waktu malam. Tidurnya menjadi tidak nyenyak.
7.Air liurnya meleleh keluar berlebihan dari biasa.
8.Tidak selera makan dan minum susu.
9.Menggigit permainan dan jarinya untuk mengurangkan rasa kurang selesanya.
6 TIP BOLEH BUAT SEMASA BAYI DALAM PROSES TUMBUH GIGI
Bayi selalunya akan banyak merengek dan gelisah ketika melalui fasa tumbuh gigi. Mama dan papa boleh bantu mereka untuk melaluinya dengan melakukan beberapa tip berikut;
Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit geltheetingbebas gula.
Peluk dan tenangkannya.
Berikan teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.
Berikan lebih susu atau air jika tidak mahu makan supaya perut tidak kosong.
Berikan makanan yang keras dan sejuk untuk dikunyah seperti makanan jejari, tapi jangan tinggalkan anak seorang diri untuk mengelak tercekik.
Boleh memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan preskripsi doktor.
Apa pun, mama papa perlu tahu yang fasa ini akan berlalu. Sabar dan berikan perhatian sekiranya bayi anda sedang merengek hendak tumbuh gigi.
Gusinya mungkin membengkak dan menyebabkan suhu badannya meningkat. Tetapi sekiranya ia disebabkan oleh proses tumbuh gigi, suhu tidak akan terlalu tingi. Dapatkan rawatan doktor anda jika suhu badannya tinggi kerana mungkin ada penyebab lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajaklah anak solat supaya dapat rangsang gerakan motor kasar anak secara Islamik. Seperti yang kita ketahui, tahap pemikiran di peringkat kanak-kanak prasekolah masih belum dapat memahami konsep yang abstrak. Jadi, untuk memperkenalkan konsep Tuhan kepada anak-anak memang agak rumit kerana kanak-kanak lebih cepat memahami objek-objek yang maujud.
Jadi, anak-anak boleh dipandu untuk mengenal Allah melalui ciptaan-ciptaan yang berada di sekelililng mereka. Contohnya, dalam matapelajaran sains, anak-anak boleh dibawa untuk tadabbur alam (berfikir dan menyelidik alam ciptaan Allah) seperti melihat proses percambahan biji benih, menyelidik jenis-jenis haiwan di darat dan lautan serta memerhatikan kehebatan sistem saliran darah dalam badan. Walaupun kewujudan Allah tidak dapat dilihat dan disentuh, namun kehadirannya dapat dirasai oleh anak-anak dengan pelbagai ciptaanNya yang menakjubkan.
Pengajaran solat adalah ibadah yang paling utama untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Selain menjadi asas kepada segala ibadah, solat juga boleh dijadikan satu medium untuk mengajar kanak-kanak konsep matematik.
Contohnya, konsep waktu dalam solat 5 waktu sehari dan juga konsep bilangan dalam setiap rakaat serta bacaan dalam solat. Dengan solat juga, anak-anak juga boleh meningkatkan kemahiran sosioemosi mereka dengan belajar displin solat di awal waktu dan juga displin solat berjemaah.
Pergerakan badan di dalam solat juga mampu untuk meningkatkan kemahiran fizikal mereka dalam pergerakan motor kasar anak-anak. Melalui ibadah solat yang asas ini, kanak-kanak boleh belajar pelbagai kaitan ilmu.
Kanak-kanak juga boleh diajarkan nilai-nilai murni dengan pelbagai kisah sirah dan juga kisah akhlak Rasulullah s.a.w sebagai contoh unggul dalam sejarah peradaban manusia. Aktiviti main peranan juga sangat membantu dalam menerangkan tentang etika atau adab dalam kehidupan seharian. Misalnya, guru atau ibubapa boleh menerangkan tentang adab jual beli sewaktu bermain peranan sebagai penjual di gerai.
Apabila bermain peranan ‘masak-masak’ pula, bolehlah dididik anak-anak dengan sumber-sumber makanan yang halal dan berkhasiat serta sunnah Rasulullah dalam adab makan. Salah satu main peranan yang disukai oleh kanak-kanak ialah memainkan peranan sebagai ibu atau bapa.
Dengan menggabungjalinkan ilmu dan Islam sejak dari peringkat awal, insyaAllah anak-anak ini akan membesar menjadi insan yang seimbang dari segi akal dan spiritualnya. Jika dilihat tokoh-tokoh ilmuan Islam yang lampau, sungguhpun ilmu penuh di dada, namun Islam tetap dijunjung. Allah dan Rasul pula sentiasa menjadi panduan di dalam kehidupan seharian mereka. Semoga anak-anak kita akan mengikuti jejak langkah mereka, kerana ilmu yang tidak dipandu oleh solat dan taqwa itu dikhuatiri boleh memusnah; samaada pada diri sendiri mahupun orang sekeliling.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.